Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2011

Tafsir mimpi mengenai hujung kaki.

Hujung kaki yang dimaksudkan disini ialah dari mata kaki atau buku lali sampai ke telapak kaki. Hujung kaki bermakna perhiasan dan harta seseorang. Jari-jari bermakna hamba-hambanya yang lelaki dan perempuan.

Jika bermimpi sebahgian jari-jarinya naik kelangit.
Tafsirnya : Sebahagan hambanya akan mati.

Jika bermimpi melihat bulu pada hujung kakinya.
Tafsirnya : Hutangnya banyak.

Orang yang bermimpi kedua-dua kakinya naik kelangit dan berpisah dari tubuhnya.
Tafsirnya : Dua anaknya akan mati.

Orang yang bermimpi memasukkan kakinya ke dalam kemaluan perempuan.
Tafsirnya : Dia kaki perempuan (banyak bermain dengan perempuan).


Jika bermimpi melihat kakinya banyak.
Tafsirnya : Akan menjadi kaya, kerana dia memerlukan kaki yang banyak untuk menggantikan dirinya, atau boleh jadi akan menjadi buta kerana dia berhajat kepada orang lain yang menuntunnya, dan juga diertikan penjara bagi orang-orang jahat, disebabkan dia perlu dijaga oleh orang lain.

Jika seorang lelaki bermimpi seolah-olah satu kakinya menjadi batu.
Tafsirnya : Kemungkinan kakinya yang dilihat dalam mimpi itu akan menjadi lumpuh.

Jika bermimpi seolah-olah pada dua betisnya terdapat bulu yang banyak.
Tafsirnya : Dia banyak hutang dan akan mati dipenjara.

Jika bermimpi seolah-olah betisnya bengkok.
Tafsirnya : Dia akan menjadi seorang penzina.

Jika bermimpi seolah-olah jari-jari kakinya diatas bara api, setiap kali diletakkan kakinya keatas bara,  bara api itu padam.
Tafsirnya : Dia adalah seorang yang menuruti hawa nafsu.

Jika seorang wanita bermimpi seolah-olah ibu jari kakinya terpotong.
Tafsirnya : Dia akan memutuskan hubungan dengan satu kaum yang telahpun terputus  selama ini.

1 ulasan:

  1. Wynn Las Vegas and Encore - JTM Hub
    JAMMY 경주 출장샵 WYNN 목포 출장안마 LAS VEGAS AND 포커 족보 ENCORE - 강원도 출장마사지 3131 Las Vegas Boulevard South, Las Vegas, NV 89109 Jumba Encore Beach Club, Wynn, Las Vegas. 전라북도 출장안마 Jumba Wynn Hotel.

    BalasPadam