Sesiapa yang bermimpi bahunya kuat dan berisi.
Tafsirnya : Dia kuat bekerja dan lancar perjalanannya.
Sesiapa yang bermimpi bahunya berpenyakit.
Tafsirnya : Temannya akan ditimpa penyakit atau mati.
Jika seseorang bermimpi ingin melihat tulang belikatnya tetapi tidak sanggup melihatnya.
Tafsirnya : Kemungkinan dia akan buta.
Jika bermimpi melihat tangan kanannya panjang.
Tafsirnya : Bagi seorang pemimpin adalah kemenangan, bagi peniaga dia akan mendapat keuntungan.
Jika bermimpi melihat tangan panjang lagi kuat.
Tafsirnya : Bagi seorang pemimpin bermakna para penolong atau menterinya kuat serta umurnya masih panjang.
Jika bermimpi melihat tangannya menjadi batu marmar.
Tafsirnya : Akan berkekalan dalam kebahagiaan.
Jika bermimpi tangannya dalam keadaan sihat dan baik.
Tafsirnya : Dia baik dalam memberi dan menerima sesuatu.
Jika bermimpi hilang salah satu tangannya.
Tafsirnya : Akan hilang sebahagian ahli keluarganya. Sama ada hilang dari pengetahuan (tiada kabar berita) atau mati.
Jika seseorang bermimpi memasukkan tangan kebawah ketiaknya kemudian dikeluarkannya dan tiba-tiba ditangannya terdapat cahaya.
Tafsirnya : Dia akan memperolehi ilmu kalau dia seorang ahli ilmu, kalau dia peniaga akan mendapatkan keuntungan.
Jika bermimpi ditangannya ada api.
Tafsirnya : dia akan memperolehi kekuatan, kemenangan dan ketinggian darjat.
Jika bermimpi ditangannya terdapat air.
Tafsirnya : Akan memeprolehi harta kekayaan.
Jika bermimpi tangannya lebih dari dua.
Tafsirnya : Akan bertambah daerah kekuasaannya bertambah kekuatan dan juga menunjukkan bertambahnya anak, kepulangan orang yang hilang dan lahirnya saudara atau adik.
Jika bermimpi seolah-olah dia bekerja keras menggunakan tangan kirinya.
Tafsirnya : Akan mencapai yang dihajatkannya.
Bermimpi membuka kedua tangannya.
Tafsirnya : Dia seorang yang pemurah.
Jika bermimpi berjalan dengan kedua-dua tangannya.
Tafsirnya : Dia bergantung kepada sebahagian keluarganya.
Jika seseorang bermimpi seolah-olah dia melihat dengan kedua tangannya sebagaimana dia melihat dengan mata.
Tafssirnya : Banyak menyentuh wanita yang haram dinikahinya.
Jika bermimpi seolah-olah tangan kanannya mencakapinya dengan kata-kata yang baik.
Tafsirnya : Kehidupannya akan baik.
Jika bermimpi seolah-olah tangan kirinya yang mencakapinya dengan baik.
Tafssirnya : Kaum kerabatnya berterima kasih kepadanya.
Jika bermimpi seolah-olah salah satu atau kedua-dua tangannya mencakapinya dengan tidak baik.
Tafsirnya : Dia ada melakukan perbuatan yang tidak baik.
Jika bermimpi tangan kanannya daripada emas.
Tafsirnya : Rakan kongsi atau isterinya akan mati.
Sesiapa yang bermimpi melihat tangannya berubah menjadi tangan raja.
Tafssirnya : Dia akan menjadi raja dan berlaku kepadanya apa-apa yang ada pada raja itu, sama ada tentang keadilan atau kezalimannya.
Jika bermimpi dirinya mempunyai dua sayap.
Tafsirnya : Akan memiliki dua orang anak.
Jika bermimpi melihat pertambahan pada lengannya.
Tafssirnya : Keadaan saudara atau anaknya yang sudah akil baligh akan menjadi baik.
Jika bermimpi melihat ada suatu kekurangan pada lengannya, atau lengannya memendek.
Tafsirnya : Akan terjadi musibah kepada anak atau saudaranya yang sudah akil baligh, atau boleh jadi dia akan menjadi seorang yang kurang akal dan pelupa.
Sesiapa yang bermimpi melihat perempuan yang sakit pada kedua telapak tangannya.
Tafsirnya : Itu adalah dunianya.
Jika bermimpi lengannya sakit.
Tafsirnya : Kesedihan dan batalnya segala sesuatu yang dikerjakan dengan tangannya.
Jika bermimpi melihat bulu pada hastanya.
Tafsirnya : Dia memiliki hutang.
Jika bermimpi melihat telapak tangan terbuka.
Tafsirnya : Akan hidup senang.
Jika bermimpi melihat telapak tangan tertutup.
Tafsirnya : Akan hidup melarat dan susah.
Bermimpi melihat bulu ditelapak tangan.
Tafsirnya : Hutang dan kesedihan, boleh jadi juga harta yang hilang dari genggaman.
