Pengikut

Isnin, 7 Ogos 2017

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu yg Dikerjakan Setiap Hari Part 4.

Bermimpi melihat cadar atau tikar dikatil.
Maknanya : Kurang baik kerana rancangan dan hidup anda tak menentu.

Bermimpi Tidur diatas katil.
Maknanya : Segala usaha anda akan terhenti/tergendala.

Bermimpi membuka kelambu.
Maknanya : Akan mendapatkan rezeki.

Bermimpi mendapat mangkuk atau pinggan.
Maknanya : Baik, rezeki akan bertambah.

Bermimpi membeli cawan.
Maknanya : Akan mengalami pergaduhan.

Bermimpi mencuci muka di besen.
Maknanya : Akan mendapat jodoh.

Bermimpi melihat bara api.
Maknanya : Akan mendapat untung.

Bermimpi pinggan mangkuk anda ada yang hilang.
Maknanya : Akan mengalami kesusahan dan kesedihan.

Jika melihat pasu bunga.
Maknanya : Akan mendapatkan pekerjaan yang sangat diharapkan.

Bermimpi mendapat cermin.
Maknanya : Akan mendapatkan jodoh yang mulia dan kaya raya.

Bermimpi dirinya dipanah orang.
Maknanya : Akan menerima tetamu.

Jika sambil berjalan memegang pedang atau senjata tajam ditangan.
Maknanya : Akan mendapatkan rezeki yang banyak.

Bermimpi menemukan senjata.
Maknanya : Akan ada tetamu yang datang.

Menemukan kapak atau pisau atau benda tajam milik orang lain.
Maknanya : Usaha anda akan berjaya.

Bermimpi pisau atau benda tajam lainnya melukai anda.
Maknanya : Baik, cita-cita akan berjaya.

Jika mengasah senjata tajam.
Maknanya : Akan mendapat untung.

Beradu senjata dengan orang.
Maknanya : Akan ada pertengkaran.

Jika bermimpi meletak senjata tajam dibawah bantal.
Maknanya : Segala usaha dan cita-cita akan berjaya.

Melihat wanita sedang membawa pisau.
Maknanya : Akan mendapat anak.

Jika memotong benda dengan gunting.
Maknanya : Akan mendapatkan wang dan pekerjaan yang berhubungan dengan ekonomi.

Bermimpi melihat atau memegang gunting atau menggunting sesuatu.
Maknanya : Akan bercerai dengan pasangan anda.

Bermimpi menyandang senapang.
Maknanya : Akan memperolehi kedudukan yang baik.

Mendapatkan senapang atau pistol.
Maknanya : Akan mendapatkan pujian.

Jika bermimpi melihat pakaian anda terkena dakwat.
Maknanya : Akan dicela orang kerana perbuatan anda sendiri.

Menggunakan cop.
Maknanya : Akan mendapat nama baik.

Bermimpi melihat kertas berwarna warni.
Maknanya : Akan mendapat untung.

Menerima surat daripada sesiapa.
Maknanya : Semakin matang berfikir.

Jika bermimpi bergaduh dengan saudara mara.
Maknanya : Segala usaha akan berjaya.

Bermimpi melihat tulisan dipintu atau tingkap.
Maknanya : Akan sakit.

Bermimpi melihat bulan atau matahari separuh/gerhana.
Maknanya : Akan mendapat kuasa didalam istana.

Bermimpi menyembelih ayam atau melihat orang menyembelih ayam.
Maknanya : Ada orang tua meninggal dunia.

Melihat tulisan dipintu.
Maknanya : Akan sengsara/sakit.

Bermimpi melihat angin kuat.
Maknanya : Negara atau bandar tempat anda duduk akan ditimpa bahaya.

Bermimpi melihat sekerat daging.
Maknanya : Akan mendapat kebaikan.

Melihat bintang jatuh.
Maknanya : Akan mendapat ganjaran yang besar.

Melihat api dari jauh.
Maknanya : Akan panjang umur.

Bermimpi melihat badan sendiri menjadi besar.
Maknanya : Akan selamat menghadapi musuh jika berperang.

Melihat api dikuburan.
Maknanya : Akan panjang umur.

Naik dari dalam jurang atau gaung.
Maknanya : Akan naik pangkat atau akan cepat bertambah rezeki.

Bermimpi berjalan dipasar.
Maknanya : Akan berkumpul dengan wanita penggoda dan mendapat fitnah yang buruk.

Membawa api kesawah.
Maknanya : Tanaman anda akan berhasil.

Jika bermimpi badan terasa panas dan gementar.
Maknanya : Akan bergembira dan puas hati dengan kerjaya sekarang.

Bermimpi menggali kuburan.
Maknanya : Akan beruntung.

Melihat langit terbelah.
Maknanya : Akan meninggal dunia orang tuanya.

Bermimpi melihat matahari dan bulan berjumpa.
Maknanya : Akan mendapat anak yang baik-baik.

Melihat tanah atau gunung runtuh.
Maknanya : Akan mendapat kesusahan yang mesti dicari jalan penyelesaiannya.

Melihat orang turun dari langit dan masuk kedalam rumah.
Maknanya : Akan melakukan perbuatan dosa yang dibenci Allah.

Jika bermimpi melihat asap dihutan dari rumah anda.
Maknanya : Akan mendapat penyakit.

Jika melihat dinding rumah anda tiba-tiba terbuka sendiri.
Maknanya : Akan bercerai dengan isteri/suami atau akan berpisah dengan orang tuanya.

Bermimpi merasa dikepala anda ada dua tanduk.
Maknanya : Akan mendapat pangkat atau wang.

Jika bermimpi bertanduk satu sahaja.
Maknanya : Akan celaka.

Bermimpi mengangkat batu dan masuk kedalam rumah.
Maknanya : Akan mendapatkan keuntungan.

Jika bermimpi seolah-olah bulan masuk kedalam perut.
Maknanya : Akan mendapat anak yang akan menjadi orang penting.

Bermimpi anda tidur di atas tanah.
Maknanya : Mempunyai hati yang kuat tak mudah terpengaruh dengan orang.

Jika bermimpi ada darah keluar dari jari-jari anda.
Maknanya : Akan memperolehi wang dan harta.

Bermimpi dikejar orang jahat.
Maknanya : Akan mendapat rezeki, jika anda peniaga maknanya barang dagangan akan laku habis.

Jika bermimpi berjalan didalam hujan.
Maknanya : Akan mengadakan kenduri.

Jika bermimpi makan sambil berdiri.
Maknanya : Ada rezeki besar sedang menanti anda.

Bermimpi orang sakit mengunjungi rumah anda.
Maknanya : Akan mendapat kesusahan atau penyakit.

Jika bermimpi orang sakit menasihati anda.
Maknanya : Anda akan terlepas dari masalah dan penyakit.

Bermimpi membasuh muka.
Maknanya : Akan terhindar dari segala kesukaran selama ini.

Bermimpi mengambil tali dan disangkutkan dibahu.
Maknanya : Akan mendapat rezeki dan keuntungan.

Jika bermimpi duduk dalam penjara atau berhampiran penjara.
Maknanya : Akan terlepas dari kesukaran selama ini dan berganti dengan kesenangan.

Bermimpi memukul isteri sendiri.
Maknanya : Akan berpenyakit dan rusak rumah tangganya.

Jika bermimpi ketandas untuk buang air besar.
Maknanya : Akan kehilangan wang atau mendapat susah.

Bermimpi menjadi pengantin baru.
Maknanya : Akan mendapat wang atau mendapat susah juga.

Jika bermimpi melihat rang sakit naik kereta kuda.
Maknanya : Kurang baik.

Bermimpi naik kereta api/lrt/mrt.
Maknanya : Segala cita-cita akan berjaya.

Jika bermimpi naik kereta api laju.
Maknanya : Berjaya usahanya.

Jika bermimpi kereta jenazah lalu dihadapan anda.
Maknanya : Semua kesukaran akan berganti bahgia.


Jika bermimpi duduk di jembatan.
Maknanya : Akan mendapat rezeki.

Bermimpi bersama suami/isteri pergi ke pasar atau masuk pasar.
Maknanya : Kurang baik kemungkinan rumah tangga akan mengalami godaan/dugaan dan cabaran.

