Pengikut

Sabtu, 7 Mei 2011

Tafsir mimpi mengikut Primbon Jawa

Jika bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad.
Tafsirnya : Orang itu akan mendapatkan kemuliaan dan anugerah dunia akhirat.

Jika bermimpi bertemu dengan Nabi Adam atau Nabi-Nabi yang lain, atau Arsy, atau Kursi, Surga atau Bidadari.
Tafsirnya : Orang itu akan bertambah kebajikan , kemuliaannya dan apa yang dicita-citakan akan lekas tercapai.

Jika mimpi melihat neraka.
Tafsirnya : Orang itu banyak dosanya terhadap Allah SWT atau akan mendapat fitnah.

Jika bermimpi melihat Titian Siraathal Mustakiim.
Tafsirnya : Apa yang akan direncanakan akan bejaya dan berhasil.


Jika bermimpi melihat Lauhul Mahfudh.
Tafsirnya : Akan menjadi tahfiz Al-Quran dan cepat menghafalnya.

Jika bermimpi bertemu dengan Sahabat Rasul yang empat atau Sahabat yang sepuluh.
Tafsirnya : Akan menjadi Ulama bila menuntut ilmu lekas tercapai.

Jika bermimpi melihat hari kiamat.
Tafsirnya : Akan terhindar dari marabahaya.

Jika bermimpi naik ke angkasa.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kegembiraan dan tambah rezeki.

Jika bermimpi melihat Matahari dan Bulan bersujud.
Tafsirnya : Akan mendapatkan pekerjaan, anak saleh dan salehah, serta mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jika bermimpi Matahari atau bintang turun kerumahnya.
Tafsirnya : Akan memperolehi Anugerah.

Jika wanita yang belum mempunyai anak bermimpi matahari atau bintang turun kerumahnya.
Tafsirnya : Maka dia akan mendapatkan anak dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jika bermimpi melihat matahari.
Tafsirnya : Akan ada Raja hilang kuasa atau Negara yang rusak.

Jika mimpi melihat matahari kembar.
Tafsirnya : Akan terjadi kerusuhan dalam negaranya.

Jika bermimpi ada bintang turun kerumahnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan anak, kekayaan mas, perak dan ramai orang merasa sayang kepadanya.

Jika bermimpi badannya diliputi awan putih.
Tafsirnya : Akan mengumpulkan harta yang banyak.

Jika bermimpi mendengar suara yang menggemparkan seperti petir atau guruh.
Tafsirnya : Akan menghadapi marabahaya.

Jika bermimpi hujan lebat beserta angin ribut.
Tafsirnya : Akan didatangi musuh.

Jika bermimpi ada puting beliung berputar.
Tafsirnya : Akan hilang penyakitnya.

Jika bermimpi ada rusuhan besar.
Tafsirnya : Akan ditimpa bala disebabkan ucapannya sendiri.

Jika bermimpi melihat hujan batu.
Tafsirnya : Akan memperolahi harta halal.

Jika mimpi mandi.
Tafsirnya : Akan bebas dari marabahaya dunia dan akhirat.

Jika bermimpi minum air sungai.
Tafsirnya : Akan memperolehi ilmu yang baik.

Jika bermimpi minum air sungai yang jernih.
Tafsirnya : Akan terhindar dari prasangka-prasangka.

Jika bermimpi melihat air mengalir dari cucuran atap.
Tafsirnya : Akan memperolehi ilmu.

Jika mimpi berenang dalam sungai.
Tafsirnya : Apa yang direncanakan tidak akan berhasil.

Jika mimpi melompat sungai besar.
Tafsirnya : Sudah dekat ajalnya atau akan menghadapi naas. Wallahua'lam.

Jika mimpi jatuh kedalam najis atau badannya terkena najis.
Tafsirnya : Akan berkawan dengan orang nakal atau jahat.

Jika bermimpi melihat air laut atau sungai berubah menjadi najis.
Tafsirnya : Akan mendapatkan rezeki atau suami atau isteri yang kaya.

Jika mimpi makan nasi dengan gula atau minyak.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta.

Jika bermimpi berbicara dengan orang yang telah meninggal.
Tafsirnya : Yang dikerjakan akan sia-sia sahaja.

Jika bermimpi minum arak atau minuman keras lainnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta subhah atau harta yang belum pasti halal haramnya.

Jika mimpi melihat Allah dengan tidak dapat digambarkan atau dibayangkan.
Tafsirnya : Apa yang direncanakan akan berjaya, memperolehi anugerah Allah dan kebahagiaan dunia akhirat.

Jika mimpi melihat Ulama, Hukama', Fukaha' meninggal dunia.
Tafsirnya : Agama Islam akan rusak ditempat itu.

Jika melihat orang lelaki lebih ramai dari orang wanita.
Tafsirnya : Akan terdapat banyak kebaikan di Negara itu.

Jika mimpi melihat anak kecil lebih ramai dari orang tua atau orang tua menjadi seperti anak kecil.
Tafsirnya : Akan terdapat banyak kesenangan atau kebahagiaan.

Jika bermimpi ramai orang didalam kubur.
Tafsirnya : Akan terjadi kekecohan di Negara tersebut.

Jika bermimpi badannya sembuh dari sakit.
Tafsirnya :  segala yang direncanakan akan berjaya.

Jika mimpi kahwin.
Tafsirnya : Akan mendapatkan pekerjaan.

Jika bermimpi melihat bayi.
Tafsirnya : Akan berkahwin dan mempunyai anak ketika masih muda.

Jika bermimpi dibunuh orang (jika dia perantau).
Tafsirnya : Akan cepat kembali ke Negara asalnya.

Jika bermimpi melihat orang yang lama di penjara.
Tafsirnya : Akan hilang kekayaannya.

Jika bermimpi dirinya yang dipenjara.
Tafsirnya : Akan bertapa.

Jika bermimpi badannya dirantai orang.
Tafsirnya : Buruk budi pekertinya, tidak mempunyai pekerjaan dan ramai orang yang benci.

Jika bermimpi gigi atasnya tanggal.
Tafsirnya : Isteri atau pembantunya akan meninggal dunia.

Jika mimpi badannya digantung atau diikat orang.
Tafsirnya : Akan terhindar dari kesalahan.

Jika bermimpi badannya kena pukul.
Tafsirnya : Akan diberi harta oleh orang lain.

Jika bermimpi badannya di pukul hingga keluar darahnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta pusaka.

2 ulasan:

  1. mimpi terkena air seni orang lain

    BalasPadam
  2. kalau mimpi melihat org yg sakit nazak menjadi sihat apa maksudnya?

    BalasPadam