Pengikut

Selasa, 7 Jun 2011

Tafsir mimpi mengenai Alat Kelamin Lelaki.

Alat kelamim lelaki bermakna harga diri seseorang dan kemuliaannya disisi manusia atau anaknya. Bertambah dan berkurangnya ukuran alat kelamin (dalam mimpi) berkenaan dengan keadaan kemuliaan dan anak.


Jika seseorang bermimpi alat kelaminnya panjang melampaui batas.
Tafsirnya : Dia akan mendapat kesusahan.


Jika bermimpi melihat dirinya mempunyai dua alat kelamin.
Tafsirnya : Bermakna dia akan mendapatkan anak kedua dan harga dirinya dikalangan manusia akan bertambah baik.


Jika bermimpi mencabut alat kelaminnya atau mencabut sebahagiannya dengan tangannya, kemudian dikembalikannya ketempatnya semula.
Tafsirnya : Anaknya akan mati, kemudian akan mendapat gantinya. Boleh juga diertikan sebagai hartanya akan lingkup tetapi dia akan mendapatkannya semula.



Jika bermimpi alat kelaminnya terpotong sampai terpisah dari badannya.
Tafsirnya : kematian dirinya atau anaknya, kerana sebutannya akan hilang dengan kematiannya.


Jika bermimpi alat kelaminnya kelihatan hidup atau naik.
Tafsirnya : Dia seorang yang kuat, banyak bergerak, cergas, dan memiliki kekayaan yang luas.


Jika bermimpi alat kelaminnya berbentuk biasa , jika ia kelihatan bertambah pendek, bertambah panjang, membesar atau mengecil.
Tafsirnya : berlaku demikian juga dengan anak keturunannya.


Jika bermimpi alat kelaminnya kelihatan bercabang, sama ada cabangnya banyak atau sedikit.
Tafsirnya : Harga diri dan nama baik orangnya dikalangan manusia menurut kadar mimpi tersebut, kerana cabang-cabangnya bermakna maruahnya dikalangan masyarakat.


Jika bermimpi melihat alat kelaminnya menjadi lemah.
Tafsirnya : Anaknya akan sakit atau akan jatuh.


Jika bermimpi seolah-olah menghisap alat kelamin orang lain atau alat kelamin binatang.
Tafsirnya : Bermakna dia selalu menyebut-nyebut nama orang yang punyai alat kelamin itu.


Jika bermimpi seolah-olah dia khunsa (mempunyai dua alat kelamin iaitu alat kelamin lelaki dan perempuan).
Tafsirnya : Dia seoraang yang baik beragama.


Sesiapa yang bermimpi seolah-olah auratnya nampak tetapi dia tidak memandangnya, dia merasa malu dan orang lain juga tidak ada yang memperhatikannya.
Tafsirnya : Dia selamat dari malapetaka seperti ketakutan dan hutang.


Jika bermimpi melihat alat kelaminnya diikat.
Tafsirnya : Hidupnya akan susah dan anaknya akan menjadi hina.


Jika bermimpi melihat alat kelaminnya masuk kedalam.
Tafsirnya : Dia menyembunyikan kesaksian.


Jika bermimpi seolah-olah dia mencium alat kelaminnya.
Tafsirnya : Jika dia belum punya anak, maka akan mempunyai anak. Kalau dia mempunyai anak tetapi berada diperantauan bermakna anaknya akan balik dan dia akan mencium mereka.


Jika seorang perempuan bermimpi seolah-olah melihat bulu dialat kelamin anaknya.
Tafsirnya : Bererti umurnya tinggal sedikit dan dia akan mati.


Jika seseorang bermimpi melihat alat kelaminnya banyak bulunya sampai kepinggir-pinggirnya.
Tafsirnya : Bermakna kejahatan dan keburukannya sebanyak bulu yang diimpikannya itu.


Sesiapa yang bermimpi memberi makan kepada alat kelaminnya seakan-akan memberi makan kepada ular.
Tafsirnya : Dirinya akan mati dalam keadaan tidak baik dan menanggung malu.


Dua Buah zakar adalah jalan musuh-musuh sampai kepada orangnya.
Orang yang bermimpi melihat dua buah zakarnya terpotong tetapi tidak sampai busuk atau keduanya terkena sesuatu yang tidak diingini.
Tafsirnya : Musuh-musuhnya memperolehi kemenangan yang sesuai menurut kadar kemaluan yang terpotong itu.

Jika bermimpi buah zakarnya membesar atau mempunyai kekuatan  yang lebih dari biasa.
Tafsirnya : Dia adalah seorang yang tidak dapat diganggu oleh musuh-musuhnya. Dan boleh jadi terpotong kedua-duanya bermakna dia tidak akan mendapat anak perempuan. Ertinya anaknya hanya lelaki saja, jika dalam mimpi itu terdpat sesuatu yang menunjukkan kebaikan.

Jika bermimpi seolah-olah buah zakarnya tercabut.
Tafsirnya : Dia akan kematian anak dan tidak akan mendapat anak lagi.

Jika bermimpi buah zakarnya dihadiahkannya kepada orang lain dan buah zakar itu terpisah daripadanya.
Tafsirnya : Dia akan mendapat anak tanpa disedarinya , lalu dia bangsakan anak itu kepada orang lain.

Jika bermimpi melihat kedua buah zakarnya berada ditangan orang yang tidak dikenalinya.
Tafsirnya : Orang itu akan mengalahkannya, jika orang yang dilihatnya dalam mimpi itu ialah orang muda bermakna musuhnya.

Jika bermimpi melihat buah zakarnya bengkak.
Tafsirnya : Hartanya tidak selamat dari musuh-musuhnya.

Jika seorang lelaki bermimpi seolah-olah mempunyai lebih dari satu zakar (alat kelamin) dan tidak mempunyai buah zakar.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan anak perempuan sebanyak alat kelamin yang dilihatnya itu tetapi tidak mempunyai anak lelaki.