Bermimpi mendengar suara akordion.
Maknanya : Rancangan yang sudah diatur akan menemui kegagalan.

Bermimpi melihat jockey/penunggang kuda.
Maknanya : Akan menerima wang.

Jika bermimpi menemukan jed/kristal/ruby/batu delima.
Maknanya : Rumah tangga anda berbahgia dan pasangan sangat setia.

Jika bermimpi masuk kedalam gua.
Maknanya : Akan menemukan kembali harta, wang yang hilang.

Jika bermimpi tidur didalam gua.
Maknanya : Akan mendapat peluang baharu yang akan mengubah hidup anda penuh kesenangan.

Jika bermimpi rumah anda terbakar.
Maknanya : Akan mendapat kekayaan yang banyak.

Jika bermimpi gigi anda tertanggal.
Maknanya : Ada saudara atau keluarga anda yang sakit atau meninggal dunia...

Wallahua'lam....





Ahad, 6 Ogos 2017

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu Yang Dikerjakan Setiap Hari Part 3


Jika bermimpi anda tidur disebuah pondok yang buruk.
Maknanya : Akan mendapat rumah yang selesa.

Jika bermimpi tinggal di barak askar/tentera.
Maknanya : Anda ada rancangan untuk membuat perjalanan.

Jika anda bermimpi berada disebuah pulau.
Maknanya : Sebaiknya anda berhati-hati dalam membuat sesuatu rancangan sebab banyak kesukaran-kesukaran yang akan datang.

Jika bermimpi melihat raket tenis.
Maknanya : Akan mendapat keuntungan yang besar dan pasti dalam syarikat anda.

Jika bermimpi melihat renda pakaian.
Maknanya : Akan cepat berkahwin.

Jika bermimpi melihat kertas koyak.
Maknanya : Anda akan bertukar ke pekerjaan yang lebih baik lagi.

Jika bermimpi menjadi pesakit di hospital.
Maknanya : Anda akan sihal wal afiat.

Jika anda bermimpi mengunjungi sebuah hospital.
Maknaya : Terburu-buru dalam menyelesaikan masalah yang dianggap senang.

Jika anda bermimpi menjadi dokter atau jururawat
Maknanya : Anda sangat suka menolong orang dan dipuji orang ramai.

Jika bermimpi makan sendirian direstoran.
Maknanya : Dalam keadaan sekarang cita2 anda akan gagal.

Jika bermimpi menjadi pelayan direstoran.
Maknanya : Akan segera berhenti dari pekerjaan sekarang yang kurang memuaskan.

Jika bermimpi bertemu dengan musuh anda.
Maknanya : Akan bertemu dengan seorang sahabat yang baik yang boleh membahagiakan anda.

Jika bermimpi melihat salji.
Maknanya : Akan berbahgia dalam cinta.

Jika bermimpi memijak salji.
Maknanya : Rancangan akan tergendala.

Bermimpi melihat sampah.
Maknanya : Akan sukses dalam syarikat.

Jika bermimpi melihat seekor haiwan liar didalam sangkar.
Maknanya : akan mendapat harta warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat sangkar haiwan yang kosong.
Maknanya : Anda akan membuat sesuatu perjalanan.

Jika bermimpi mengenai syair/puisi, membaca puisi,mengarang puisi.
Maknanya : Kehidupan seni anda jika anda berbakat akan menaikkan kehidupan anda.

Jika bermimpi melihat atau membuat tembakan.
Maknanya : Akan berjaya dalam bisnis.

Bermimpi bekerja di sesuatu kedai.
Maknanya : Akan hidup sederhana dan puas walaupun belum kaya.

Jika bermimpi bertemu atau bercakap-cakap dengan seseorang.
Maknanya : Anda akan bertukar pekerjaan yang lebih memuaskan anda.

Jika bermimpi memenangi cabutan bertuah/lotre.
Maknanya : Anda mesti berhati-hati terhadap seorang kawan yang ingin merusak dan mengacau rumah tangga dan perniagaan anda.

Jika bermimpi melihat masjid roboh ketanah.
Maknanya : Akan ada raja atau orang kenamaan akan wafat/meninggal dunia.

Jika bermimpi melihat rusa.
Maknanya : Akan memperoleh harta dan kebaikan dari orang lain.

Jika bermimpi melihat patung berhala.
Maknanya : Akan melakukan suatu dosa kepada Allah..wallahua'lam..

Jika bermimpi melihat lilin atau memegang lilin atau membakar lilin.
Maknanya : Kemungkinan akan mengadili sesuatu perkara berdasarkan hukum semasa atau menjadi hakim.

Jika menjadi tukang timbang.
Maknanya : Akan segera tepenuhi permintaannya.

Jika bermimpi melihat banyak tanam-tanaman rebah ketanah.
Maknanya : Rezeki akan berkurang jika tidak ditangani dengan segera.

Jika bermimpi dihurungi oleh pepatung/capung.
Maknanya : Jika tidak berhati-hati kemungkinan akan mendapat bala bencana..wallahua'lam..

Jika bermimpi rumahnya rosak.
Maknanya : Kedukaan akan datang disebabkan orang hilang kepercayaan kepada anda.

Jika bermimpi membawa duit syiling.
Maknanya : Akan mendapat penyakit kulit.

Jika bermimpi bertemu dengan bomoh/ahli nujum.
Maknanya : Kehidupan anda dalam kesangsian dan kurang percaya diri.

Jika bermimpi dibedah/operate.
Maknanya : Segala usaha anda akan mendapatkan untung.

Jika bermimpi masuk kesebuah istana raja.
Maknanya : Akan mendapat rezeki yang besar.

Jika bermimpi membeli rumah.
Maknanya : Akan mendapat kurnia dari Allah.

Bermimpi membetulkan pintu rumah.
Maknanya : Akan mendapatkan anak yang sempurna.

Bermimpi berpindah ke rumah yang buruk.
Maknanya : Akan mendapatkan seorang kawan yang baik.

Bermimpi menyapu didalam rumah.
Maknanya : Akan menerima tetamu.

Bermimpi melihat orang kenamaan masuk atau datang ke rumah.
Maknanya : Rezeki akan datang dalam usaha anda sekarang.

Bermimpi tiang rumah anda roboh.
Maknanya : Anda akan ditimpa kesusahan hidup.

Jika bermimpi dinding rumah anda roboh.
Maknanya : Anda akan menderita kerugian yang besar.

Jika bermimpi melihat didalam rumah anda banyak najis dan kekotoran.
Maknanya : Akan mendapatkan rezeki yang besar.

Bermimpi rumah anda sangat terang.
Maknanya : Akan menghadapi kesukaran.

Bermimpi memelihara kuda atau haiwan mamalia lainnya.
Maknanya : Akan mendapatkan anak yang bijak.

Bermimpi rumah tangganya dalam keadaan daif dan serba kekurangan.
Maknanya : Akan mendapatkan rezeki dari Allah.

Bermimpi mengambil/menimba air dati perigi/sumur.
Maknanya : Akan mendapat rezeki tetapi didapatkan dengan penuh kemarahan.

Bermimpi mendengar suara dari dalam perigi.
Maknanya : Akan bergaduh dengan kawan baik.

Bermimpi jatuh kedalam perigi.
Maknanya : Akan sakit kuat.

Bermimpi perigi anda rosak.
Maknanya : Hidup anda tak menentu.

Bermimpi melihat meja disusun tindih.
Maknanya : Rancangan atau kerja yang diusahakan bersama kawan belum berjaya.

Melihat bayangan sendiri didalam perigi.
Maknanya : Akan menerima berita dari jauh.

Bermimpi membeli atau membasuh katil.
Maknanya : Akan datang tetamu yang membawa kebaikan.

Bermimpi diatas katil ada semut.
Maknanya : Ada seseorang dalm keluarga yang fikirannya kurang waras.

Jika bermimpi melihat darah diatas katil.
Maknanya  : Tidak baik.

Bermimpi membeli cadar atau kelambu.
Maknanya : Usaha anda akan mengalami kemajuan.

Melihat bantal bersulam/renda.
Maknanya : Akan ditolong orang.


Khamis, 3 Ogos 2017

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu yg Dikerjakan Setiap Hari Part 2

Jika Bermimpi Berjalan kqki ke sebuah desa.
Maknanya : Akan ada perubahan besar dalam hidup anda.

Jika mimpi embun jatuh di muka
Maknanya : Akan mendapat kedamaian dan kebahgiaan.

Jika bermimpi berjalan ditempat yang berumput basah dikeranakan embun pagi.
Maknanya : Suatu perkahwinan yang beruntung, anak - anak sihat dan rumah tangga aman damai sepanjang tahun.

Jika bermimpi membaca buku ensiklopedia.
Maknanya : Anda mempunyai sesuatu fikiran yang tajam dan waras dan mempunyai angan-angan yang tinggi.

Jika anda bermimpi melihat syurga atau bermimpi berada didalam syurga.
Maknanya : Anda akan mendapatkan kebahgiaan yang tiada tara dalam kehidupan.

Bermimpi memakai perhiasan daripada gading gajah.
Maknanya : Akan berpergian jauh atau musafir.

Jika bermimpi melihat gading gajah.
Maknanya : Alamat yang baik dalam pekerjaan dan perjuangan inshaAllah boleh diteruskan.

Jika anda bermimpi bercakap-cakap dengan seorang gadis.
Maknanya : Anda akan menemui kehidupan yang harmoni dan bahgia di kemudian hari.

Bermimpi gaji anda meningkat/naik.
Maknanya : Mungkin gaji anda akan tetap sahaja, tiada kenaikan gaji. wallahu a'lam.

Jika bermimpi gaji anda dipotong atau turun.
Maknanya : Berkemungkinan akan ada kenaikan gaji secepatnya.

Jika anda bermimpi melihat bangunan baharu.
Maknanya : Anda akan bertukar pekerjaan.

Jika bermimpi bangunan roboh atau senget.
Maknanya : Akan mengalami perselisihan dalam kerja.

Jika anda bermimpi sesat atau hilang dalam kegelapan.
Maknanya : Anda sedang memerlukan bantuan seorang teman dalam kehidupan anda.

Jika anda bermimpi berada ditempat gelap.
Maknanya : Anda akan memperolehi berita gembira dari s4ebuah pulau atau tempat yang jauh.

Jika anda bermimpi dapat mengatasi segala dugaan atau godaan apapun jua.
Maknanya : Anda mengalami hal yang sama dalam kehidupan sebenar anda.

Jika bermimpi melihat gudang atau store simpanan barang.
Maknanya : Akan datang suatu kebahgiaan kepada anda.

Jika bermimpi orang2 sedang meraikan harijadi/hari ulang tahun anda.
Maknanya : Kehidupan anda berjaya dan bahgia.

Jika meraikan hari ulang tahun kawan.
Maknanya : Anda akan memberikan pertolongan kepada kawan anda dan hal tersebut akan membuatnya gembira.

Jika bermimpi dihipnotis.
Maknanya : Anda akan menemui kesukaran, kesusahan dan kehilangan nama baik serta terhalang dari mencapai cita-cita..wallahua'lam..

Jika anda melihat surat atau sertifikat tergantung didalam bas.
Maknanya : Anda ada rancangan untuk mengadakan perjalanan.

Jika bermimpi berada dalam kapal .
Maknanya : Pekerjaan anda lancar dan hubungan percintaan pun berjalan lancar.

Jika bermimpi anda sedang menuju kekapal atau perahu.
Maknanya : Anda harus berhati hati dengan seorang sahabat anda.

Jika bermimpi jatuh dari kapal.
Maknanya : Jika anda tidak berhati hati dalam pergaulan kelak akan menemui kekecewaan.

Jika bermimpi melihat kalender.
Maknanya : Anda akan melihat giliran kenaikan pangkat.

Jika bermimpi melihat/meneliti tarikh di kalender.
Maknanya : Kesuksesan anda akan lenyap dari hari kehari.

Jika bermimpi melihat kamus terbuka.
Maknanya : Anda akan mendapat wang dari pekerjaan yang anda sedang lakukan.

Jika anda melihat orang bertutup muka /topeng/purdah dipesta.
Anda akan didatangi khabar buruk.

