Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2011

Tafsir mimpi mengenai hujung kaki.

Hujung kaki yang dimaksudkan disini ialah dari mata kaki atau buku lali sampai ke telapak kaki. Hujung kaki bermakna perhiasan dan harta seseorang. Jari-jari bermakna hamba-hambanya yang lelaki dan perempuan.

Jika bermimpi sebahgian jari-jarinya naik kelangit.
Tafsirnya : Sebahagan hambanya akan mati.

Jika bermimpi melihat bulu pada hujung kakinya.
Tafsirnya : Hutangnya banyak.

Orang yang bermimpi kedua-dua kakinya naik kelangit dan berpisah dari tubuhnya.
Tafsirnya : Dua anaknya akan mati.

Orang yang bermimpi memasukkan kakinya ke dalam kemaluan perempuan.
Tafsirnya : Dia kaki perempuan (banyak bermain dengan perempuan).

Tafsir mimpi mengenai paha dan kaki

Paha diertikan sebagai keluarga. Jika bermimpi melihat pahanya seolah-olah pahanya terpotong dan terpisah dari tubuhnya.
Tafsirnya : Dia akan terpisah dari keluarganya sehingga mati di tempat yangjauh dari mereka. Dan dia tidak akan kembali lagi kepada kaumnya selama-lamanya.

Jika bermimpi pahanya dari tembaga.
Tafsirnya : Kaum keluarganya termasuk orang-orang yang berani berbuat maksiat.

Jika bermimpi dipahanya ditumbuhi bulu lalu seorang lelaki mencukurnya.
Tafsirnya : Dia mempunyai hutang, tetapi salah seorang saudaranya membayarnya.

Sesiapa yang bermimpi memotong mana-mana uratnya disebabkan penyakit.
Tafsirnya : bermakna dia akan kematian ahli keluarganya yang kedudukannya seperti urat itu di dalam tubuhnya, boleh jadi dia sendiri yang terpisah dengan keluarganya disebabkan kematiannya dan perpisahan itu boleh berlaku dengan perpisahan hidup.

Selasa, 7 Jun 2011

Tafsir mimpi mengenai alat kelamin perempuan.

Perempuan yang bermimpi melihat air masuk ke dalam lubang farajnya.
Tafsirnya : Dia akan mendapat rezeki dan anak lelaki.

Jika bermimpi farajnya daripada tembaga atau besi.
Tafsirnya : Dia tidak akan mendapat anak.

Jika bermimpi memasukkan sesuatu yang bukan alat kelamin kedalam farajnya.
Tafsirnya : Dia akan dapat mengatasi kekurangan dan kelemahannya.

Jika seseorang bermimpi bersetubuh dengan perempuan yang tidak dikenalinya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kelapangan dalam hidupnya.

Jika bermimpi melihat kemaluan hamba sahaya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kebaikan dan kelapangan.


Tafsir mimpi mengenai Alat Kelamin Lelaki.

Alat kelamim lelaki bermakna harga diri seseorang dan kemuliaannya disisi manusia atau anaknya. Bertambah dan berkurangnya ukuran alat kelamin (dalam mimpi) berkenaan dengan keadaan kemuliaan dan anak.


Jika seseorang bermimpi alat kelaminnya panjang melampaui batas.
Tafsirnya : Dia akan mendapat kesusahan.


Jika bermimpi melihat dirinya mempunyai dua alat kelamin.
Tafsirnya : Bermakna dia akan mendapatkan anak kedua dan harga dirinya dikalangan manusia akan bertambah baik.


Jika bermimpi mencabut alat kelaminnya atau mencabut sebahagiannya dengan tangannya, kemudian dikembalikannya ketempatnya semula.
Tafsirnya : Anaknya akan mati, kemudian akan mendapat gantinya. Boleh juga diertikan sebagai hartanya akan lingkup tetapi dia akan mendapatkannya semula.

Tafsir mimpi mengenai Tulang Rusuk dan Aurat.

Tulang rusuk bermakna perempuan, kerana perempuan dijadikan daripadanya. Maka semua yang terjadi pada tulang rusuk bermakna sesuatu akan terjadi ke ats perempuan. Adapun Aurat yang terbuka bermakna aib akan terbuka dan musuh akan menang.

Jika bermimpi memperlihatkan Auratnya atau sengaja dia membuka semua pakaiannya atau sebahagiannya.
Tafsirnya : Aibnya akan terbongkar sekedar auratnya yang nampak itu.

Jika bermimpi pakaiannya sedikit atau singkat yakni sekedar menutup auratnya sahaja.
Tafsirnya : Dia akan bersungguh-sungguh melakukan perkara yang sentiasa dilakukannya. Jika perkara itu berkenaan agama bermakna dia betul-betul berbuat baik dan mengamalkan ajaran agama, jika perkara itu berkaitan dengan maksiat, bermakna dia akan melakukannya sepuas-puasnya.

Ahad, 5 Jun 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai kejadian alam, air, angin,hujan, bulan dll

Bermimpi minum air panas.
Tafsirnya : Akan mengalami kesusahan hati.

Bermimpi menyelam dalam air.
Tafsirnya : Akan memperolehi nikmat.

Jika bermimpi melihat air di dalam periuk.
Tafsirnya : Alamat akan bertambah dosanya.

Bermimpi melihat air.
Tafsirnya : Akan menderita luka hati atau sakit hati.

Bermimpi kakinya mengeluarkan air.
Tafsirnya : Alamat akan menjadi penghulu.