Pengikut

Selasa, 17 Mei 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai badan sendiri.

Kalau bermimpi banyak luka dikepala.
Tafsirnya : Akan memperoleh keuntungan.

Bermimpi kepala keluar tanduk.
Tafsirnya : Akan ada perselisihan faham yang dialami.

Bermimpi memotong rambut atau bercukur.
Tafsirnya : Ada diantara anggota keluarga yang terganggu kesihatannya.

Bermimpi rambut berjatuhan.
Tafsirnya : Akan mengalami kesedihan atau alamat kurang baik.

Bermimpi rambut putih dan berjatuhan atau gugur.
Tafsirnya : Kegembiraan akan bertukar dengan kesedihan atau sesudh bergembira akan berduka secara tiba-tiba.



Jika bermimpi rambutnya tiba-tiba menjadi lebat.
Tafsirnya : Akan segera datang berita gembira atau bila telah berumah tangga akan memperolehi anak.

Jika bermimpi rambut menutup mata.
Tafsirnya : Dirinya akan mengalami celaan atau ejekan dari orang lain secara tiba-tiba.

Bermimpi menyikat rambut dan mencuci muka.
Tafsirnya : Kesengsaraanya atau kesedihannya akan segera berubah.

Jika bermimpi melihat seseorang berambut merah coklat.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam perniagaan sendiri.

Bermimpi melihat rambut merah.
Tafsirnya : Akan mengahadapi perasaan hati yang kurang sedap.

Jika bermimpi melihat rambut palsu.
Tafsirnya : Akan ditipu rakan rapat atau sahabat karib.

Jika bermimpi melihat rambut putih.
Tafsirnya : Akan beruntung dalam usaha dan akan berumur panjang.

Bermimpi mencuci rambut.
Tafsirnya : Mesti berhati-hati kerana kemingkinan akan bergaduh.

Bermimpi memotong rambut orang lain.
Tafsirnya : Berhati-hati terhadap rencana yang akan datang.

Jika bermimpi dimuka keluar hitam.
Tafsirnya : Alamat kurang baik dalam masa sehari dua yang akan datang.

Bermimpi muka terlalu bahagia.
Tafsirnya : Akan mendapatkan berita gembira.

Bermimpi muka masam.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian.

Jika bermimpi mukanya cantik molek terutama kaum wanita.
Tafsirnya : Akan mengalami percintaan yang bahagia, jika ada hubungan cinta.

Mimpi bercermin muka.
Tafsirnya : Mesti berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Jika bermimpi hidung berdarah.
Tafsirnya : Akan mendapatkan keuntungan meskipun ala kadarnya sahaja.

Jika bermimpi badan gemuk dan kuat.
Tafsirnya : Akan dimuliakan orang, ramai orang yang segan padanya.

Jika bermimpi badan kurus.
Tafsirnya : Akan terjadi pergolakan dalam hidupnya dan tiada rezeki yang datang.

Jika bermimpi badan merasa lelah, penat dan letih.
Tafsirnya : Segala yang dicita-citakan tidak akan tercapai.

Jika bermimpi badan keluar kutu atau luka-luka.
Tafsirnya : Rezekinya akan tiba, kesusahannya akan terhindar dan jika dia sakit akan segera sembuh.

Jika bermimpi badannya berpeluh atau berkeringat.
Tafsirnya : Akan datang rezekinya, kesusahannya akan lenyap dan akan berbahagia.

Bermimpi giginya tanggal atau jatuh.
Tafsirnya : Akan berduka cita, kalau yang tanggal gigi sebelah atas kemungkinan orang tuanya akan ditimpa kemalangan, jika sebelah bawah  kemungkinan isteri atau anak, cucu atau saudaranya yang muda.

Jika bermimpi melihat perutnya sendiri.
Tafsirnya : Akan terhindar dari kesusahan yang menimpa selama ini.

Bermimpi badannya terikat rantai.
Tafsirnya : Akan sakit.

Jika bermimpi tangan atau kakinya putus.
Tafsirnya : Alamat yang buruk, akan terjadi sesuatu ddengan hartanya.

Jika bermimpi kaki atau tangan terkena kotoran.
Tafsirnya : Usahanya akan mendapatkan keuntungan walaupun sedikit.

Jika bermimpi kakinya mengeluarkan air.
Tafsirnya : Akan menjadi penghulu.

Jika bermimpi melihat tangan yang elok.
Tafsirnya : Dia akan mempunyai bakat seni.

Jika bermimpi tangan yang kuat.
Tafsirnya : Akan sukses dalam politik, sukan atau industri.

Jika bermimpi kemaluan lelaki berubah menjadi kemaluan perempuan atau sebaliknya.
Tafsirnya : Dia akan segera dikurniakan anak atau harta kekayaan.

Jika kemaluannya terlepas.
Tafsirnya : Akan menderita kesusahan yang besar.

Jika bermimpi melihat zakar kambing.
Tafsirnya : Akan hilang susahnya dan kalau dia sedang sakit akan segera sembuh.

Lelaki atau wanita jika bermimpi melihat bibir orang yang berlainan kelamin.
Tafsirnya : Akan memperolehi pasangan hidup yang serasi dalam kehidupan perkahwinan.

Wanita yang bermimpi melihat bibirnya sendiri.
Tafsirnya : Akan menjadi artis.

Lelaki yang melihat bibirnya sendiri.
Tafsirnya : Mesti berhati-hati dalam bercakap, tersalah kata buruk padahnya.

Jika bermimpi diri sendiri tiba-tiba bisu.
Tafsirnya : Kata-kata anda tidak didengari orang.

Bermimpi melihat orang buta.
Tafsirnya : Akan ada rakan yang meminta pertolongan.

Jika bermimpi anda sendiri yang buta.
Tafsirnya : Harus berhati-hati dalam kedudukan anda yang sekarang sedikit kesilapan akan menyebabkan anda tak berguna lagi.

Bermimpi dirinya demam.
Tafsirnya : Akan menerima surat atau berita dari kenalan atau kekasih.

Jika bermimpi berduka cita.
Tafsirnya : Akan bergembira dan kesihatan terjamin.

Bermimpi dirinya gila.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam bisnis dan berbahagia.

Jika bermimpi melihat orang gila.
Tafsirnya : Anda akan mengalami kesibukan kerana keluarga berseteru.

Bermimpi melihat hati atau gambar hati atai simbol cinta.
Tafsirnya : Untuk orang bujang akan segera berkahwin, yang sudah berkahwin akan hidup aman damai.

Jika bermimpi menderita penyakit hati.
Tafsirnya : Tubuh badannya akan sihat sejahtera.

Jika bermimpi mendengar suara detik jantung.
Tafsirnya : Akan mendengar kabar baik.

Jika bermimpi melihat paku atau kuku.
Tafsirnya : Akan menerima harta warisan.

Jika seorang wanita bermimpi jatuh cinta denga  seorang yang bermisai.
Tafsirnya : Anda akan segera kahwin dan akan beruntung.

Bermimpi sepasang mata tajam memandang padanya.
Tafsirnya : Dia kurang disenangi oleh orang-orang didekatnya.

Bermimpi melihat mata biru.
Tafsirnya : Akan dicintai oleh orang yang selama ini dikenang-kenang.

Jika bermimpi dirrinya mati.
Tafsirnya : Jika yang bermimpi sedang sakit akan sembuh, jika sihat segala perkara akan diselesaikan dengan mudah.

Bermimpi berbicara dengan orang yang telah mati.
Tafsirnya : Akan menempuh hidup yang baik dan sukses.

Jika bermimpi susah bernafas atau sesak.
Tafsirnya : Akan dinasihati untuk tidak bekerja terlalu kuat.

Bermimpi dirinya pingsan.
Tafsirnya : Rencananya akan gagal.

Jika lelaki bermimpi melihat wanita pingsan.
Tafsirnya : Akan segera bertemu jodohnya.

Jika bermimpi kakinya pincang.
Tafsirnya : Akan segera pergi atau pindah ketempat lain.

Jika bermimpi sakit.
Tafsirnya : Akan datang penggoda besar kepada anda.

Bermimpi bersedih hati.
Tafsirnya : Akan mengorbankan wang.

Jika bermimpi siku luka atau melecet.
Tafsirnya : Akan berhadapan dengan masalah.

Jika bermimpi suaranya merdu mendayu-dayu.
Tafsirnya : Akan mendengar kabar baik.

Jika mendengar guara yang garau dan kasar.
Tafsirnya : Rencana yang dirancang selama ini tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan