Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

1001 Tafsir mengenai pakaian dan perhiasan badan lainnya.

Jika bermimpi membeli pakaian.
Tafsirnya : Jangan banyak mempergunakan fikiran tentang hal yang akan datang.

Jika bermimpi anda berbogel.
Tafsirnya : Akan datang masa naas yang tak terduga.

Jika bermimpi anda memakai pakaian seorang janda.
Tafsirnya : Anda akan hidup lama atau berumur panjang.

Jika bermimpi memakai pakaian rumah yang agak kotor.
Tafsirnya : Anda akan mendapat pakaian baru.

Jika bermimpi menjahit pakaian sendiri.
Tafsirnya : Anda akan menemui kenalan atau cinta baru, jika anda single.



Jika bermimpi bajunya koyak.
Tafsirnya : Akan ada kematian atau kesusahan besar dialami salah seorang anggota keluarganya.

Bermimpi mendapat baju besar.
Tafsirnya : Akan memperolehi keuntungan atau naik pangkat.

Bermimpi bajunya hilang.
Tafsirnya : Akan bersedih hati.

Jika bermimpi memakai topi.
Tafsirnya : Kedudukan atau pangkat anda yang selama ini tak naik-naik akan segera meningkat.

Jika bermimpi kehilangan topi.
Tafsirnya : Akan kehilangan pekerjaan yang menjadi sumber hidup anda.

Jika bermimpi berbaju hijau.
Tafsirnya : Akan dapat berkah dari Allah.

Jika bermimpi memakai baju putih.
Tafsirnya : Anda akan diumpat baik atau buruk oleh orang lain.

Jika bermimpi memakai baju bersulam atau berenda atau lace.
Tafsirnya : Anak cucunya akan memperolehi rezeki.

Mimpi memperoleh sapu tangan.
Tafsirnya : Akan timbul perselisihan atau pertengkaran  terhadap isteri atau suaminya jika telah berkahwin, jika belum berkahwin terhadap teman-temannya.

Bermimpi mendapat selimut yang baru.
Tafsirnya : Akan memperolehi sedikit kekayaan.

Jika bermimpi tentang emas (dalam bentuk apa sahaja).
Tafsirnya : Anda akan hidup sejahtera dan mendapatkan kekayaan.

Kalau bermimpi berpakaian indah dan cantik.
Tafsirnya : Anda mesti berhati-hati dalam sehari dua yang akan datang kemungkinan wang yang anda telah kumpulkan selama ini akan habis entah kemana sehingga anda akan mengalami kesukaran.

Bermimpi menjual kain.
Tafsirnya : Anda akan beruntung dalam sesuatu usaha yang anda lakukan.

Jika bermimpi membeli kain.
Tafsirnya : Akan bertambahlah rakan karibnya.

Bermimpi memberikan kain kepada orang miskin.
Tafsirnya : Akan mendapat hadiah secara tak terduga.

Jika bermimpi memakai gelang tangan.
Tafsirnya : Segala yang anda cita-citakan selama ini akan gagal.

Jika bermimpi diberi keris.
Tafsirnya : Akan mendapatkan jodoh atau teman hidup yang baik.

Jika bermimpi memakai tali pinggang emas.
Tafsirnya : Akan panjang usianya.

Jika bermimpi memakai subang.
Tafsirnya : Kehidupan anda akan normal.

Jika bermimpi memberikan subang kepada orang lain.
Tafsirnya : Pekerjaan anda akan mengalami kemunduran atau terhenti.

Jika bermimpi memakai rantai leher atau kalung. Atau bermimpi seseorang datang memberi kalung.
Tafsirnya : Anda mempunyai suami yang tulus hati dan baik hati.

Jika bermimpi memecahkan cermin mata.
Tafsirnya : Anda akan mendapatkan kesusahan sedikit dalam kerja yang sedang dilakukan.

Jika bermimpi memakai cermin mata sedangkan biasanya anda tidak bercermin mata.
Tafsirnya : Anda akan bertengkar disebabkan selisih faham.

Jika bermimpi memakai sarung tangan.
Tafsirnya : Anda akan berjaya dalam sesuatu pemilihan. Baik dalam organisasi atau pilihan raya.

Jika bermimpi anda tersilap memakai sarung tangan.
Tafsirnya : Akan banyak kesilapan dalam semua yang anda lakukan.

Jika bermimpi menjahit stoking atau sarung kaki.
Tafsirnya : Akan mengalami kesukaran yang besar walaupun pada awalnya hanya soal kecil sahaja.

Jika bermimpi kemejanya hilang.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian besar dalam perniagaan.

Jika bermimpi sedang memakai kemeja.
Tafsirnya : Anda akan mendapat pertolongan dalam usaha anda.

Jika bermimpi membuka kemeja.
Tafsirnya : Akan mengalami pergaduhan dalam banyak perkara.

Bermimpi memegang kipas.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kegembiraan setelah berapa lama anda bersusah payah.

Jika bermimpi melihat atau memegang payung.
Tafsirnya : Akan ada sahabat yang menolong anda dalam kehidupan.

Jika bermimpi memegang pedang atau menggunakannya.
Tafsirnya : Akan ada orang yang berusaha mengusik anda dan kerja yang anda lakukan.

Bermimpi melihat atau mengguna pen atau ballpen.
Tafsirnya : Akan bergembira dalam percutian yang akan datang.

Jika bermimpi memakai songkok.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam usahanya.

Jika bermimpi songkoknya dipegang sahaja.
Tafsirnya : Mesti banyak menggunakan diplomasi dalam perniagaannya barulah akan mendapatkan kejayaan.

Jika bermimpi merokok.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam rencana atau rancangan anda.

Jika bermimpi melihat asap rokok.
Tafsirnya : Akan mendapat kabar gembira.

Jika bermimpi memakai atau melihat selipar.
Tafsirnya : Akan mendapat kemajuan dalam rumah tangganya.

Bermimpi menemukan sapu tangan
Tafsirnya : Akan bertemu dengan seorang sahabat baru.

Jika bermimpi kehilangan sapu tangan.
Tafsirnya : Akan menemukan kesukaran.

Bermimpi melihat atau memakai selendang dileher.
Tafsirnya : Akan menerima kabar gembira dan bahagia.

Bermimpi selimutnya koyak.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kesukaran kerana perbuatan lupa.

Jika bermimpi memperolehi kasut atau sepatu.
Tafsirnya : Akan mendapatkan pembantu yang baik, atau rumah tangganya aman damai.

Jika bermimpi kasut atau sepatunya hilang.
Tafsirnya : Pembantunya akan lari, atau akan bertengkar dengan suaminya.

Jika bermimpi kasutnya koyak atau rosak.
Tafsirnya : Akan ada anggota keluarganya yang sakit.

Jika bermimpi mendapatkan selipar kemudian terlepas sebelah.
Tafsirnya : Tidak jadi mendapatkan pembantu.

Jika bermimpi melihat sehelai kain lap tangan atau serbet.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kebaikan.

Jika bermimpi melihat kain lap tangan dilantai.
Tafsirnyya : Akan mendapatkan kemajuan dalam hidup.

Jika bermimpi membersihkan pakaian atau topi dengan menggunakan berus.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kedudukan yang pernah anda pegang dulu.

Bermimpi memberus gigi atau menyikat rambut.
Tafsirnya : Akan membuat perubahan yang baik dalam hidup.

Jika orang bujang bermimpi memakai pakaian sutera.
Tafsirnya : Akan berkahin dengan seorang yang cantik atau tampan.

Jika orang yang telah berkahwin bermimpi memakai pakaian sutera.
Tafsirnya : Akan menerima harta warisan yang banyak jumlahnya.

Jika bermimpi diberi cincin.
Tafsirnya : Akan segera berkahwin.

Jika bermimpi kehilangan cincin.
Tafsirnya : Harus berwaspada dalam menghadapi sesuatu kemungkinan akan terjadi kesulitan atau kerugian.

Jika bermimpi memakai topi.
Tafsirnyya : Akan diminta untuk menyandang jawatan yang telah sekian lama anda inginkan.

Jika seorang wanita bermimpi memakai tudung tebal.
Tafsirnya : Jangan mengguna pertimbangan sendiri dalam merencanakan sesuatu usaha atau pergaulan.

Jika bermimpi menjatuhkan tusuk rambut atau sepit rambut.
Tafsirnya : Akan menerima sejumlah wang yang selama ini anda inginkan.

Jika bermimpi memakai minyak wangi yang harum.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam cinta atau perkahwinannya akan berbahagia.

Jika bermimpi barang kemasnya hilang masuk perigi.
Tafsirnya : Akan terjadi sesuatu yang tak disangka-sangka.