Lisan atau lidah adalah jurubahasa bagi yang mempunyai badan.
Lidahlah yang menerangkan apa yang ada dalam hati seseorang.
Jika bermimpi melihat lidahnya bertambah panjang atau lebar.
Tafsirnya : Akan bertambah kekuatannya. Boleh jadi juga bertambah fasih bercakap atau berpidato.
Jika seseorang pemimpin melihat lidahnya bertambah panjang.
Tafsirnya : Banyaklah senjatanya dan dia akan mendapatkan harta.
Bermimpi lidahnya terikat.
Tafsirnya : Akan mendapat kesusahan, kemiskinan dan penyakit.
Sesiapa yang bermimpi tumbuh bulu hitam dilidahnya.
Tafsirnya : Akan mendapat keburukan yang segera.
Jika bermimpi bulu putih pula tumbuh dilidahnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan keburukan yang lambat.
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia memiliki dua lidah.
Tafsirnya : Akan bertambah ilmunya, akan mengerjakan haji, dan menang menghadapi musuh-musuhnya.
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah bertambah lidahnya sehingga tertutup kerongkongannya.
Tafsirnya : Terlalu tamak mengumpulkan harta. Boleh juga diertikan terlalu jimat berbelanja terhadap dirinya dan terkadang kerana sudah dekat ajalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan