Pengikut

Ahad, 6 Ogos 2017

Tafsir Mimpi Mengenai Sesuatu Yang Dikerjakan Setiap Hari Part 3


Jika bermimpi anda tidur disebuah pondok yang buruk.
Maknanya : Akan mendapat rumah yang selesa.

Jika bermimpi tinggal di barak askar/tentera.
Maknanya : Anda ada rancangan untuk membuat perjalanan.

Jika anda bermimpi berada disebuah pulau.
Maknanya : Sebaiknya anda berhati-hati dalam membuat sesuatu rancangan sebab banyak kesukaran-kesukaran yang akan datang.

Jika bermimpi melihat raket tenis.
Maknanya : Akan mendapat keuntungan yang besar dan pasti dalam syarikat anda.

Jika bermimpi melihat renda pakaian.
Maknanya : Akan cepat berkahwin.

Jika bermimpi melihat kertas koyak.
Maknanya : Anda akan bertukar ke pekerjaan yang lebih baik lagi.

Jika bermimpi menjadi pesakit di hospital.
Maknanya : Anda akan sihal wal afiat.

Jika anda bermimpi mengunjungi sebuah hospital.
Maknaya : Terburu-buru dalam menyelesaikan masalah yang dianggap senang.

Jika anda bermimpi menjadi dokter atau jururawat
Maknanya : Anda sangat suka menolong orang dan dipuji orang ramai.

Jika bermimpi makan sendirian direstoran.
Maknanya : Dalam keadaan sekarang cita2 anda akan gagal.

Jika bermimpi menjadi pelayan direstoran.
Maknanya : Akan segera berhenti dari pekerjaan sekarang yang kurang memuaskan.

Jika bermimpi bertemu dengan musuh anda.
Maknanya : Akan bertemu dengan seorang sahabat yang baik yang boleh membahagiakan anda.

Jika bermimpi melihat salji.
Maknanya : Akan berbahgia dalam cinta.

Jika bermimpi memijak salji.
Maknanya : Rancangan akan tergendala.

Bermimpi melihat sampah.
Maknanya : Akan sukses dalam syarikat.

Jika bermimpi melihat seekor haiwan liar didalam sangkar.
Maknanya : akan mendapat harta warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat sangkar haiwan yang kosong.
Maknanya : Anda akan membuat sesuatu perjalanan.

Jika bermimpi mengenai syair/puisi, membaca puisi,mengarang puisi.
Maknanya : Kehidupan seni anda jika anda berbakat akan menaikkan kehidupan anda.

Jika bermimpi melihat atau membuat tembakan.
Maknanya : Akan berjaya dalam bisnis.

Bermimpi bekerja di sesuatu kedai.
Maknanya : Akan hidup sederhana dan puas walaupun belum kaya.

Jika bermimpi bertemu atau bercakap-cakap dengan seseorang.
Maknanya : Anda akan bertukar pekerjaan yang lebih memuaskan anda.

Jika bermimpi memenangi cabutan bertuah/lotre.
Maknanya : Anda mesti berhati-hati terhadap seorang kawan yang ingin merusak dan mengacau rumah tangga dan perniagaan anda.

Jika bermimpi melihat masjid roboh ketanah.
Maknanya : Akan ada raja atau orang kenamaan akan wafat/meninggal dunia.

Jika bermimpi melihat rusa.
Maknanya : Akan memperoleh harta dan kebaikan dari orang lain.

Jika bermimpi melihat patung berhala.
Maknanya : Akan melakukan suatu dosa kepada Allah..wallahua'lam..

Jika bermimpi melihat lilin atau memegang lilin atau membakar lilin.
Maknanya : Kemungkinan akan mengadili sesuatu perkara berdasarkan hukum semasa atau menjadi hakim.

Jika menjadi tukang timbang.
Maknanya : Akan segera tepenuhi permintaannya.

Jika bermimpi melihat banyak tanam-tanaman rebah ketanah.
Maknanya : Rezeki akan berkurang jika tidak ditangani dengan segera.

Jika bermimpi dihurungi oleh pepatung/capung.
Maknanya : Jika tidak berhati-hati kemungkinan akan mendapat bala bencana..wallahua'lam..

Jika bermimpi rumahnya rosak.
Maknanya : Kedukaan akan datang disebabkan orang hilang kepercayaan kepada anda.

Jika bermimpi membawa duit syiling.
Maknanya : Akan mendapat penyakit kulit.

Jika bermimpi bertemu dengan bomoh/ahli nujum.
Maknanya : Kehidupan anda dalam kesangsian dan kurang percaya diri.

Jika bermimpi dibedah/operate.
Maknanya : Segala usaha anda akan mendapatkan untung.

Jika bermimpi masuk kesebuah istana raja.
Maknanya : Akan mendapat rezeki yang besar.

Jika bermimpi membeli rumah.
Maknanya : Akan mendapat kurnia dari Allah.

Bermimpi membetulkan pintu rumah.
Maknanya : Akan mendapatkan anak yang sempurna.

Bermimpi berpindah ke rumah yang buruk.
Maknanya : Akan mendapatkan seorang kawan yang baik.

Bermimpi menyapu didalam rumah.
Maknanya : Akan menerima tetamu.

Bermimpi melihat orang kenamaan masuk atau datang ke rumah.
Maknanya : Rezeki akan datang dalam usaha anda sekarang.

Bermimpi tiang rumah anda roboh.
Maknanya : Anda akan ditimpa kesusahan hidup.

Jika bermimpi dinding rumah anda roboh.
Maknanya : Anda akan menderita kerugian yang besar.

Jika bermimpi melihat didalam rumah anda banyak najis dan kekotoran.
Maknanya : Akan mendapatkan rezeki yang besar.

Bermimpi rumah anda sangat terang.
Maknanya : Akan menghadapi kesukaran.

Bermimpi memelihara kuda atau haiwan mamalia lainnya.
Maknanya : Akan mendapatkan anak yang bijak.

Bermimpi rumah tangganya dalam keadaan daif dan serba kekurangan.
Maknanya : Akan mendapatkan rezeki dari Allah.

Bermimpi mengambil/menimba air dati perigi/sumur.
Maknanya : Akan mendapat rezeki tetapi didapatkan dengan penuh kemarahan.

Bermimpi mendengar suara dari dalam perigi.
Maknanya : Akan bergaduh dengan kawan baik.

Bermimpi jatuh kedalam perigi.
Maknanya : Akan sakit kuat.

Bermimpi perigi anda rosak.
Maknanya : Hidup anda tak menentu.

Bermimpi melihat meja disusun tindih.
Maknanya : Rancangan atau kerja yang diusahakan bersama kawan belum berjaya.

Melihat bayangan sendiri didalam perigi.
Maknanya : Akan menerima berita dari jauh.

Bermimpi membeli atau membasuh katil.
Maknanya : Akan datang tetamu yang membawa kebaikan.

Bermimpi diatas katil ada semut.
Maknanya : Ada seseorang dalm keluarga yang fikirannya kurang waras.

Jika bermimpi melihat darah diatas katil.
Maknanya  : Tidak baik.

Bermimpi membeli cadar atau kelambu.
Maknanya : Usaha anda akan mengalami kemajuan.

Melihat bantal bersulam/renda.
Maknanya : Akan ditolong orang.


1 ulasan: