Pengikut

Jumaat, 23 Disember 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai apa yang dikerjakan dan dilihat. Bah 3.

Jika bermimpi diri anda ditawan dikapal disebuah pulau.
Maknanya : Menandakan kehidupan percintaan yang romantis, dan segala yang dicita-citakan akan tercapai.

Jika bermimpi membersihkan kasut diatas tikar atau karpet.
Maknanya : Akan berkenalan dengan orang ternama yang kelak akan dapat menolong anda.

Bermimpi berbicara melalui telepon.
Maknanya : Akan ada seseorang yang akan menghubungi anda berkaitan hal yang agak penting.

Jika bermimpi ditipu oleh seseorang, baik kawan atau orang lain.
Maknanya : Dalam masa terdekat akan ada sahabat yang menolong anda.

Jika bermimpi berjalan-jalan atau melancong.
Maknanya : Akan melancong dalam setahun dua yang akan datang.



Jika bermimpi mengambil air sembahyang atau wudu'.
Maknanya : Kehidupannya akan sentiasa aman dan tenteram.

Bermimpi memberi zakat kepada fakir miskin.
Maknanya : Anda akan sentiasa cukup, tak pernah kekurangan wang.

Bermimpi berziarah ketempat keramat atau kuburan.
Maknanya : Akan menjadi seorang yang mulia dan hidup tenang sampai akhir hayat.

Bermimpi menonton pertunjukan akrobatik.
Maknanya : Kemungkinan nama baik anda akan sedikit tercemar.

Jika bermimpi melihat arkitek sedang bekerja.
Maknanya : Akan berjaya dalam pekerjaan ditempat orang atau makan gaji.

Bermimpi terapung-apung diatas air.
Maknanya : Usaha anda akan gagal kerana tidak mempunyai asas yang kukuh.

Jika bermimpi duduk diteater atau panggung wayang menonton pertunjukan atau wayang.
Maknanya : Akan bertengkr dengan seorang kawan, kekasih atau keluarga.

Jika berada diatas pentas seolah-olah sedang berpidato.
Maknanya : Akan berjaya daalam politik, sosial, dan kerjaya.

Jika bermimpi terjatuh dari pentas.
Maknanya : Kemungkinan akan terjadi sesuatu yang buruk jika tidak berhati-hati.

Jika bermimpi anda berada didalam benteng atau kubu.
Maknanya : Ramai sahabat yang melindungi anda dalam sesuatu kesukaran terutama dalam bisnis dan sosial.

Jika bermimpi anda sedang duduk bercumbu-cumbuan diberanda.
Maknanya : Akan segera menikah dengan seseorang yang anda pernah cintai.

Jika bermimpi melihat seorang yang buta.
Maknanya : Akan anda seorang kawan yang datang meminta pertolongan.

Jika berimpi anda sendiri yang buta.
Maknanya : Anda mesti berhati-hati terhadap pekerjaan yang anda lakukan sekarang.

Jika bermimpi membawa bungkusan.
Maknanya : Seseorang akan datang memberi jalan yang memberi keuntungan.

Jika bermimpi memberikan cek kepada seseorang.
Maknanya : Akan berjaya dalam bisnis.

Bermimpi mengoyakkan cek.
Maknanya : Seorang kawan akan menyebabkan anda rugi.

Bermimpi berjalan dijalan yang sempit atau kecil.
Maknanya : Rezeki akan semakin meningkat.

Jika bermimpi masuk ke gua atau terowong.
Maknanya : Akan menemui masalah yang rumit jika tidak berhati-hati akan merugikan anda.

Bermimpi sedang menggali tanah.
Maknanya : Usaha anda akan berjaya dan memuncak.

Bermimpi tergelincir ditanah yang licin.
Maknanya : Jika tidak berhati-hati kemungkinan orang yang paling anda percayai akan mengkhianati.

Bermimpi mendengar suara gemerincing wang atau logam lainnya.
Maknanya : Tanggung jawab akan bertambah.

Bermimpi menerima hadiah dari bos.
Maknanya : Akan naik gaji.

Bermimpi memberi hadiah kepada orang lain.
Maknanya : Akan teringat kepada sahabat/keluarga.

Jika bermimpi menerima hadiah dari sesiapa sahaja.
Maknanya : Kesihatan terpelihara.

Bermimpi melihat, membaca atau membuka buku.
Maknanya : Pelajaran anda akan berjaya.

Jika bermimpi melihat halaman buku yang koyak.
Maknanya : Akan terjadi pergaduhan.

ika bermimpi melihat hantu/jin.
Maknanya : Usaha anda akan berjaya dalam sehari dua.

Jika bermimpi berbicara dengan hantu/jin/jin.
Maknanya : Kewangan anda akan meningkat.

Bermimpi melihat hantu/jin tersenyum.
Maknanya : Akan panjang umur.

Jika menerima hidangan makanan.
Maknanya : Akan beruntung.

Bermimpi menginap dihotel.
Maknanya : Akan gagal dalam banyak usaha dan ramai anak.

Jika bermimpi membaca iklan dalam majalah atau surat khabar.
Maknanya : Akan mendapatkan kemajuan dalam hidup.

Jika bermimpi menjaga seorang yang cacat.
Maknanya : Akan dikurniakan bahagia.

Jika bermimpi berjalan-jalan dalam istana.
Maknanya : Akan menemui seorang yang ternama yang akan menolong anda.

Jika melihat gambar istana dalam gambar, lukisan atau tv.
Maknanya : Akan dapat kerja yang baik.

Bermimpi dikagumi orang ramai.
Maknanya : Kawan, kekasih dan keluarga sangat jujur kepada anda.

Jika bermimpi menjadi orang yang kaya raya (jika dalam hidup sebenarnya biasa sahaja).
Maknanya : Belum ada rezeki untuk menjadi kaya.

Jika bermimpi menjadi bos atau manager/pengarah.
Maknanya : Akan meningkat kemampuan kewangannya.

Bermimpi melihat orang bermain kad.
Maknanya : Berhati - hati terhadap pekerjaan anda sekarang. Jangan kerja sambil lewa.

Bermimpi menjadi kapten kapal.
Maknanya : Akan menjadi pemimpin.

Jika bermimpi memberi penghargaan kepada seseorang.
Maknanya : Akan naik pangkat agak tinggi dalam pekerjaan anda sekarang.

Jika bermimpi membeli tiket (kapal, bas, teksi, pesawat terbang dan sebagainya).
Maknanya : Akan berjaya disebabkan usaha anda.

Jika bermimpi berkemas untuk pergi kesuatu tempat.
Maknanya : Akan duduk lama di tempat tinggal yang sekarang.

Jika bermimpi tidak jadi berangkat.
Maknanya : Akan berpindah tempat kediaman.

Jika bermimpi melihat anak kembar.
Maknanya : Akan mendapatkan hasil yang sederhana dari usaha yang dibuat.

Jika bermimpi melihat atau meneliti kompas.
Maknanya : Akan bertemu dengan seorang kawan yang membuatkan hidup anda bermakna.

Jika bermimpi pakaian anda terkena lumpur atau kotoran.
Maknanya : Akan menang dalam perselisihan dengan musuh.

Bermimpi menyalakan api dapur/tungku.
Maknanya : Aka berjaya dalam usahanya.

Jika bermimpi dapur/tungku terbakar.
Maknanya : Banyak perselisihan dalam rumah tangga, yang bersifat sementara disebabkan oleh seseorang yang cemburu.

Bermimpi membaca surat khabar.
Maknanya : Akan mendapatkan khabar yang baik.

Bermimpi melihat lukisan yang cantik.
Maknanya : Akan dipecat.

Jika bermimpi anda adalah seorang pelajar seni lukis.
Maknanya : Akan berjaya dalam usaha/kerjaya disebabkan segala kesukaran berjaya diatasi.

Jika bermimpi sedang memasak.
Maknanya : Akan mengadakan pesta gembira kerana berjaya memenangi cinta kemungkinan bertunang atau berkahwin.

Jika bermimpi membajak sawah atau ladang.
Maknanya : Kepuasan dan bergembira dalam perkahwinan.

Jika bermimpi membalas dendam.
Maknanya : Alamat yang tidak baik dalam perniagaan atau sosial.

Jika bermimpi berjaya membalas dendam.
Maknanya : Akan dapat mengatasi segala kesukaran.

Bermimpi menjadi nelayan, memancing atau menjala ikan.
Maknanya : Jika mendapat ikan maka akan mendapat rezeki yang besar, jika tidak dapat apa-apa maka akan menghadapi kesusahan dalam mencari rezeki.

Bermimpi melihat suatu permainan sukan.
Maknanya : Akan memperolehi keuntungan dalam hidup.

Jika bermimpi anda sendiri yang bersukan.
Maknanya : Anda mempunyai keupayaan menerajui perusahaan atau kehidupan sosial anda berjalan dengan baik.

Bermimpi naik pangkat.
Maknanya : Akan memperolehi sesuatu yang anda rencanakan.

Bermimpi melalui pagar atau melompati pagar.
Maknanya : Akan dapat mengatasi segala kesulitan yang dihadapi.

Bermimpi membetulkan pagar.
Maknanya : Akan dapat menjaga segala hal keluarga dengan baik.

Bermimpi memakai perhiasan.
Maknanya : Akan merasa bangga dengan anak-anak dan keluarga.

Jika bermimpi membeli perhiasan.
Maknanya : Kehidupan dihari tua akan terpelihara dan aman.

Bermimpi menjual perhiasan.
Maknanya : Akan mendapat ganjaran yang patut dari apa yang anda sudah lakukan.

Bermimpi memintal atau merajut apa sahaja.
Maknanya : Mesti berhati-hati dengan datangnya seorang sahabat baru yang kemungkinan akan membawa kehidupan anda kearah keburukan.

Jika bermimpi memotong daging atau ayam dimeja makan.
Maknanya : Akan memperolehi kekayaan dengan jalan perkahwinan atau akan berkahwin dengan orang kaya.

Bermimpi memakai batu permata.
Maknanya : Berbahgia dalam perkahwinan, dan kekal.

Bermimpi menjadi askar atau tentera.
Maknanya : Akan mengalami perubahan dalam hidup.

Bermimpi duduk diberanda rumah.
Maknanya : Akan mengalami perubahan dalam rumahtangga.

Bermimpi berada ditaman bunga.
Maknanya : Kehidupan anda penuh dengan kepuasan, kemakmuran dan kegembiraan.

Jika bermimpi melihat orang-orang bermain ditaman bunga.
Maknanya : Akan segeraa menikah dengan orang yang setia, jujur dan tabah.

Jika bermimpi diberi cenderamata.
Maknanya : Akan mendapat kegembiraan yang tak disangka-sangka.

Bermimpi memberikan suatu cenderamata.
Maknanya : Akan mempunyai kawan yang baik dan akrab.

Bermimpi menarik tangga.
Maknanya : Akan dapat melaksanakan cita-cita yang tinggi.

Bermimpi jatuh ditangga.
Maknanya : Akan menunda urusan perniagaan,atau boleh juga diertikan sebagai kehilangan kepercayaan dari bos atau pemimpin.

Bermimpi menembusi terowongan dengan apa sahaja.
Maknanya : Akan mengalami masalah yang sukar tetapi sangat senang untuk diatasi oleh anda.