Bermimpi melihat arnab atau kelinci.
Tafsirnya : Akan hidup gembira dan bahagia dalam perkahwinan.
Jika bermimpi memberi makan arnab atau kelinci.
Tafsirnya : Anda akan merubah cara hidup yang selama ini kurang berjaya.
Bermimpi melihat seekor kera.
Tafsirnya : Akan datang peristiwa yang tidak disangka-sangka.
Jika bermimpi melihat seekor ketam.
Tafsirnya : Akan bertemu dengan keluarga yang lama tak bersua.
Jika bermimpi makan daging kancil.
Tafsirnya : Akan memperoleh kebaikan.
Jika makan kepala kancil.
Tafsirnya : Akan beristeri yang buruk atau tak elok.
Bermimpi naik kuda.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kemuliaan.
Jika bermimpi membunuh atau menyembelih kuda dan makan dagingnya.
Tafsirnya : Akan datang kakayaan yang melimpah ruah.
Jika bermimpi melihat bermacam-macam jenis kuda.
Tafsirnya : Segala niat dan cita-cita anda akan tercapai dan selamat tanpa gangguan.
Jika bermimpi kudanya hilang.
Tafsirnya : Dia akan dipindahkan kerja ketempat lain.
Jika bermimpi ada kucing datang dan menetap dirumahnya.
Tafsirnya : Akan ada orang datang menumpang dirumahnya.
Jika bermimpi makan daging kucing.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta, jika isterinys sedang hamil akan mendapatkan anak lelaki yang tampan.
Bermimpi melihat rama-rama atau kupu-kupu.
Tafsirnya : Akan datang kebahagiaan kepadanya.
Jika bermimpi melihat laba-laba.
Tafsirnya : Kalau ada rencana nak berjalan jauh baik di tunda dahulu, takut ada rintangan dijalan dengan tak disangka-sanngka.
Jika bermimpi mendengar dengungan lalat.
Tafsirnya : Akan ada sahabat yang pura-pura baik akan mencelakakan anda.
Jika bermimpi dihurung lalat yang banyak.
Tafsirnya : Dia semakin popular dalam pergaulan.
Jika bermimpi menangkap lalat.
Tafsirnya : Dirinya akan hidup berbahagia setelah sekian lama menderita.
Bermimpi dihurung lebah.
Tafsirnya : segala barang perniagaannya akan laku terjual.
Jika bermimpi disengat lebah.
Tafsirnya : Akan ada orang yang mencelakakan anda dan terbalas dengan kejahatannya sendiri.
Jika mimpi melihat lebah mati.
Tafsirnya : Akan menerima nasib buruk.
Bermimpi melihat lembu mengamuk kesana kemari.
Tafsirnya : Kesusahan akan datang tetapi akan segera pulih.
Bermimpi digigit lintah.
Tafsirnya : Akan bertemu dengan wanita cantik penggoda yang sebenarnya orang yang tak baik perangainya.
Jika bermimpi melihat naga bertemu ular.
Tafsirnya : Akan dapat mengalahkan musuh dalam perniagaan yang dengki.
Jika bermimpi melihat unta.
Tafsirnya : Takkan ada halangan dalam kehidupan anda.
Jika bermimpi melihat unta dalam sangkar di zoo.
Tafsirnya : Dia ada membuat rencana yang akan menguntungkan.
Bermimpi melihat raksasa.
Tafsirnya : Akan mengalami rintangan besar yang memerlukan segala usaha untuk mengatasinya.
Bermimpi memerah susu lembu.
Tafsirnya : Usaha anda akan maju.
Bermimpi melihat lembu.
Tafsirnya : akan datang kemakmuran dan kebahagiaan tanpa halangan.
Bermimpi melihat semut.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam perniagaan dan cinta.
Bermimpi melihat singa dalam zoo.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam perniagaan dan sosial.
Jika bermimpi melihat singa liar di hutan.
Tafsirnya : Akan dihormati oleh orang berpangkat.
Bermimpi melihat tikus berjalan.
Tafsirnya : Akan pergi haji tanpa peduli hal apapun.
Jika bermimpi melihat kutu yang banyak.
Tafsirnya : Akan datang rezeki yang banyak.
Jika kutu itu berada dipakaian.
Tafsirnya : Akan mempunyai pembantu.
jika bermimpi melihat ular.
Tafsirnya : Akan mendapatkan jodoh untuk yang single, jika sudah berkahwin akan mendapatkan kebahgiaan rumahtangga yang sempurna.
Bermimpi dilingkari ular.
Tafsirnya : Akan membayar hajat.
Jika bermimpi digigit ular.
Tafsirnya : Akan mendapat jodoh.
Jika bermimpi dikejar ular.
Tafsirnya : Akan mendapat jodoh yang lebih cantik.
Bermimpi melihat zebra.
Tafsirnya : Akan menerima nasihat yang berguna dari seorang teman yang tidak pernah difikirkan lagi kerana sudah terlalu lama.
Jika bermimpi ada burung terbang dari rumahnya kerumah orang lain.
Tafsirnya : Dalam masa terdekat akan bersuka cita.
Jika bermimpi memperolehi seekor burung.
Tafsirnya : Akan memperoleh isteri jika belum berkahwin.
Jika bermimpi membunuh burung.
Tafsirnya : Akan kehilangan orang yang dicintai, hilang kedudukan, hilang harta dan rancangannya gagal.
Jika bermimpi burung belak berbunyi.
Tafsirnya : Akan ada orang baru yang menjadi idolanya.
Bermimpi didatangi burung gagak dirumah.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta.
Jika bermimpi melihar burung kenari bernyanyi dalam sangkar.
Tafsirnya : Akan segera datang bahagia.
Jika bermimpi melihat burung kenari termenung atau diam sahaja.
Tafsirnya : Berhati-hati terhadap kawan yang mungkin dengki.
Bermimpi melihat burung kenari kembali kesangkarnya.
Tafsirnya : akan cukup segala-galanya.
Jika bermimpi melihat burung merpati.
Tafsirnya : Akan selalu tenang dalam rumah tangga dan kehidupannya.
Jika bermimpi memberi makan kepada seekor merpati.
Tafsirnya : Akan merencanakan perjalanan yang baik untuk kesenangan hidup.
Bermimpi melihat seekor merpati luka.
Tafsirnya : Segala harapannya tidak akan tercapai.
Jika bermimpi menembak merpati.
Tafsirnya : akan menghadapi bencana dan kesusahan.
Jika bermimpi melihat burung rajawali terbang.
Tafsirnya : Akan berjaya dan popular dalam masyarakat.
Bermimpi melihat burung rajawali mati.
Tafsirnya : Akan gagal dalam berniaga.
Bermimpi melihat burung murai.
Tafsirnya : Rumahtangganya akan bahagia dan harmoni.
Bermimpi melihat burung kuau.
Tafsirnya : Akan menerima wang atau warisan.
Jika mimpi melihat burung kuau berkelahi atau terbang.
Tafsirnya : Akan kalah kes di mahkamah.
Bermimpi melihat burung unta.
Tafsirnya : Rencananya tidak akan berjaya.
Bermimpi mendengar burung hantu berteriak-teriak.
Tafsirnya : Kemungkinan ada seorang kawan yang berusaha mengganggu usaha anda.
Bermimpi melihat burung hantu.
Tafsirnya : Pekerjaan yang anda lakukan sekarang akan mengalami kegagalan, sebaiknya tukar dengan kerja yang lain.
Mimpi mendengar burung kesturi berbunyi atau menjerit-jerit.
Tafsirnya : Akan menerima kabar buruk.
Mimpi melihat burung merak kelam kabut kerana patah sayap.
Tafsirnya : Beruntung dalam invesment, jika masih single akan segera datang jodohnya.
Jika bermimpi melihat burung pipit.
Tafsirnya : Akan musafir.
Bermimpi naik buaya dan dibawa masuk kedalam air.
Tafsirnya : Akan mendapatkan rezeki yang banyak.
Bermimpi melihat buaya merangkak didalam rumah.
Tafsirnya : Akan mendapatkan keuntungan.
Bermimpi melihat naga tidur.
Tafsirnya : Prestasi akan menurun dimasa yang akan datang.
Jika bermimpi ayam peliharaannya dicuri orang.
Tafsirnya : Akan ditimpa duka cita.
Bermimpi memelihara kuda di dalam rumah.
Tafsirnya : akan mendapatkan rezeki.
Bermimpi menyembelih kuda.
Tafsirnya : Akan maju dalam pekerjaan.
Bermimpi menunggang kuda putih.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian.
Bermimpi melihat kuda beranak.
Tafsirnya : Akan beruntung.
Bermimpi melihat kerbau keluar dari pintu rumahnya.
Tafsirnya : Apa yang dihajatkan belum berjaya.
Bermimpi melihat banteng.
Tafsirnya : Akan bergembira.
Bermimpi melihat harimau.
Tafsirnya : Jika ada kes akan bebas, jika single akan bertemu jodohnya.
Bermimpi melihat singa.
Tafirnya : Akan mendapatkan kedudukan yang baik.
Bermimpi melihat monyet putih.
Tafsirnya : Akan mengalami keuntungan.
Bermimpi melihat mayat babi.
Tafsirnya : Kerugian besar akan datang.
Mimpi bertemu dengan seekor monyet.
Tafsirnya : Alamat tidak baik.
Bermimpi melihat banyak arnab.
Tafsirnya : Akan mendapat darjat yang tinggi.
Bermimpi melihat kucing memburu tikus.
Tafsirnya : Akan beruntung.
Bermimpi melihat tikus putih menunjukkan jalan kepadanya.
Tafsirnya : Dia akan ditolong oleh seorang yang baik.
Bermimpi digigit nyamuk.
Tafsirnya : Kurang baik alamatnya.
Bermimpi digigit lipan.
Tafsirnya : Akan tergoda dengan wanita.
Bermimpi menangkap belut.
Tafsirnya : Akan mengalami kesusahan hidup.
Bermimpi melihat ikan kap berenang.
Tafsirnya : Akan mengalami keuntungan meskipun sederhana sahaja.
Bermimpi melihat udang menjadi ikan.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian.
Bermimpi melihat kerbau masuk kedalam rumahnya.
Tafsirnya : Akan bersusah hati.
Mimpi melihat burung walet terbang diatas rumahnya.
Tafsirnya : Akan menerima kabar dari jauh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan