Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2011

Tafsir mimpi mengenai paha dan kaki

Paha diertikan sebagai keluarga. Jika bermimpi melihat pahanya seolah-olah pahanya terpotong dan terpisah dari tubuhnya.
Tafsirnya : Dia akan terpisah dari keluarganya sehingga mati di tempat yangjauh dari mereka. Dan dia tidak akan kembali lagi kepada kaumnya selama-lamanya.

Jika bermimpi pahanya dari tembaga.
Tafsirnya : Kaum keluarganya termasuk orang-orang yang berani berbuat maksiat.

Jika bermimpi dipahanya ditumbuhi bulu lalu seorang lelaki mencukurnya.
Tafsirnya : Dia mempunyai hutang, tetapi salah seorang saudaranya membayarnya.

Sesiapa yang bermimpi memotong mana-mana uratnya disebabkan penyakit.
Tafsirnya : bermakna dia akan kematian ahli keluarganya yang kedudukannya seperti urat itu di dalam tubuhnya, boleh jadi dia sendiri yang terpisah dengan keluarganya disebabkan kematiannya dan perpisahan itu boleh berlaku dengan perpisahan hidup.


Jika bermimpi melihat kulit lututnya dalam keadaan kuat.
Tafsirnya : kehidupannya kuat.

Jika bermimpi kulit lututnya terkupas.
Tafsirnya : Yang bermimpi itu akan bertambah susah.

Jika orang sakit bermimpi lututnya sakit.
Tafsirnya : Dia akan mati.

Menurut pendapat lain dua lutut ditakwilkan sebagai badan yang kuat dan giat serta ilmu yang banyak.
Jika bermimpi melihat kedua lututnya kuat dan sihat.
Tafsirnya : Dia akan membuat kegiatan lain atau tubuh badannya sihat.

Jika bermimpi pada kedua lututnya terdapat penyakit.
Tafsirnya : Dia berat untuk melakukan pekerjaan atau malas.

Jika seseorang bermimpi melihat betisnya daripada besi.
Tafsirnya : Umurnya akan lanjut dan hartanya akan bertahan.

Jika bermimpi betisnya daripada kaca.
Tafsirnya : Tidak lama lagi dia akan mati dan hartanya akan habis.

Jika bermimpi kakinya dipotong.
Tafsirnya : Separuh hartanya akan habis.

Jika bermimpi keua-dua kakinya dipotong.
Tafsirnya : Harta dan kekuatannya akan hilang atau dia akan mati jika keduanya terpisah dari tubuhnya.

Menurut satu pendapat lagi dua kaki bermakna kedua ibu bapa. Jika bermimpi kedua-dua kakinya dipotong.
Tafsirnya : Akan kehilangan kedua ibu bapanya.

Orang yang bermimpi berjalan tanpa sandal atau selipar.
Tafsirnya : Akan menghadapi kesengsaraan.

Jika seseorang  bermimpi memiliki kaki yang banyak.
Tafsirnya : Jika musafir Perjalanannya akan menjadi mudah dan dia akan mendapat kebaikan, jika dia seorang yang miskin bererti akan mendapat kekayaan, jika dia seorang yang kaya bermakna dia akan sakit.

Seorang lelaki yang bermimpi melihat kakinya dicelup.
Tafsirnya : Akan kematian isteri.

Jika perempuan yang bermimpi kakinya dicelup.
Tafsirnya : Akan kematian suami.

Jika bermimpi mengangkat betisnya dan meluruskan betis yang lain, lalu kedua-dua betisnya bertemu.
Tafsirnya : Ajalnya sudah dekat, mungkin juga dia akan menghadapi kesulitan atau dia akan dianggap sebagai seorang pendusta.

Jika lelaki bermimpi melihat betis perempuan.
Tafsirnya : Dia akan berkahwin.

Kalau dia melihat perempuan itu sengaja membuka betisnya supaya dilihat.
Tafsirnya : Agama orang yang bermimpi baik dan penghidupannyapun semakin baik dari sebelumnya.

Jika bermimpi melihat mata kaki (buku lali).
Tafsirnya : Kematian dan kesusahan akan dating.

Jika bermimpi melihat lututnya patah.
Tafsirnya : Dia ada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan penyesalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan