Pengikut

Rabu, 9 November 2011

1001 Tafsir mengenai yang dikerjakan dan dilihat. Bah 2.

Jika bermimpi sedang mengajar atau menjadi guru.
Maknanya : Akan ada seorang sahabat yang memerlukan petunjuk dan nasihat.

Jika bermimpi menyanyi.
Maknanya : Akan hidup bahagia dalam kesederhanaan.

Jika bermimpi mengecat atau melukis rumah.
Maknanya : Akan mempunyai pengaruh yang baik terhadap sahabat dan keluarga.

Jika bermimpi melukis, mengambil gambar atau photo.
Maknanya : Mempunyai bakat seni.

Jika bermimpi menganyam sesuatu.
Maknanya : Akan mendapat kebahgiaan dari suami, rumahtangga dan anak-anaknya.


Jika seorang lelaki melihat seorang wanita sedang menganyam sesuatu.
Maknanya : Jika berkahwin dia akan dapat isteri yang baik dan berbudi. Jika yang bermimpi sudah berkahwin akan akan berbahgia dengan keluarganya.

Jika seorang lelaki bermimpi mencium seorang wanita.
Maknanya : Dia akan dikontrol oleh wanita.

Jika bermimpi minum air madu.
Maknanya : Akan bergembira.

Jika bermimpi lari dari rumah.
Maknanya : Perkahwinan anda akan menemui kebahgiaan.

Jika bermimpi naik kuda.
Maknanya ; Akan mendapat kebahgiaan dan dimuliakan oleh orang.

Jika bermimpi nama anda dipanggil.
Maknanya : Jika yang memanggil anda kenal orangnya maknanya akan mendapat khabar baik tetapi jika tak kenal akan celaka.

Jika bermimpi mendengar suara telepon.
Maknanya : Ada urusan yang anda anggap remeh tetapi sebenarnya penting.

Jika bermimpi mendapat pekerjaan.
Maknanya : Akan mendapat keuntungan.

Jika bermimpi kehilangan pekerjaan.
Maknanya : Harus berhati-hati dalam pekerjaan anda sekarang.

Jika bermimpi sedang berlayar diatas kapal.
Maknanya : Akan berjaya segala usaha dan cita-citanya.

Jika bermimpi menjadi orang buangan dinegerinya.
Maknanya : Seseorang akan menawarkan pekerjaan untuk hidup anda.

Jika bermimpi membaca atau menonton peristiwa atau cerita pembunuhan.
Maknanya : Akan mendapat kerja ditempat yang jauh.

Jika bermimpi dirinya dibunuh.
Maknanya : Segera tinggalkan sekutu jahat jika ada.

Jika bermimpi berada dalam majlis peminangan.
Maknanya : Akan berjaya dalam cinta dan akan beruntung.

Jika bermimpi dirinya dihalau dalam satu jamuan atau kenduri.
Maknanya : Akan memperolehi ramai sahabat dan wang.

Jika bermimpi berperang dengan musuh yang ramai.
Maknanya : Jika menang Akan mendapat kebahgiaan dalam hidupnya dan dijauhkan dari segala bahaya. tetapi jika kalah akan mendapat banyak kecelakan dan kesusahan dalam hidupnya.

Jika bermimpi menyaksikan pertempuran atau peperangan.
Maknanya : Hidup anda penuh dengan ambisi.

Jikabermimpi menjadi anggota dari suatu pertubuhan atau organisasi.
Maknanya : Anda seorang yang popular dikalangan rakan.

Jika bermimpi melihat suatu permainan.
Maknanya : Kehidupan rumah tangga anda harmoni dan bahgia.

Jika bermimpi anda sendiri yang bermain.
Maknanya : Akan berjaya dalam cita-cita anda.

Jika bermimpi berada dalam majlis perkahwinan, atau menjadi pengapit pengantin atau pengiring.
Maknanya : Akan dikelilingi oleh sahabat yang selalu menolong anda.

Jika bermimpi dirinya sendiri yang menjadi pengantin.
Maknanya : Akan banyak keberuntungan dimasa yang akan datang.

Jika bermimpi mengambil bahgian dalam pertandingan apa sahaja.
Maknanya : Akan berjaya dalam bisnis atau berjaya dalam cinta.

Jika bermimpi sedang meeting atau mesyuarat organisasi/syarikat atau pertubuhan.
Maknanya : Akan mempertemukan kembali dua orang yang sudah lama berpisah.

