Pengikut

Selasa, 20 November 2012

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu yg Dikerjakan Setiap Hari. Part 1.

Jika bermimpi salah seorang anggota keluarga  atau sahabat karib tidak hadir dalam suatu jemputan kenduri.
Maknanya : Akan memperolehi khabar gembira dai orang yang anda impikan itu.

Jika bermimpi melihat beberapa orang akauntan di dalam pejabat/kantor.
Maknanya : Akan segera mencapai kedudukan yang baik.

Jika seorang wanita bermimpi suaminya bekerja sebagai akauntan.
Maknanya : Rumahtangganya berbahgia, bagi wanita yang belum berkahwin pula akan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik budi dan berduit.

Jika bermimpi menjadi artis.
Maknanya : Yang dicita-citakan akan terkabul.

Jika bermimpi melihat gambar dan photo-photo didalam album.
Maknanya : Anda mengalami pengalaman yang pahit dalam percintaan.

Jika bermimpi melihat keindahan alam.
Maknanya : Akan mendapat kepuasan dalam kerjaya jika berani mengambil risiko.

Jika bermimpi duduk berdua-duaan dengan lawan jenis di buaian.
Maknanya : Akan segera berumahtangga.

Jika bermimpi tidur diatas buaian.
Maknanya : Akan meninggalkan kampung halamannya buat sementara waktu.

Sabtu, 17 November 2012

Tafsir Mimpi Mengenai Pohon, Buah-buahan, sayur, Makanan Dan Minuman. Part 2.

Bermimpi melihat mentega.
Maknanya : Akan banyak pengalaman yang menyenangkan.

Bermimpi makan mentega.
Maknanya : Sahabat anda akan baik dan keluarga berbahgia.

Bermimpi melihat orang lain makan mentega.
Maknanya : Sahabat anda berbahgia dan akan berbuat baik dengan anda.

Bermimpi menjual mentega.
Maknanya : Akan berterusan dalam mencari rezeki sebagai peniaga.

Bermimpi sedang membuat mentega.
Maknanya : Akan diangkat menjadi ketua bahagian dalam salah sebuah syarikat.

Bermimpi membeli minyak
Maknanya : akan mendapatkan khabar gembira.

Bermimpi menjuall minyak.
Maknanya : Akan bertukar pekerjaan.

Jika bermimpi memakai minyak wangi.
Maknanya : Akan mendapatkan cinta yang berkekalan.

Bermimpi membeli minyak wangi.
Maknanya : Akan menempuh alam rumah tangga yang romantis.

Jika bermimpi minum teh, susu, air atau lainnya.
Maknanya : Akan bermurah hati.

Bermimpi minum arak atau alkohol.
Maknanya : Akan menemui kawan yang tidak berharga buat anda.

Bermimpi melihat orang minum.
Maknanya : Anda akan mengalami beberapa kesukaran yang sukar diatasi.

Tafsir Mimpi Mengenai Buah-buahan, sayur, Makanan Dan Minuman. Part 1

Bila bermimpi makan apam.
Maknanya : Akan memperolehi harta.

Bermimpi menjual apam.
Maknanya : Akan berkurang rezekinya.

Jika bermimpi makan buah epal.
Maknanya : Anda sedaang menghadapi kejayaan dalam usaha anda.

Jika bermimpi melihat buah epal.
Maknanya : Akan berbahagia dalam hidup.

Jika bermimpi anda duduk diatas pokok epal.
Maknanya : Akan mendengar khabar gembira.

Jika Bermimpi melihat seorang lelaki minum sirap anggur atau wine.
Maknanya : Anda akan ditolong oleh seseorang yang anda temui.

Jika bermimpi melihat seorang wanita minum sirap anggur atau wine.
Maknanya : Akan berkahwin dalam masa yang terdekat.

Jika bermimpi memakan, melihat atau membeli bawang.
Maknanya : Tubuh badannya akan berada dalam keadaan sihat2 shj.

Bermimpi makan nasi.
Maknanya : Telah bebas dari sebarang rawatan.

Jika bermimpi diberi nasi.
Maknanya : Badan Anda akan berasa sihat dan kuat.

Bermimpi melihat buah-buahan yang banyak.
Maknanya : Akan mendapat pemberian harta atau wang dari orang lain.

Bermimpi memetik buah-buahan.
Maknanya : Akan mendapat banyak rezeki.