Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

Tafsir mimpi mengenai serban

Serban adalah mahkota orang - orang Arab dan pakaian mereka. Ia menunjukkan kepimpinan, kekuatan dan kekuasaan seseorang.

Jika bermimpi melilitkan serban di kepalanya.
Tafsirnya : Dia akan musafir atau mendapatkan kebaikan.

Jika bermimpi melihat serbannya bersambung dengan serban orang lain.
Tafsirnya : Kekuasaannya akan semakin luas.


Jika bermimpi seolah-olah memakai serban daripada kain sutera.
Tafsirnya : Kekuasaan yang menyalahi aturan agama atau ditakwilkan dengan harta yang haram.

Jika bermimpi memakai serban daripada kain wol.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kekuasaan yang digunakan untuk kebaikan dunia dan agamanya.

Jika dia bermimpimemakai serban daripada kain wol campuran sutera.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kekayaan.

Jika bermimpi serbannya tanggal.
Tafsirnya : Isterinya akan hilang.

Jika bermimpi serbannya yang hilang itu dikembalikan orang kepadanya.
Tafsirnya : Isterinya yang hilang itu akan kembali.

Jika bermimpi seolah-olah Rasululah memakaikan serban merah dikepalanya.
Tafsirnya : Akan memerintah negeri dengan kepimpinan yang penuh kezaliman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan