Tulang rusuk bermakna perempuan, kerana perempuan dijadikan daripadanya. Maka semua yang terjadi pada tulang rusuk bermakna sesuatu akan terjadi ke ats perempuan. Adapun Aurat yang terbuka bermakna aib akan terbuka dan musuh akan menang.
Jika bermimpi memperlihatkan Auratnya atau sengaja dia membuka semua pakaiannya atau sebahagiannya.
Tafsirnya : Aibnya akan terbongkar sekedar auratnya yang nampak itu.
Jika bermimpi pakaiannya sedikit atau singkat yakni sekedar menutup auratnya sahaja.
Tafsirnya : Dia akan bersungguh-sungguh melakukan perkara yang sentiasa dilakukannya. Jika perkara itu berkenaan agama bermakna dia betul-betul berbuat baik dan mengamalkan ajaran agama, jika perkara itu berkaitan dengan maksiat, bermakna dia akan melakukannya sepuas-puasnya.
Jika seseeorang yang dalam mimpinya itu tidak mengetahui perkara yang disenanginya, agama atau maksiat, sementara tempat melakukan kegiatan tersebut dipasar atau dikhalayak ramai dan auratnya terbuka, dapat dilihatnya seolah-olah dia merasa malu.
Tafsirnya : Bermakna Aibnya akan terbongkar dan tidak ada kebaikan yang akan diperolehi daaripadanya.
Jika seseorang yang bermimpi seperti diatas tetapi tidak merasa malu dan tidak ada sehelai kain pun diatas tubuhnya.
Tafsirnya : Bermakna dia akan terlepas dari kesusahan, jika berpenyakit maka Allah akan menyembuhkannya, jika dia orang yang berhutang akan dapat membayarnya, jika sedang dilanda takut akan mendapat ketenangan dan keamanan.
Jika bermimpi pakaiannya tidak ada sama sekali dan auratnya nampak jelas sedangkan dia seperti orang malu.
Tafsirnya : Dia tidak akan berjaya mendapatkan harapannya dari orang yang diharapkannya, mungkin juga dia akan jatuh dari kedudukannya.
Jika auratnya tidak nampak jelas dan dia merasa malu.
Tafsirnya : Akan mendapatkan Keselamatan dan musuhnya tidak akan dapat mengalahkannya.
Jika bermimpi seolah-olah dia telanjang dan tidak berpakaian sama sekali.
Tafsirnya : Dirinya ada musuh.
Jika bermimpi telanjang dan auratnya tidak terbuka.
Tafsirnya : Akan dapat mengalahkan musuhnya.
Jika bermimpi telanjang dan menutup auratnya dengan sesuatu atau dengan tangannya.
Tafsirnya : Dia akan patuh pada musuhnya dan akan lari dari mereka.
Jika bermimpi melihat kain sarung saja yang ada pada tubuhnya.
Tafsirnya : Dia bersungguh-sungguh dalam beribadat.
Jika bermimpi bersungguh-sungguh mendapatkan penutup auratnya.
Tafsirnya : Akan mencapai hasratnya sekedar kesungguhannya dalam mimpi itu.
Jika bermimpi telanjang dan tidak disertai dengan kesungguhan untuk mendapatkan penutup auratnya.
Tafsirnya : Bala akan turun atau tiidak taat kepada Allah, atau mungkin aibnya akan terbongkar.