Pengikut

Khamis, 3 Ogos 2017

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu yg Dikerjakan Setiap Hari Part 2

Jika Bermimpi Berjalan kqki ke sebuah desa.
Maknanya : Akan ada perubahan besar dalam hidup anda.

Jika mimpi embun jatuh di muka
Maknanya : Akan mendapat kedamaian dan kebahgiaan.

Jika bermimpi berjalan ditempat yang berumput basah dikeranakan embun pagi.
Maknanya : Suatu perkahwinan yang beruntung, anak - anak sihat dan rumah tangga aman damai sepanjang tahun.

Jika bermimpi membaca buku ensiklopedia.
Maknanya : Anda mempunyai sesuatu fikiran yang tajam dan waras dan mempunyai angan-angan yang tinggi.

Jika anda bermimpi melihat syurga atau bermimpi berada didalam syurga.
Maknanya : Anda akan mendapatkan kebahgiaan yang tiada tara dalam kehidupan.

Bermimpi memakai perhiasan daripada gading gajah.
Maknanya : Akan berpergian jauh atau musafir.

Jika bermimpi melihat gading gajah.
Maknanya : Alamat yang baik dalam pekerjaan dan perjuangan inshaAllah boleh diteruskan.

Jika anda bermimpi bercakap-cakap dengan seorang gadis.
Maknanya : Anda akan menemui kehidupan yang harmoni dan bahgia di kemudian hari.

Bermimpi gaji anda meningkat/naik.
Maknanya : Mungkin gaji anda akan tetap sahaja, tiada kenaikan gaji. wallahu a'lam.

Jika bermimpi gaji anda dipotong atau turun.
Maknanya : Berkemungkinan akan ada kenaikan gaji secepatnya.

Jika anda bermimpi melihat bangunan baharu.
Maknanya : Anda akan bertukar pekerjaan.

Jika bermimpi bangunan roboh atau senget.
Maknanya : Akan mengalami perselisihan dalam kerja.

Jika anda bermimpi sesat atau hilang dalam kegelapan.
Maknanya : Anda sedang memerlukan bantuan seorang teman dalam kehidupan anda.

Jika anda bermimpi berada ditempat gelap.
Maknanya : Anda akan memperolehi berita gembira dari s4ebuah pulau atau tempat yang jauh.

Jika anda bermimpi dapat mengatasi segala dugaan atau godaan apapun jua.
Maknanya : Anda mengalami hal yang sama dalam kehidupan sebenar anda.

Jika bermimpi melihat gudang atau store simpanan barang.
Maknanya : Akan datang suatu kebahgiaan kepada anda.

Jika bermimpi orang2 sedang meraikan harijadi/hari ulang tahun anda.
Maknanya : Kehidupan anda berjaya dan bahgia.

Jika meraikan hari ulang tahun kawan.
Maknanya : Anda akan memberikan pertolongan kepada kawan anda dan hal tersebut akan membuatnya gembira.

Jika bermimpi dihipnotis.
Maknanya : Anda akan menemui kesukaran, kesusahan dan kehilangan nama baik serta terhalang dari mencapai cita-cita..wallahua'lam..

Jika anda melihat surat atau sertifikat tergantung didalam bas.
Maknanya : Anda ada rancangan untuk mengadakan perjalanan.

Jika bermimpi berada dalam kapal .
Maknanya : Pekerjaan anda lancar dan hubungan percintaan pun berjalan lancar.

Jika bermimpi anda sedang menuju kekapal atau perahu.
Maknanya : Anda harus berhati hati dengan seorang sahabat anda.

Jika bermimpi jatuh dari kapal.
Maknanya : Jika anda tidak berhati hati dalam pergaulan kelak akan menemui kekecewaan.

Jika bermimpi melihat kalender.
Maknanya : Anda akan melihat giliran kenaikan pangkat.

Jika bermimpi melihat/meneliti tarikh di kalender.
Maknanya : Kesuksesan anda akan lenyap dari hari kehari.

Jika bermimpi melihat kamus terbuka.
Maknanya : Anda akan mendapat wang dari pekerjaan yang anda sedang lakukan.

Jika anda melihat orang bertutup muka /topeng/purdah dipesta.
Anda akan didatangi khabar buruk.

Jika bermimpi anda sendiri yang bertutup muka/bertopeng/berpurdah.
Maknanya : Anda kurang bijaksana menguruskan kewangan sehingga memerlukan seseorang untuk membantu anda supaya tak mengalami kerugian.

Jika anda bermimpi tersesat didalam bandar besar.
Maknanya : Usaha yang anda lakukan akan mengalami perubahan yang mungkin tidak diharapkan.

Jika anda mendengar lagu dan menyanyikannya.
Maknanya : Akan mendapat rezeki untuk keluarga disebabkan usaha yang anda sedang lakukan,

Jika anda bermimpi sedang berlari.
Maknanya : Rezeki akan bertambah.

Jika mimpi dikalahkan musuh anda.
Maknanya : Anda akan membuat suatu rancangan yang belum pernah difikirkan.

Jika anda melihan pawn shop/pajak gadai tapi tidak membeli atau menjual sesuatu.
Maknanya : Anda akan mendapatkan kurniaan dan bahgia.

Jika bermimpi akan menghadapi pertikaian atau pergaduhan dirumah.
Maknanya : Kemungkinan anda akan bergaduh dg ahli keluarga.

Jika anda bermimpi lumpuh.
Maknanhya : Sebaliknya kesihatan anda terpelihara.

Jika bermimpi memakai mahkota raja.
Maknanya : Kedudukan anda akan meningkat tinggi.

Jika andabermimpi menolak pemberian mahkota.
Maknanya : Anda kurang menghargai diri sendiri.

Jika bermimpi kecurian atau melihat pencuri.
Maknanya : Akan ada kepercayaan orang terhadap anda dalam pekerjaan.

Jika bermimpi memberikan nasihat kepada khalayak ramai.
Maknanya : Akan mendapatkan penghargaan yang besar.

Jika anda bermimpi diberi nasihat.
Anda memerlukan pertolongan seseorang dalam kerjaya anda.

Jika anda bermimpi bertemu dengan wali atau nabi.
Maknanya : Akan mendapat anugerah dari Allah, apalagi jika anda baik dan jujur dalam pekerjaan anda.

Jika anda bermimpi melihat neraka.
Maknanya : Akan mengalami kerugian besar.

Jika bermimpi mengantuk.
Maknaya : Akan mengalami keberuntungan.

Jika bermimpi melihat hurup o atau zero.
Maknanya : Akan menyelesaikan suatu urusan yang sukar.

Jika bermimpi membeli bon atau saham.
Maknanya : Akan beruntung.

Jika bermimpi menjual saham atau bon yang dimiliki.
Maknanya : Berhati hati dengan orang yang berurusan perniagaan dengan anda yang belum dikenali peribadinya.

Jika anda mendengar suara wisel.
Maknanya : Keadaan pekerjaan dan kesihatan anda semakin baik.

Jika bermimpi memakan suatu benda yang pahit.
Maknanya : Akan mengalami kebahgian dalam percintaan.

Jika bermimpi kepanasan.
Maknanya : Anda seelok-eloknya menunda rancangan anda..wallahua'lam..

Jika bermimpi melihat air pancut/pancuran.
Maknanya : Kemungkinan hubungan cinta anda tidak akan berbahgia.

Bermimpi masuk kepasar dan membeli daging sapi/lembu.
Maknanya : Akan dapat wang dari sumber yang tak disangka-sangka.

Jika bermimpi berada dipasar malam (tidak membeli apa2).
Maknanya : Akan datang suatu keberuntungan pada anda.

Jika bermimpi sedang berbelanja dipasar malam.
Maknanya : Akan mengalami kemajuan dalam usaha/bisnis anda.

Jika bermimpi mendapat penyakit campak.
Maknanya : Akan mendapat rezeki.

Jika anda bermimpi pingsan/pitam.
Maknanya : Rancangan anda akan gagal.

Jika bermimpi bertemu dengan polis/polisi.
Maknanya : Akan bertemu jodoh.

Jika bermimpi melihat wanita pingsan.
Maknanya : Kehidupan anda bersama dengan jiran tetangga akan aman sahaja.

Jika bermimpi anda adalah seorang ahli politik.
Maknanya : Akan kehilangan ramai rakan/sahabat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan