Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Janggut

Jika bermimpi janggutnya bertambah panjang.
Tafsirnya : Bertambahlah hutang dan kesedihaannya.

Jika bermimpi janggut itu sampai ketanah panjangnya.
Tafsirnya : Kematian.

Jika bermimpi janggut itu panjang sampai menyentuh perutnya.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta dan kedudukan yang akan menyusahkannya.

Jika bermimpi janggutnya panjangnya sederhana sahaja.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta, kedudukan dan kehidupan bahagia.

Jika bermimpi janggut itu sampai ke pusat.
Tafsirnya : Menurut satu pendapat bahwa dia tidak taat kepada Allah.



Jika bermimpi melihat janggutnya tepi-tepinya sahaja yang panjang sementara bahagian tengahnya tidak.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta tetapi orang lain yang akan menikmatinya.

Jika bermimpi janggutnya sampai kepusat dan dia dapat melihatnya.
Tafsirnya : Dia adalah seorang muazzin yang suka mengintai keadaan jiran.

Jika ada kanak-kanak yang belum baligh bermimpi dia mengambil janggut orang lain kemudian menariknya.
Tafsirnya : Dia akan mewarisi hartanya dan memakannya.

Jika bermimpi janggutnya kurang.
Tafsirnya : Jika kekurangannya tidak banyak menunjukkan kemudahan, dapat menyelesaikan hutang dan kebebasan. Jika kekurangannya banyak menunjukkan kehinaan dan kehilangan harta serta pangkat.

Jika bermimpi melihat janggut seseorang diatas dagunya dan dia sedang bercakap dengan isteri.
Tafsirnya : Dia akan turun dari kedudukan dan terpisah dengan orang-orang yang mengasihinya seperti isteri.

Jika bermimpi janggutnya sangat hitam.
Tafsirnya : Mendapatkan kekayaan.

Jika bermimpi janggut itu hitam kebiru-biruan.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta yang banyak tetapi dia menjadi sombong. Itu warna janggut Fir'aun.

Jika bermimpi janggutnya kuning.
Tafsirnya : Akan mengalami kemiskinan dan harta yang sedikit.

Jika bermimpi janggutnya merah.
Tafsirnya : Dia seorang yang warak.

Jika bermimpi seolah-olah dia memegang janggutnya dan bulu-bulu janggutnya berselerak ditangannya tetapi dia tidak membuangnya.
Tafsirnya : Hartanya akan habis kemudian dia berhasil mendapatkannya kembali.
Jika dia membuangnya maka hartanya akan habis dan tidak lama akan kembali lagi.

Bermimpi mencukur janggut.
Tafsirnya : Akan kehilangan harta dan pangkat.

Bermimpi ada uban pada janggutnya.
Tafsirnya : Terdapat kehormatan dan hargadiri pada dirinya.

Jika bermimpi janggutnya dicelup dengan inai.
Tafsirnya : Dia seorang yang teguh memegang sunnah.

Jika bermimpi mencelup rambutnya sedangkan janggutnya tidak dicelupnya.
Tafsirnya : Dia menjaga rahasia pemimpin.

Jika dia bermimpi mencelup rambut dan juga rambutnya.
Tafsirnya : Dia betul-betul menyembunyikan kemiskinannya dan mengharapkan penghargaan daripada manusia.

Jika wanita bermimpi mempunyai janggut.
Tafsirnya : Menunjukkan dia tidak beranak.Ada yang mengatakan dia akan diserang penyakit. Ada juga yang mengatakan sebagai harta dan kemuliaan suami dan anaknya akan bertambah. Tafsir lain mengatakan dia akan kehilangan suaminya.

Jika wanita mengandung bermimpi memiliki janggut.
Tafsirnya : Dia akan segera melahirkan anak.

Sesiapa yang bermimpi melihat janggutnya panjang dan rambutnya banyak.
Tafsirnya : Umurnya akan panjang dan hartanya akan bertambah.

Jika bermimpi melihat kanak-kanak beruban dan berjanggut.
Tafsrinya : Buruk takwilnya.

Sesiapa yang bermimpi melihat setengah janggutnya dicukur.
Tafsirnya : Dia akan menjadi miskin dan akan kehilangan pangkat dan kedudukannya.

Jika bermimpi yang mencukur janggutnya itu anak muda yang tidak dikenali.
Tafsirnya : Hartanya akan hilang ditangan musuh yang tidak dikenalinya atau ditangan orang yang tidak setaraf dengannya.

Jika bermimpi yang mencukur janggutnya itu oorang yang dikenali.
Tafsirnya : Pangkatnya akan hilang ditangan ketuanya yang kejam.

Jika dia bermimpi melihat janggutnya dipotong.
Tafsirnya : Hartanya akan hilang sekedar janggutnya yang dipotong itu.

Jika bermimpi janggutnya dicukur habis.
Tafsirnya : Harga dirinya akan hilang.

Sesiapa yang bermimpi memegang janggut pakciknya dan memotong sampai kepangkalnya.
Tafsirnya : Dia akan memakan harta pakcinya itu yang tidak memiliki waris selain dirinya.

Sesiapa yang melihat janggutnya putih bersseri.
Tafsirnya : Akan mendapat ketinggian, pangkat dan  nama yang baik.

Jika bermimpi janggutnya putih bercampur hitam.
Tafsirnya : Akan mendapat pangkat dan penghormatan.

Jika bermimpi melihat janggutnya sangat hitam dan lebih cantik dari sebelumnya.
Tafsirnya : Dia akan berhasil mendapatkan harga dirri, ketinggian, pangkat dan kebaikan.

Jika bermimpi melihat janggutnya telah beruban dan yang hitamnya tinggal sedikit sahaja.
Tafsirnya : Dia akan miskin dan pangkatnya akan hilang.

4 ulasan:

  1. apakah saudara pemilik blog ini bisa menjamin kebenaran tentang tafsir mimpi yang saudara publikasikan,dan darimana sumbernya,tolong di jelaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan di percaya walau satu pun apa yang ditulis oleh si penulis..tiada suatu pun yang benar melainkan anggapan sahaja..

      Padam
  2. Saya mengunting janggut yg pendek pada orang yg berpangkat dan saya kenal akan orang tersebut yang berpangkat dato

    BalasPadam
  3. Arti mimpi janggot d pegang² trus rontok d tangan sendri, dan salah satu jenggot itu ada yg bercabang,, itu arti nya apa ya,,??
    Trmkasih

    BalasPadam