Pengikut

Selasa, 26 Jun 2012

Tafsir Mimpi Mengenai Bulan dan Warna

Jika bermimpi pada  bulan Januari.
Maknanya : Akan berjaya dalam segala usaha atau kerjaya yang anda ingin jalankan. Terutama dalam bidang pertanian.

Jika bermimpi pada bulan Februari.
Maknanya : Mesti berhati-hati berniaga atau kerjaya, seelok-eloknya cuba bidang admin atau penulisan.

Bermimpi pada bulan Mar.
Maknanya : Baik, kesihatan agak sering terganggu, elok bekerja menjadi pengarang, bookeeping atau pelaut.

Bermimpi pada bulan April.
Maknanya :  Aanda sering bersuka ria, kesihatan terpelihara, akan pergi melancong dan bergembira.

Bermimpi pada bulan May.
Maknanya :  Anda mempunyai kemahuan yang kuat terhadap sesuatu, tetapi masih mampu bersabar. Kerjaya yang menguntungkan anda mungkin dalam bidang hasil bumi atau juga perubatan.

Bermimpi pada bulan Jun.
Maknanya : Akan segera bernikah sebelum hujung tahun, dan perkahwinan akan bahagia.

Bermimpi pada bulan July.
Maknanya : Kebahagiaan menanti keluarga, rumah tangga dan kerjaya.


Bermimpi pada bulan Ogos.
Maknanya : Akan menderita kerugian, perkahwinan akan gagal, perniagaan tidak berjaya, atau kurang mendatangkan keuntungan.

Bermimpi pada bulan September.
Maknanya : Banyak kebijaksanaan dalam segala kerja yang dilakukan, ramai kawan, berangan-angaan tinggi, terutama kalau kerjaya dibahagian sosial kemasyarakatan, politik, atau seni.

Bermimpi pada bulan Oktober.
Maknanya : Tunda dahulu segala rencana, kemudian baru bekerja sekuatnya bila masa yang difikirkan sesuai sudah tiba.

Bermimpi pada bulan November.
Maknanya : Bercita-cita tinggi, keras kemahuannya, sesuai bekerja dibahagian kedoktoran atau ubat-ubatan/farmasi.

 Jika Bermimpi pada bulan Desember.
Maknanya : Suka kebebasan, suka berbicara, sesuai menjadi guru, peguam, dan lain-lainnya.
Wallahual'lam Bissawab.

Jika bermimpi melihat warna biru.
Maknanya : Menandakan kasih sayang yang penuh juga kesetiaan dalam cinta akan diperolehi. tetapi akan dilupakan oleh sahabat yang sering meminta tolong dikala susah.

Jika bermimpi melihat warna hijau.
Maknanya : Akan mengalami kebahagiaan dalam hidup.

Jika bermimpi melihat rumput yang hijau.
Maknanya : Akan cukup wang, anak ramai, kesihatan terpelihara.

Jika bermimpi melihat apa sahaja yang berwarna kuning.
Maknanya : Segala kepandaian, kejayaan, dan kerjaya akan membuatkan ramai orang yang dengki, tetapi anda boleh mengatasinya.

Jika bermimpi melihat warna merah.
Maknanya : Amat baik sekali, anda akan awet muda, beruntung, kesihatan sentiasa baik, dan kewangan terjamin.

Jika bermimpi melihat warna merah merun.
Maknanya :  Akan difitnah atau dituduh tanpa alasan yang kukuh, tetapi anda boleh mengatasinya.

Bermimpi melihat warna putih.
Maknanya : Akan datang rezeki yang berlipat kali ganda, kesihatan, peribadi, soaial, rumah tangga akan teratur semuanya.

Jika bermimpi melihat warna ungu.
Maknanya : Akan mempunyai hobi yang mahal, yang sentiasa tidak memberikan kepuasan.

Wallahua'lam..
Semua ni hanya suka-suka, jangan dipercayai sangat. ya.....hanya Allah sahaja yang menentukan baik buruk untuk kita. Berusaha sedaya upaya barulah kita serahkan segalanya kepada Allah.....