Jika bermimpi melihat bulu dibelakang telapak tangan.
Tafsirnya : Akan kehilangan harta.
Jika bermimpi memasukkan jari atau menyilangkannya antara satu sama lain.
Tafsirnya : Kesusahan dan kesibukan menguruskan urusan keluarga, atau kesibukan saudara-saudara dengan perkara yang ditakuti berlaku keatas diri mereka, lalu mereka berpura-pura menyokong dan membantu saudara-saudara mereka.
Jika bermimpi melihat jari-jarinya pendek.
Tafsirnya : Suka pekerjaan yang sia-sia dan malas.
Bermimpi melihat jari-jarinya panjang.
Tafsirnya : Menjaga shalat lima waktu.
Jika bermimpi melihat jatuhnya salah satu jarinya.
Tafsirnya : Ada meninggalkan shalat, ibu jari - shalat subuh, telunjuk - shalat zohor, jari tengah - shalat asar, jari manis - shalat maghrib, anak jari - shalat isyak.
Sesiapa yang bermimpi menggigit ibu jari orang lain.
Tafsirnya : Perangai orang yang digigit itu buruk sedangkan orang yang mengigit sudah bersusah payah mendidiknya.
Jika bermimpi melihat susu keluar dari ibu jarinya dan keluar dari telunjuknya lalu dia menghisap kedua-duanya.
Tafsirnya : Dia ada melakukan hubungan seks dengan isteri serta ibunya.
Jika bermimpi melihat jari-jarinya berbunyi.
Tafsirnya : Ada perkataan yang tidak baik dikalangan ahli keluarganya.
Jika seorang pemimpin melihat aa pertambahan pada jari-jarinya.
Tafsirnya : ada pertambahan pada ketamakan dan kezalimannya dan sedikit sahaja keinsafannya.
Jika bermimpi kukunya berwarna putih.
Tafsirnya : Dia cepat hafal dan faham.
Jika bermimpi kuku yang sedang.
Tafsirnya : Baik untuk agama dan keduniaannya.
Bermimpi berubat dengan kuku.
Tafsirnya : Mengumpul harta dunia dengan cara penipuan.
Jika bermimpi kuku yang panjang dan cantik.
Tafsirnya : Harta dan pakaian, atau menyediakan persiapan untuk berperang atau berhujah atau bermakna harta yang dapat membanteras kejahatan musuh.
Orang yang bermimpi melihat kukunya panjang sehingga kuku itu ditakutkan terpotong.
Tafsirnya : Kenaikan orang lain menjadi pemimpin dan rosaknya urusan ditangannya disebabkan dia berlebih-lebihan dalam menggunakan kuasanya.
Jika bermimpi memotong kuku.
Tafsirnya : Mengeluarkan zakat fitrah.
Seseorang yang bermimpi melihat lelaki tua menyuruhnya memotongkan kukunya.
Tafsirnya : Undng-undang menyuruhya menjaga janji serta memelihara jawatannya.
Orang yang bermimpi kukunya diinai.
Tafsirnya : Dia banyak bertasbih.
Wanita yang bermimpi melihat kukunya diinai.
Tafsirnya : Suaminya sayang kepadanya.
Kalau wanita itu bermimpi kukunya diinai tetapi tidak lekat.
Tafsirnya : Suaminya tidak menampakkan cinta kepadanya.
Seseorang lelaki yang bermimpi melihat telapak tangannya diinai dengan inai yang tidak baik.
Tafsirnya : Dia akan mengalami kesusahan dalam hidupnya.
Jika dia bermimpi tangan kananya diinai dengan inai yang buruk.
Tafsirnya : Dia akan membunuh orang.
Jika bermimpi kedua tangannya diinai.
Tafsirnya : Dia akan memperlihatkan apa yang ada padanya sama ada kebaikan, harta pendapatannya, atau pekerjaannya.
Jika bermimpi kedua tangannya dicat dengan inai.
Tafsirnya : Dia akan melakukan penipuan dirumahnya agar dia dapat menjual sebahagian peralatan rumah untuk kepentingannya disebabkan pendapatannya yang sedikit, dan dia akan ditertawai oleh musuhnya dan akan mendapat penghinaan.
Jika seseorang wanita melihat tangannya dicat.
Tafsirnya : Dia akan melaksanakan satu penipuan. Jika cat itu dibuat dari tanah maka dia banyak bertasbih, jika cat itu dilihatnya bercampur aduk bermakna anak-anaknya akan membuat musibah kepadanya.
Jika seorang wanita bermimpi tangannya dicelup dengan emas atau dicat warna emas.
Tafsirnya : Akan memberikan harta kepada suaminya atau akan berbahagia bersama suaminya.
Jika seorang lelaki bermimpi tangannya dicelup dengan emas atau dicat warna emas.
Tafsirnya : Dia akan menipu dan dengan sebab itu hartanya akan musnah dan kehidupannya akan hancur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan