Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Telinga

Telinga biasanya diertikan sebagai isteri atau anaknya yang perempuan.

Jika seseorang bermimpi memiliki tiga telinga.
Tafsirnya : Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan.

Orang yang bermimpi memiliki empat telinga.
Tafsirnya : 1. Memiliki empat orang isteri. 2. Memiliki empat orang anak perempuan yang tidak ada lagi ibu mereka.

Jika bermimpi seolah-olah telinganya jauh daripadanya.
Tafsirnya : Akan menceraikan isterinya atau anaknya yang perempuan akan meninggal dunia.



Jika bermimpi seolah-olah dia memiliki satu telinga sahaja.
Tafsirnya : Semua keluarganya akan meninggal dunia.

Jika bermimpi melihat dia memiliki setengah telinga sahaja.
Tafsirnya : Isterinya akan meninggal dunia dan dia tidak akan berkahwin lagi.

Jika bermimpi melihat cincin tergantung ditelinganya.
Tafsirnya : Akan mengawinkan anaknya yang perempuan dan anaknya itu akan melahirkan anak lelaki.

Jika bermimpi telinganya tersumbat.
Tafsirnya : Menandakan kekafirannya ertinya hatinya tertutup untuk hidayat.

Jika bermimpi melihat telinganya banyak.
Tafsirnya : Dia berpaling dari kebenaran.

Jika seorang kaya melihat telinganya banyak lagi cantik.
Tafsirnya : Maka dia akan mendengar berita-berita yang menggembirakan.

Jika seorang kaya melihat telinganya banyak dan tak cantik.
Tafsirnya : Akan mendengar berita-berita yang buruk.

Sesiapa yang bermimpi melihat telinganya ada dua mata.
Tafsirnya : Dia akan buta dan segala penangguangannya akan didengarnya dengan dua telinganya.

Sesiapa yang bermimpi memiliki telinga yang banyak.
Tafsirnya : Baik bagi orang yang ingin ditaati isteri dan anak-anak.

Jika raja atau pemimpin atau ketua bermimpi melihat telinganya banyak.
Tafsirnya : Kedudukannya masih berkekalan dan masih dipatuhi oleh orang bawahannya.

Jika seseorang memiliki dua belas telinga atau lebih.
Tafsirnya : Jika dia seorang raja atau pemimpin atau ketua yang mempunyai kedudukan mimpinya itu menandakan kebaikan-kebaikan yang akan dicapainya. Jika dia seorang yang kaya akan menerima berita gembira dan menyenangkan dari pelbagai penjuru yakni sebanyak telinga dalam mimpinya itu. Jika dia seorang hamba bererti akan mendapatkan penghinaan dan kesusahan. Jika yang bermimpi itu masih ada kes di mahkamah/pengadilan akan mendapatkan kekalahan. Jika dia dimusuhi orang akan mendapat kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan