Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Bulu di Badan.

Jika bermimpi bulu ketiaknya panjang.
Tafsirnya : tercapai segala kehendak hatinya, boleh juga diertikan sebagai teman dan kemuliaan.

Jika bermimpi melihat bulu ketiaknya lebat.
Tafsirnya : Dia adalah seorang lelaki  yang mencari harta melalui ilmu, kekuasaan dan perniagaannya, namun tidak mementingkan harga diri dan agama.

Jika bermimpi dibulu ketiaknya banyak kutu.
Tafsirnya : Dia akan memiliki keluarga yang banyak.

Jika bermimpi bulu ketiaknya sedikit.
Tafsirnya : Baik menurut  sunnah.

Jika bermimpi bulu ketiaknya banyak.
Tafsirnya :  Harta dan kekayaannya diperolehi dari orang buta.


Jika seseeorang bermimpi dia seolah-olah melihat  ketiaknya  tidak ada bulunya.
Tafsirnya : Dia dilarang membelanjakan hartanya dan akan mendapatkan lerugian.

Jika bermimpi diketiaknya terdapat bulu yang panjang sehingga ketanah.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta yang banyak tetapi agamanya rosak dan harga dirinya jatuh.

Jika seorang lelaki melihat bulu dibadannya tumbuh.
Tafsirnya : Isterinya mengandung.

Orang susah atau miskin jika bermimpi melihat banyak bulu dibadannya.
Tafsirnya : Akan bertambah kesusahan dan kemiskinannya.

Jika dia bermimpi melihat bulu-bulu dibadannya berguguran pula.
Tafsirnya : Kesusahan dan kemiskinannya akan hilang.

Jika orang yang bahagia atau senang melihat banyak bulu dibadannya.
Tafsirnya : Akan bertambah kekayaan dan kesenangannya.

Jika bermimpi bulu dibadannya itu gugur pula.
Tafsirnya : Akan hilang kebahagiaan dan kekayaannya.

Jika orang kaya bermimpi bertambah bulu di tubuhnya.
Tafsirnya : Akan bertambahlah kekayaannya.

Sedangkan ika orang miskin bermimpi bertambah bulu ditubuhnya.
Tafsirnya : akan bertambahlah hutangnya.

Jika orang kaya bermimpi melihat cahaya.
Tafsirnya : Akan musnah kekayaannya.

Jika orang miskin yang bermimpi melihat cahaya.
Tafsirnya : Akan dapat menyelesaikan hutangnya dengan kesungguhannya yang bersusah payah.

Orang kaya bermimpi melihat bulu ditubuhnya putih.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian dan hartanya hamper musnah.

Jika orang miskin yang bermimpi melihat bulu tubuhnya putih.
Tafsirnya : Akan dapat menyelesaikan hutangnya.

Orang yang bermimpi bulu ditubuhnya seperti bulu binatang seperti binatang buas.
Tafsirnya :  Akan mengalami kesusahan.

Jika bermimpi melihat bulu disekitar bulu disekitar pusat  baik diatas atau bawahnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kekuatan dan harta.

Jika bermimpi terdapat penyakit di bahagian pusat pula.
Tafsirnya : akan ditimpa penyakit dan kemiskinan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan