Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Mata

Tafsir mimpi mengenai anggota badan sendiri dan orang lain :

Bermimpi seolah-olah dibadannya banyak mata.
Tafsirnya : Bertambah baik agamanya.

Bermimpi seolah-olah perutnya terbelah lalu dia melihat banyak mata didalamnya.
Tafsirnya : Bererti dia seorang yang zindiq (menyembunyikan kekufuran dan memperlihatkan agama/munafik), wallahua'lam.

Bermimpi seolah-olah kedua belah matanya adalah mata orang lain yang tidak dikenalinya.
Tafsirnya : Bererti penglihatannya dan orang lainlah yang menunjukkannya kejalan yang benar.

Jika orang lain yang mempunyai mata itu dikenal.
Tafsirnya  : Maka orang yang bermimpi itu akan mengahwini anaknya atau mendapatkan kebaikan daripadanya.

Bermimpi seolah-olah melihat kedua matanya hilang.
Tafsirnya : Alamat akan mati anaknya.

Bermimpi buta kedua belah matanya ditempat perantauan.
Tafsirnya : Bererti dia akan terus dalam perantauan sehingga matinya.

Bermimpi seolah-olah melihat kedua belah matanya daripada besi.
Tafsirnya : Akan mendapat duka cita yang hebat yang membawa kepada terbongkarnya aib dirinya.

Bermimpi seolah-olah membuka matanya kepada/memandang seorang lelaki.
Tafsirnya : Bererti dia memperhatikannya dan turut membantu dalam urusannya.

Bermimpi seolah-olah seorang lelaki memandangnya dengan perasaan marah.
Tafsirnya : Bermakna orang yang dimimpi itu dengki kepadanya.

Bermimpi melihat ditelapak tangannya ada mata orang lain atau mata binatang.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta.

Bermimpi seolah-olah dia melihat sebiji mata kemudian dia merasa kagum melihatnya.
Tafsirnya : Dia akan mengerjakan sesuatu yang memudaratkan atau merosak agamanya.

Bermimpi melihat mata hitam.
Tafsirnya : Bermakna baik agamanya.

Bermimpi melihat mata biru.
Tafsirnya : Dia ada melakukan bidaah, atau boleh jadi dia akan dicintai oleh seorang yang selama ini dikenang-kenang.

Bermimpi mata hitam bercampur biru.
Tafsirnya : Ada menyalahi agama.

Bermimpi mata hijau.
Tafsirnya : Agama yang berlainan dengan agama-agama yang biasa.

Bermimpi melihat didalam hatinya ada sebiji mata atau banyak mata.
Tafsirnya : Suatu kebaikan terhadap agamanya iaitu sekedar cahaya pada mata yang dilihatnya itu.

Jika mimpi berzina.
Tafsirnya : Bererti dia selalu melihat wanita.

Bermimpi melihat mata yang tajam.
Tafsirnya : Bik maknanya.

Bermimpi melihat mata yang lemah.
Tafsirnya : Menunjukkan akan berhajat kepada orang lain, bahkan akan menjadi peminta-minta, kerana harta adalah menempati mata.

Sesiapa yang ramai anak bermimpi mata lemah.
Tafsirnya : Menunjukkan bahwa dia akan sakit. Kerana anak juga boleh sama erti dengan mata.

Jika bermimpi kedua-dua belah matanya jatuh didalam biliknya.
Tafsirnya : Alamatnya akan kematian ahli keluarga.

Bermimpi bulu mata yang panjang.
Tafsirnya : Diertikan sebagai penjaga bagi agama.

Jika bulu mata itu nampak elok.
Tafsirnya : Eloklah keadaan anak atau hartanya.

Bermimpi seolah-olah bulu matanya lebat dan cantik.
Tafsirnya : Tafsirnya terpelihara agamanya.

Bermimpi seolah-olah melihat dia duduk dibawah bulu matanya yang panjang itu.
Tafsirnya : Kalau yang bermimpi itu orang yang beragama dan mempunyai ilmu, bererti hidup dibawah naungan agama.

Kalau dia ialah orang yang hanya memikirkan dunia bermimpi duduk dibawah bulu mata yang panjang.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta orang lain.

Bermimpi seolah-olah tidak mempunyai bulu mata.
Tafsirnya : Bererti menyia-nyiakan syariat agama.

Kalau bermimpi nampak orang lain mencabut bulu mata itu.
Tafsirnya : Seorang musuh akan menasihatinya dalam hal agamanya.

Bermimpi melihat seorang yang buta.
Tafsirnya : Akan ada sahabat atau saudara yang meminta pertolongan.

Jika bermimpi dia yang buta.
Tafsirnya : Dia harus berhati hati dalam kedudukan atau jawatan yang dipegang sekarang sebab boleh jadi kesalahan kecil akan membuatkan anda disingkirkan.

Bermimpi ada seseorang yang matanya memandang tajam pada yang bermimpi.
Tafsirnya : Yang bermimpi kurang disenangi oleh orang-orang yang berdekatan dengannya.

15 ulasan:

  1. Saya bermimpi mata kanan saya dipenuhi bulu mata.apakah artinya?

    BalasPadam
  2. Saya bermimpi Mata Kiri saya tekeluar.apa ertinya..

    BalasPadam
  3. Saya bermimpi biji mata adik saya terkeluar dan saya menangis dengan kuat lalu ia memasukkan biji matanya semula kedalam matanya dan berkata ' tidak apa2 ' apakah maksudnya ?

    BalasPadam
  4. Saya bermimpi tntg mata kanan sy terkluar dgn warna putih yg byk . Dan mata kiri sy mnjadi juling krn pd masa tu sy nk cabut contact lens

    BalasPadam
  5. sy bermimpi bhwa mata kekasih sy telah pon buta dan sy mnangis dgn kuat shngga sy mahu mndermakan mata sy kpada dia tnpa pngetahuan dia. apakah maknanya itu?

    BalasPadam
  6. Saya bermimpi membuka contk lens dibuka Dan mata tercabut lalu dimasukkn kembali

    BalasPadam
  7. saya bermimpi melihat mata kanan anak saya cedera dan kemudiam bengkak

    BalasPadam
  8. Sye bermimpi mata kanan sy, kemudia mate sye mengeluar kn cecair berwarna coklat, cecair itu seperti nanah.

    BalasPadam
  9. Sye bermimpi mata kanan sy, kemudia mate sye mengeluar kn cecair berwarna coklat, cecair itu seperti nanah.

    BalasPadam
  10. Sye bermimpi mata kanan sy, kemudia mate sye mengeluar kn cecair berwarna coklat, cecair itu seperti nanah.

    BalasPadam
  11. Saya mimpi bertemu lelaki mata bercahaya biru sambil senyum selepas solat di masjid

    BalasPadam
  12. Saya mimpi bertemu lelaki mata bercahaya biru sambil senyum selepas solat di masjid

    BalasPadam
  13. Saya bermimpi nampak mata suami di penuhi selaput mata

    BalasPadam