Jika bermimpi anda sendiri yang bertutup muka/bertopeng/berpurdah.
Maknanya : Anda kurang bijaksana menguruskan kewangan sehingga memerlukan seseorang untuk membantu anda supaya tak mengalami kerugian.

Jika anda bermimpi tersesat didalam bandar besar.
Maknanya : Usaha yang anda lakukan akan mengalami perubahan yang mungkin tidak diharapkan.

Jika anda mendengar lagu dan menyanyikannya.
Maknanya : Akan mendapat rezeki untuk keluarga disebabkan usaha yang anda sedang lakukan,

Jika anda bermimpi sedang berlari.
Maknanya : Rezeki akan bertambah.

Jika mimpi dikalahkan musuh anda.
Maknanya : Anda akan membuat suatu rancangan yang belum pernah difikirkan.

Jika anda melihan pawn shop/pajak gadai tapi tidak membeli atau menjual sesuatu.
Maknanya : Anda akan mendapatkan kurniaan dan bahgia.

Jika bermimpi akan menghadapi pertikaian atau pergaduhan dirumah.
Maknanya : Kemungkinan anda akan bergaduh dg ahli keluarga.

Jika anda bermimpi lumpuh.
Maknanhya : Sebaliknya kesihatan anda terpelihara.

Jika bermimpi memakai mahkota raja.
Maknanya : Kedudukan anda akan meningkat tinggi.

Jika andabermimpi menolak pemberian mahkota.
Maknanya : Anda kurang menghargai diri sendiri.

Jika bermimpi kecurian atau melihat pencuri.
Maknanya : Akan ada kepercayaan orang terhadap anda dalam pekerjaan.

Jika bermimpi memberikan nasihat kepada khalayak ramai.
Maknanya : Akan mendapatkan penghargaan yang besar.

Jika anda bermimpi diberi nasihat.
Anda memerlukan pertolongan seseorang dalam kerjaya anda.

Jika anda bermimpi bertemu dengan wali atau nabi.
Maknanya : Akan mendapat anugerah dari Allah, apalagi jika anda baik dan jujur dalam pekerjaan anda.

Jika anda bermimpi melihat neraka.
Maknanya : Akan mengalami kerugian besar.

Jika bermimpi mengantuk.
Maknaya : Akan mengalami keberuntungan.

Jika bermimpi melihat hurup o atau zero.
Maknanya : Akan menyelesaikan suatu urusan yang sukar.

Jika bermimpi membeli bon atau saham.
Maknanya : Akan beruntung.

Jika bermimpi menjual saham atau bon yang dimiliki.
Maknanya : Berhati hati dengan orang yang berurusan perniagaan dengan anda yang belum dikenali peribadinya.

Jika anda mendengar suara wisel.
Maknanya : Keadaan pekerjaan dan kesihatan anda semakin baik.

Jika bermimpi memakan suatu benda yang pahit.
Maknanya : Akan mengalami kebahgian dalam percintaan.

Jika bermimpi kepanasan.
Maknanya : Anda seelok-eloknya menunda rancangan anda..wallahua'lam..

Jika bermimpi melihat air pancut/pancuran.
Maknanya : Kemungkinan hubungan cinta anda tidak akan berbahgia.

Bermimpi masuk kepasar dan membeli daging sapi/lembu.
Maknanya : Akan dapat wang dari sumber yang tak disangka-sangka.

Jika bermimpi berada dipasar malam (tidak membeli apa2).
Maknanya : Akan datang suatu keberuntungan pada anda.

Jika bermimpi sedang berbelanja dipasar malam.
Maknanya : Akan mengalami kemajuan dalam usaha/bisnis anda.

Jika bermimpi mendapat penyakit campak.
Maknanya : Akan mendapat rezeki.

Jika anda bermimpi pingsan/pitam.
Maknanya : Rancangan anda akan gagal.

Jika bermimpi bertemu dengan polis/polisi.
Maknanya : Akan bertemu jodoh.

Jika bermimpi melihat wanita pingsan.
Maknanya : Kehidupan anda bersama dengan jiran tetangga akan aman sahaja.

Jika bermimpi anda adalah seorang ahli politik.
Maknanya : Akan kehilangan ramai rakan/sahabat.