Pengikut

Selasa, 17 Mei 2011

Tafsir mimpi mengenai haiwan menurut Islam

Jika bermimpi mendengar suara kuda.
Tafsirnya : Akan menerima pemberian dari seorang lelaki yang mulia.

Jika bermimpi mendengar kuda bercakap sesuatu kepadanya.
Tafsirnya : Apa yang dicakapkan kuda itu dalam mimpi akan berlaku kepadanya.

Bermimpi mendengar suara keldai.
Tafsirnya : Akan menerima sesuatu yang memalukan dari pihak musuh yang bodoh.

Jika mimpi mendengar suar baghal.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kesulitan dari seorang lelaki.

Bermimpi mendengar suara lembu jantan.
Tafsirnya : Akan timbul fitnah.



Mimpi mendengar suara unta.
Tafsirnya : akan musafir atau mengadakan perjalanan yang terpuji seperti umrah dan haji, akan jihad, atau perniagaannya menguntungkan.

Bermimpi mendengar suara kambing atau biri-biri.
Tafsirnya : Akan menerima sesuatu dari lelaki mulia atau akan mendapatkan kebahagiaan dan kegembiraan

Mimpi mendengar suara singa.
tafsirnya : Takut kepada raja yang zalim.

Jika bermimpi mendengar suara kucing.
Tafsirnya : Akan memalukan pembantu yang mencuri.

Bermimpi mendengar suara kijang.
Tafsirnya : Akan mendapatkan hamba atau pembantu yang cantik.

Bermimpi mendengar suara pelanduk.
Tafsirnya : Adanya tipu daya dari seorang lelaki pendusta.

Bermimpi mendengar suara gonggongan anjing.
Tafsirnya : Penyesalan dan kezaliman.

Bermimpi mendengar suara babi.
Tafsirnya : Akan menang melawan musuh dan berhasil merampas harta mereka.

Bermimpi mendengar suara tikus.
Tafsirnya : Akan mendapat keburukan dari pencuri.

Bermimpi mendengar suara gonggongan anjing liar.
Tafsirnya : Akan mendengar teriakan kaum wanita, banduan dan orang miskin.

Bermimpi mendengar suara harimau kumbang.
Tafsirnya : Akan mendengar kata-kata lelaki tamak.

Bermimpi mendengar suara burung unta.
Tafsirnya : Akan mendapatkan pembantu yang berani.

Bermimpi mendengar suara burung merpati.
Tafsirnya : Akan bertemu dengan wanita muslimah. Ada yang berpendapat mendengar percakapan burung adalah baik takwilnya menandakan orang yang bermimpi bertambah mulia.

Bermimpi mendengar bunyi kulit ular.
Tafsirnya : Akan menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.

Bermimpi mendengar suara katak.
Tafirnya : Akan ikut serta dalam urusan pemimpin atau ketua negara, raja-raja, dan ulama.

Bermimpi haiwan melata datang dan bercakap dengannya.
Tafsirnya : Kemungkinan sudah dekat ajalnya.

Wallahu a'lam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan