Bermimpi memakai pakaian daripada wol.
Tafsirnya : Mendapatkan harta.
Bermimpi memakai pakaian daripada kain linen.
Tafsirnya : Mendapatkan harta yang agak rendah sedikit dari mutunya.
Bermimpi memakai pakaian daripada kain kapas.
Tafsirnya : Juga bermakna harta.
Bermimpi memakai pakaian daripada bulu.
Tafsirnya : Harta yang lebih rendah mutunya.
Bermimpi memakai kain yang halus.
Tafsirnya : Kemiskinan.
Jika bermimpi memakai kain yang kotor.
Tafsirnya : Kemiskinan, kesusahan, dan kerosakan menjalankan agama.
Jika bermimpi kepala dan tubuh badan kusut.
Tafsirnya : Akan mengalami kesedihan.
Jika bermimpi memakai pakaian berwarna putih.
Tafsirnya : Kecantikan agama dan dunia orang yang bermimpi.
Jika bermimpi memakai pakaian berwarna merah.
Tafsirnya : Baik untuk wanita, tetapi kurang baik untuk lelaki, kerana ia warna pakaian syaitan. Kecuali jika bermimpi warna merah itu pada tilam, sarung bantal atau selimut, maknanya kegembiraan. Ada satu pendapat juga mengatakan memakai pakaian warna merah maknanya akan sakit.
Jika bermimpi memakai pakaian berwarna kuning.
Tafsirnya : Akan mendapat penyakit.
Bermimpi memakai pakaian berwarna merah.
Tafsirnyya : Baik takwilnya kerana hijau pakaian ahli syurga.
Jika bermimpi memakai pakaian berwarna hitam.
Tafsirnya : Baik untuk yang selalu memakai pakaian warna hitam, maknanya harta dan kekuasaan. Bagi orang yang tak biasa memakainya buruk takwilnya.
Jika bermimpi memakai pakaian daripada sutera.
Tafsirnya : Harta yang banyak, begitu juga kain dari wol dan kain-kain yang baik mutunya.
Jika bermimpi memakai pakaian daripada sutera yang bercorak.
Tafsirnya : Harta yang haram dan kerosakan dalam agama.
Jika bermimpi memakai pakaian daripada sutera yang biasa.
Tafsirnya : Kekuasaan, maknanya kurang baik dipakai kecuali masa perang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan