Pengikut

Isnin, 16 Mei 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai haiwan part 1

Jika bermimpi berbicara dengan haiwan.
Tafsirnya : Segala kehendaknya akan terkabul.

Mimpi menggembalakan haiwan yang kurus kering.
Tafsirnya : Akan mengalami kesukaran rezeki, terutama bahan makanan.

Jika bermimpi dirinya adalah haiwan atau menyerupai haiwan.
Tafsirnya : Alamat akan jatuh sakit.

Jikalau bermimpi menggembala haiwan.
Tafsirnya : Segala yang dicita-citakan akan terkabul, jika dijalankan dengan sempurna dan jujur.

Jika bermimpi melihat bermacam-macam haiwan.
Tafsirnya : Anda akan diajak bekerja keras, tetapi akhirnya akan menemui kejayaan dan kepuasan hati.



Jika bermimpi melihat ayam yang banyak.
Tafsirnya : Akan hidup gembira dan berada.

Jika ayam yang dilihat itu sangat banyak dibawah lantai rumah atau kolong.
Tafsirnya : Akan mempunyai pembantu.

Jika bermimpi mengejar ayam.
Tafsirnya : Alamatnya akan memperolehi anak lelaki atau perempuan, juga boleh diertikan sebagai pembantu atau akan dikunjungi saudara yang lama tak berjumpa.

Jika bermimpi menyembelih ayam dan makan dagingnya.
Tafsirnya : Akan memperolehi kebaikan dari sesama manusia.

Mimpi menyembelih ayam yang banyak jumlahnya.
Tafsirnya : Akan menjadi orang dihormati atau mulia.

Jika bermimpi memperolehi ayam jantan.
Tafsirnya : Akan mempunyai anak lelaki, dan jika ayam betina akan memperolehi anak perempuan.

Bermimpi kehilangan ayam. baik dicuri atau disembelih orang.
Tafsirnya : Akan kehilangan anak atau cucu meninggal atau saudara yang lain.

Jika bermimpi melihat ayam betina tetapi tiba-tiba berubah menjadi ayam jantan.
Tafsirnya : Alamatnya anda akan mempunyai anak lelaki yang baik.

Bermimpi memberi makan kepada ayam.
Tafsirnya : Pekerjaan anda akan sukses dengan tak disangka-sangka.

Bermimpi memelihara anak ayam.
Tafsirnya : Alamatnya anda mesti bersabar terhadap rezeki yang datang.

Jika bermimpi memberi makan kepada anak kambing atau domba atau biri-biri.
Tafsirnya : Anda akan beruntung sebab anak-anak anda akan memperolehi kehidupan yang sempurna.

Jika bermimpi melihat anak domba atau kambing atau biri-biri bermain-main.
Tafsirnya : Kehidupan rumah tangga anda akan bahagia sepenuhnya.

Bermimpi dicakar anak kucing.
Tafsirnya : Akan menjadi sasaran fitnah dan umpatan yang datang dari orang-orang bodoh.

Bermimpi melihat anjing atau memelihara anjing atau memegang anjing.
Tafsirnya : Akan bahagia.

Bermimpi melihat anjing menggoyang ekornya.
Tafsirnya : Anda akan dengan mudah menyelesaikan urusan penting.

Bermimpi melihat anjing berkelahi.
Tafsirnya : anda akan berdamai denga sahabat yang berseteru dengan anda selama ini.

Jika bermimpi melihat anjing hutan yang garang.
Tafsirnya : Anda akan mendapat celaka atau bala jika tidak berhati-hati.

Bermimpi melihat angsa.
Tafsirnya :  akan berjaya dalam cinta.

Jika bermimpi mendengar angsa berbunyi.
Tafsirnya : Akan menerima nasihat yang baik.

Jika bermimpi melihat seekor babi hutan.
Tafsirnya : Akan berbahagia.

Jika bermimpi makan daging babi.
Tafsirnya : Akan beristeri tetapi melalui pertengkaran.

Jika bermimpi melihat badak.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kedudukan dalam sosial atau perniagaan.

Bermimpi melihat belalang makan padi.
Tafsirnya : Akan berbahagia dan mendapaatkan berita baik.

Jika bermimpi makan belalang.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta yang baik.

Jika bermimpi mendapatkan itik liar atau itik biasa.
Tafsirnya : Akan memperolehi anak tak sah taraf atau mendapatkan anak tetapi tidak ikhlas.

Jika bermimpi diserang beruang.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kesusahan dari seseorang atau musuh.

Jika anda bermimpi dapat membunuh beruang itu.
Tafsirnya : Anda akan dapat mengalahkan musuh atau mengatasi kesusahan itu.

Jika bermimpi melihat buaya.
Tafsirnya : anda akan dicelakakan musuh yang tidak disangka-sangka.

Jika bermimpi melihat seekor biri-biri.
Tafsirnya : Anda akan sihat dan memiliki keluarga yang bahagia dan menyayangi anda.

Jika bermimpi memegang cengkerik.
Tafsirnya : Akan dikaruniai anak yang tidak ikhlas.

Bermimpi melihat gajah.
Tafsirnya : Akan mendapatkan timbunan rezeki dan banyak untuk dalam berniaga.

Bermimpi menunggang gajah.
Tafsirnya : Tak ada seorang pun yang menyamai anda dalam kebaikan dan soal kewangan dan sosial.

Jika bermimpi membunuh gajah.
Tafsirnya : Akan memperolehi nafkah didunia dan akhirat dan orang lain akan tunduk sebab sifat-sifat anda yang baik dan dihormati.

Jika bermimpi melihat gajah menguak dihadapan anda.
Tafsirnya :  Anda akan diperhatikan oleh orang besar dan berpangkat.

Jika bermimpi gajah datang kerumahnya.
Tafsirnya :  Akan ada orang besar atau agung datang memberi peringatan padanya.

Mimpi seekor gajah hendak membelai dirinya.
Tafsirnya : Akan dihormati oleh pemimpinnya.

Bermimpi makan daging gajah.
Tafsirnya : Akan banyak rezekinya.

Jika bermimpi melihat harimau.
Tafsirnya : Akan sukses dalam apa sahaja kerja yang dilakukan.

Jika bermimpi dimakan atau digigit harimau.
Tafsirnya : Akan mendapatkan seorang majikan yang baik hati.

Jika bermimpi melihat harimau ingin menerkam dirinya.
Tafsirnya : Anda akan diganggu seseorang.

Jika bermimpi didatangi harimau jinak.
Tafsirnya : Akan menjadi pegawai kerajaan.

Jika bermimpi menangkap ikan.
Tafsirnya : Akan cepat memperolehi wang tetapi akan cepat pula habisnya.

Bermimpi melihat iakan paus.
Tafsirnya :  seorang sahabat yang anda sayangi akan merantau ke luar negeri.

Jika bermimpi makan ikan.
Tafsirnya : Dia tidak akan hidup susah dan sentiasa cukup.

Bermimpi melihat itik berenang diair.
Tafsirnya : Akan hidup aman dan damai.

Jika bermimpi memegang itik.
Tafsirnya : Akan dikurniakan anak tetapi tidak ikhlas.

Jika bermimpi melihat bengkarung.
Tafsirnya : Akan menyelesaikan suatu kesukaran.

Bermimpi melihat banyak kambing.
Tafsirnya : Baik budi pekertinya.

Jika mimpi makan daging kambing.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta halal.

Bermimpi menyembelih kambing.
Tafsirnya : Segala permohonan anda akan terkabul.

Bermimpi dirinya menyemar seperti kambing.
Tafsirnya : Akan sakit tetapi cepat sembuh.

Bermimpi melihat kerbau.
Tafsirnya : Akan beroleh kebaikan.

Jika mimpi makan daging kerbau.
Tafsirnya : segala cita-citanya akan terkabul.

Jika bermimpi melihat kangguru.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam bisnis.

Bermimpi melihat katak.
Tafsirnya : Akan berjaya.

Jika mimpi mendengar suara katak.
Tafsirnya : Akan sukses jika berbisnis akan cepat kahwin jika single, dan akan sembuh jika sakit.

Jika bermimpi memberi makan haiwan dalam zoo.
Tafsirnya : Akan memperoleh berita penting.

Jika bermimpi melihat haiwan liar dalam zoo.
Tafsirnya : Akan mempunyai perusahaan yang besar dan hebat, susah untuk disaingi.

Jika bermimpi naik keldai dan jatuh.
Tafsirnya : Akan ada bahaya yang datang, jika sedang bercinta mungkin akan putus.

Jika bermimpi membeli seekor keldai.
Tafsirnya : Anda kurang bijaksana dalam bertindak.

Jika bermimpi melihat kelawar.
Tafsirnya : Alamatnya tak baik, kewangan dan ekonomi anda akan terganggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan