Pengikut

Khamis, 5 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Kepala dan Leher

Tafsir mimpi mengenai anggota badan sendiri atau orag lain : Kepala dan Leher

Jika mimpi kepala banyak luka.
Tafsirnya : Akan memperoleh keuntungan.

Jika mimpi kepala keluar tanduk.
Tafsirnya : Tandanya akan mengalami perselisihan faham. Atau boleh juga dapat naik pangkat atau dapat wang.

Jika bermimpi tanduknya satu sahaja.
Tafsirnya : Akan mendapat celaka.

Bermimpi melihat kepalanya besar dari biasanya.
Tafsirnya : Akan bertambah kemuliaannya.

Jika bermimpi melihat kepalanya kecil.
Tafsirnya : Akan berkurang kemuliaannya.

Bermimpi kepalanya dua atau tiga.
Tafsirnya : Akan dapat mengalahkan musuh jika sedang berperang.
Orang miskin bermimpi kepalanya besar.
Tafsurnya : Alamat akan menjadi kaya.

Orang kaya bermimpi kepala besar.
Tafsirnya : Akan mendapatkan anak-anak yang baik.

Orang bujang bermimpi kepala besar.
Tafsirnya : Akan berkahwin atau akan mendapatkan apa yang ia kehendaki.

Jika peniaga bermimpi melihat kepalanya terbalik.
Tafsirnya : Alamat akan rugi perniagaannya.

Orang yang bermimpi melihat kepalanya kebawah dan dia dalam keadaan digantung.
Tafsirnya : Akan panjang umurnya dan mendapatkan celaan.

Bermimpi kepalanya seperti kepala anjing, keldai, kuda, atau binatang-binatang lainnya.
Tafsirnya : Akan menghadapi kesusahan.

Bermimpi kepalanya berubah menjadi kepala gajah, harimau, serigala.
Tafsirnya : Dia akan melaksanakan sesuatu lebih dari kadarnya. Atau akan menjadi pemimpin dan menang dalam menghadapi musuh.

Bermimpi melihat kepalanya terbang.
Tafsirnya : Dia akan banyak bepergian dan musafir.

Bermimpi melihat kepalanya berminyak dan wangi.
Tafsirnya : Menunjukkan baik datuknya.

Bermimpi melihat kepala-kepala yang terputus.
Tafsirnya : Ramai orang yang tunduk padanya.

Bermimpi seolah-olah melihat dirinya memakan kepala orang dalam keadaan mentah.
Tafsirnya : Dia ada mencaci maki ketuanya dan dia mendapat harta daripada sebahagian ketua atau pengetua.

Bermimpi memakan kepala yang sudah dimasak.
Tafsirnya : Memakan modal atau kepala harta orang yang punya kepala itu jika orangnya dikenal, jika tidak kenal bermakna memakan modal hartanya sendiri.

Bermimpi seolah-olah dia mengambil kepala dengan tangannya sendiri.
Tafsirnya : Akan mendapat harta yang sebanyak-banyaknya, atau akan terjadinya perdamaian diantaranya dengan orang yang mempunyai hutang.

Bermimpi melihat kepalanya terpisah dari badan, lalu dia mengembalikannya ketempatnya semula.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan hartanya sebanyak pembayaran diyat, kalau sedang berpenyakit akan sembuh.

Bermimpi melihat seolah-olah kepala manusia berada didalam bejana yang bercampur darah.
Tafsirnya : Dia adalah seorang ketua atau pemimpin yang dibohongi.

Bermimpi melihat lehernya dipukul atau dipancung, lalu kepalanya terpisah dari badan.
Tafsirnya : Kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia dalam kesusahan atau berperang akan lepas daripadanya.

Seandainya dikenalnya orang yang memukul atau memancungnya.
Tafsirnya : Bermakna akan berlaku bagi orang itu.

Jikalau yang bermimpi itu kebetulan sedang sakit.
Tafsirnya : Akan berpanjangan penyakitnya tetapi akan berguguran dosanya.

Jikalau yang bermimpi demikian itu orang baik.
Tafsirnya : Akan menjumpai Allah SWT dalam keadaan yang baik.

Sesiapa yang melihat raja atau pemimpin atau ketua memukul lehernya.
Tafsirnya : Allah akan melepaskannya dari duka cita, dan menolong urusannya.

Sesiapa yang bermimpi melihat raja atau pemimpin atau ketua memancung leher rakyatnya.
Tafsirnya : Raja itu memaafkan kesalahan orang-orang yang bersalah atau memerdekakan hamba.

Sesiapa yang bermimpi lehernya dipancung sama ada berdasarkan keputusan hakim, disebabkan menyamun, dipancung di medan perang dsb.
Tafsirnya : Alamatnya tidak baik bagi orang yang ibu bapanya masih hidup dan mempunyai anak.

Tetapi jika bermimpi dipancung  sedangkan dia memang sebenarnya akan dihukum bunuh.
Tafsirnya : Baik akibatnya kerana malapetaka menimpa manusia hanya sekali.

Bagi pemilik modal bermimpi kepalanya dipancung.
Tafsirnya : Akan hilang hartanya atau akan rugi besar.

Bagi orang merantau jika mimpi dipancung.
Tafsirnya : Akan segera kembali ketempat asalnya.

Jika orang yang bermimpi melihat kepalanya berada ditangannya.
Tafsirnya : Baik akibatnya bagi orang yang tidak mempunyai anak, jika punya anak buruk akibatnya yang akan menimpa dirinya atau anaknya itu.

Bermimpi melihat kepalanya berada ditangannya dan dia mempunyai kepala yang lain.
Tafsirnya : Dia membetulkan sesuatu yang tidak baik.

Jika bermimpi ada kudis atau luka dikepala atau leher.
Tafsirnya : Menunjukkan penyakit yang akan berlaku untuk semua orang secara sama atau wabak.

Jika bermimpi melihat lehernya bertambah panjang.
Tafsirnya : Bertambah kuat menjalankan syariat agama dan menunaikan amanah.

Jika bermimpi lehernya pendek.
Tafsirnya : Kurang melaksanakan amanah.

Jika bermimpi ular melingkar dilehernya.
Tafsirnya : Bererti dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.

Jika bermimpi melihat dua urat dilehernya mengeluarkan darah.
Tafsirnya : Dia akan mati.

Jika bermimpi melihat harta dilehernya.
Tafsirnya : Menunjukkan keadilan dan kekuatannya melawan musuh.

Jika bermimpi tengkuknya tebal.
Tafsirnya : Kuat melawan musuhnya.

Jika bermimpi memiliki bulu tengkuk atau melihat bulu ditengkuknya.
Tafsirnya : Mempunyai harta ditangan orang lain dan harta orang lain pun ada ditangannya.

Jika bermimpi mencukur bulu tengkuk.
Tafsirnya : Menunaikan amanah dan menyelesaikan hutang.

Jika seseorang yang bermimpi seolah-olah tidak mempunyai bulu .
Tafsirnya : Akan bengkrap.

Jika seseorang bermimpi lehernya tidak panjang dan tidak pula pendek.
Tafsirnya : Jika dia seorang yang buruk ahlaknya maka perbaikilah. Jika dia seorang yang pemberani maka keberanian itu akan bertambah. Jika kedudukannya rendah maka dia akan dimuliakan dan dihormati.

Wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan