Pengikut

Selasa, 20 November 2012

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu yg Dikerjakan Setiap Hari. Part 1.

Jika bermimpi salah seorang anggota keluarga  atau sahabat karib tidak hadir dalam suatu jemputan kenduri.
Maknanya : Akan memperolehi khabar gembira dai orang yang anda impikan itu.

Jika bermimpi melihat beberapa orang akauntan di dalam pejabat/kantor.
Maknanya : Akan segera mencapai kedudukan yang baik.

Jika seorang wanita bermimpi suaminya bekerja sebagai akauntan.
Maknanya : Rumahtangganya berbahgia, bagi wanita yang belum berkahwin pula akan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik budi dan berduit.

Jika bermimpi menjadi artis.
Maknanya : Yang dicita-citakan akan terkabul.

Jika bermimpi melihat gambar dan photo-photo didalam album.
Maknanya : Anda mengalami pengalaman yang pahit dalam percintaan.

Jika bermimpi melihat keindahan alam.
Maknanya : Akan mendapat kepuasan dalam kerjaya jika berani mengambil risiko.

Jika bermimpi duduk berdua-duaan dengan lawan jenis di buaian.
Maknanya : Akan segera berumahtangga.

Jika bermimpi tidur diatas buaian.
Maknanya : Akan meninggalkan kampung halamannya buat sementara waktu.



Jika bermimpi jatuh dari buaian.
Maknanya : Usaha anda akan gagal.

Jika bermimpi menerima polis insuran/polisi asuransi.
Maknanya : Akan meningkat kewangannya.

Jika bermimpi menjadi agen insuran.
Maknanya : Kehidupannya sedikit sibuk.

Jika bermimpi anda berada didalam bank.
Maknanya : Berhati-hati kerana anda akan mengalami suatu kesukaran.

Jika bermimpi anda hidup mewah dan bahagia sedaangkan hakikatnya tidak.
Maknanya : Akan mengalami kesukaran/masalah besar secara  tiba-tiba.

Jika bermimpi melihat orang lain sedang bergembira.
Maknanya : Akan ditolong oleh orang lain untuk berjaya.

Bermimpi membayar hutang.
Maknanya : Akan mendapat kepercayaan, kehormatan dan kedudukan dalam suatu syarikat.

Bermimpi ditawan lanun dilaut.
Maknanya : Anda akan diberi pilihan dengan beberapa jawatan yang penting yang boleh membahagiakan anda kemudian hari.

JIka seorang wanita bermimpi dirinya dirompak lanun dilaut.
Maknanya : Akan segera berkahwin dalam tahun ini.

Jika bermimpi dibebaskan dari dakwaan seseorang yang dikenali mahupun tidak.
Maknanya : Orang yang memfitnah anda akan gagal, dan anda memperolehi kejayaan dalam kerjaya.

Bermimpi membersihkan badan.
Maknanya : Kesihatan terpelihara, dan dapat melepaskan diri daripada fitnah buruk dan mulut jahat orang.

Bermimpi membersihkan badan orang lain.
Maknanya : Akan mendapat tenaga/semangat baru untuk bangkit kembali.

Bermimpi membersihkan gigi.
Maknanya : Jika mengalami kesukaran sekarang ini bersabar sahaja, ianya akan berlalu.

Jika bermimpi membersihkan rumah.
Maknanya : Anda akan mewarisi harta dan barang kemas.

Jika bermimpi membersihkan peralatan rumah.
Maknanya : Akan memperolehi tempat yang tinggi dalam masyarakat/dipandang tinggi.

Bermimpi melihat bidadari terbang diatas rumah.
Maknanya : Bahagia akan datang terus-menerus dan berpanjangan.

Jika bermimpi bidadari bercakap dengan anda sendiri.
Maknanya : Akan berkahwin dengan orang berderajat.

Jika bermimpi berada didalam bilik kapal.
Maknanya : Musuh-musuh anda sedang berusaha merusak syarikat anda.

Jika bermimpi berada didalam pesawat terbang.
Maknanya : Cita-cita anda sedang dalam perancangan dan hampir terlaksana.

Bermimpi membetulkan apa saja yang bocor.
Maknanya : Akan ditolong orang untuk membetulkan kesilapan anda.

Jika bermimpi anda sendiri memberikan pinggan pecah, cawan pecah dan lainnya kepada orang lain.
Maknanya : Anda akan dihina orang.

Jika bermimpi isteri atau suami melupakan tanggung jawab rumah tangga.
Maknanya : Akan hidup rukun aman damai dengan ketulusan dan kejujuran anda berdua.

Jika bermimpi dikhianati teman berlawanan jenis.
Maknanya : Akan tetap setia pada isteri atau suami.

Jika bermimpi melihat binatang berekor.
Maknanya : Akan terhapus segala masalah, akan bergembira.

Bermimpi tinggal dipondok.
Maknanya : Kehidupan anda yang bahgia menjadi teladan bagi teman-teman anda.

Bermimpi berjalan terlalu laju/cepat.
Maknanya : Akan mengalami kegembiraan setelah lama berduka dan menderita.

Bila bermimpi melihat juara/johan tenis, badminton, bola sepak, renang, dan lainnya.
Maknanya : Anda ada sahabat karib yang selalu menolong disaat diperlukan.

Jika bermimpi anda sendiri yang menjadi johan atau juara dalam pertandingan apa sahaja.
Maknanya : Impian akan terlaksana dan usaha akan maju.

Bermimpi bertemu dengan seorang juri. 
Maknanya : Akan diberi tanggung jawab atau tugas dalam syarrikat.

Jika bermimpi bertemu dengan juru rawat atau bercakap-cakap ddengannya.
Maknanya : Akan mendapat kebahagian.

Jika bermimpi mengunjungi doktor.
Maknanya : Akan bertambah keuntungannya.

Jika bermimpi mengunjungi doktor gigi.
Maknanya : Bila anda tua, harta kekayaan akan datang dengan banyakknya.

Jika mendengar pidato dari pakar pidato ternama.
Maknanya : Anda memiliki sifat sosial dan kemasyarakatan yang baik.

Jika bermimpi anda sendiri yang berpidato.
Maknanya : Akan menjadi pemimpin dalam masyarakat.

Bermimpi berdiri diatas dok kapal.
Maknanya : Akan berlayar jauh seperti dalam impian anda.

Bermimpi dibohongi oleh teman.
Maknanya : Akan dapat khabar baik.

Jika bermimpi anda sendiri yang berbohong.
Maknanya : Akan mencederakan orang dengan tidak sengaja.

Jika bermimpi tinggal disebuah kampung.
Maknanya : Anda hidup ditengah keluarga dan sahabat handai yang baik selama puluhan tahun.