Jika bermimpi bergaduh atau bertengkar dengan kekasih.
Maknanya : Akan segera berkahwin.

Jika bermimpi bertengkar dengan tetangga atau jiran.
Maknanya : Akan bepergian jauh.

Bermimpi bertunang.
Maknanya : Akan segera berkahwin dalam tahun ini.

Jika bermimpi berada dalam party.
Maknanya : Akan berbahgia.

Jika bermimpi dirompak.
Maknanya ; Akan mendapat rezeki.

Jika bermimpi sedang berenang.
Maknanya : Akan terhindar dari suatu kesukaran.

Jika bermimpi sedang menonton drama atau lawak jenaka.
Maknanya : Akan berjaya dengan tak disangka-sangka.

Jika bermimpi menembak dan tepat pada sasarannya.
Maknanya : Usaha anda akan berjaya, jika tak tepat pada sasarannya akan mendapatkan kesulitan dalam hidup.

Jika bermimpi menjadi pensyarah.
Maknanya : Akan naik pangkat atau naik gaji.

Jika bermimpi memberi sedekah kepada seseorang.
Maknanya : Akan mendapatkan kesusahan dan bercelaru zahir bathin.

Jika bermimpi bershalat baik shalat sunat atau fardhu.
Maknanya : Akan lebur dosanya atau terkabul cita-citanya.

Jika bermimpi memberi selamat jalan kepada sahabat atau keluarga dilapangan terbang atau dek kapal atau stesen bas.
Maknanya : Akan kerugian modal.

Jika bermimpi memberi selamat jalan dengan kekasih.
Maknanya : Dia akan setia.

Jika bermimpi mereka memberi selamat jalan kepada anda.
Maknanya :  Akan mendapat perubahan yang baik dalam kehidupan anda.

Jika bermimpi bersenda gurau.
Maknanya : Tidak baik.

Jika bermimpi seseorang senyum kepada anda atau anda sendiri yang tersenyum.
Maknanya : Akan memperolehi kebahagiaan.

Jika bermimpi bersumpah atau mengangkat sumpah.
Maknanya : Anda berada dijalan yang benar.

Jika bermimpi melihat basikal.
Maknanya : Akan mengalami perubahan hidup yang sukar.

Jika bermimpi naik basikal.
Maknanya : Akan dapat menyelesaikan masalah dalam rumahtangga.

Jika bermimpi naik basikal menuruni bukit.
Maknanya : Akan mendapat khabar buruk.

Jika bermimpi sedang menggosok baju.
Maknanya : Akan aman damai rumah tangganya.

Jika bermimpi menandatangani perjanjian .
Maknanya : Keadaan kewangan anda akan meningkat.

Jika bermimpi membatalkan perjanjian.
Maknanya : Akan hilang kepercayaan dari pelanggan.

Bermimpi menghisap rokok.
Maknanya : Akan berada dipuncak kejayaan.

Jika bermimpi melihat pertunjukan majik.
Maknanya : Akan mendapat kebahagiaan hidup.

Jika bermimpi bersusah hati.
Maknanya : Akan memperolehi bahagia yang besar.

Jika bermimpi beriadah.
Maknanya : Akan berbahgia kehidupannya dalam rumahtangga.

Jika bermimpi terbang.
Maknanya : Akan berpindah tempat kediamannya.

Jika bermimpi tidur.
Maknanya : Akan kekurangan makanan dan pakaian.

Jika bermimpi dalam ketakutan.
Maknanya : Akan kedatangan musuh.

Jika bermimpi tenggelam.
Maknanya : Kemungkinan kewangan anda agak sukar.

Jika bermimpi menolong orang tenggelam.
Maknanya : Berhati-hati dalam bertindak jika tidak anda akan berada dalam bahaya.

Jika bermimpi kebakaran.
Maknanya : Akan mendapatkan keuntungan dalam segala perbuatan baik anda.

Jika bermimpi terbang dengan kapal terbang.
Maknanya : Anda akan diundang dalam majlis kehormat.

Jika bermimpi naik kapal terbang melalui bukit hijau.
Maknanya : Akan berbahgia dalam cinta.

Jika bermimpi terjun dari suatu tempat yang tinggi.
Maknanya : Akan berjaya dalam usaha dan sosial kemungkinan menjadi tokoh penting.

Jika bermimpi melihat orang terjun atau melompat dalam pertandingan sukan.
Maknanya : Akan dihormati.

Wallahua'lam.....