Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Punggung.

Punggung seorang lelaki adalah pertahanan, harga diri dan tempat bersandar kekuatannya.

Jika seseorang bermimpi melihat punggungnya senget/miring.
Tafsirnya : Akan mendapat kecelakaan, ada pendapat yang mengatakan itu petanda tua.

Jika bermimpi melihat punggung rakannya.
Tafsirnya : Dia akan meninggalkan temannya itu.

Jika bermimpi melihat punggung musuh.
Tafsirnya : akan selamat dari kejahatannya.

Jika bermimpi melihat punggung anak dara.
Tafsirnya : Wanita itu akan lambat mendapatkan hajatnya.

Bermimpi meliahat perempuan berumur 30-50 tahun.
Tafsirya : Menuntut sesuatu yang sulit.


Jika bermimpi melihat tulang belakanya.
Tafsirnya : Tetap pendiriannya dan akan mendapat anak dan kekuatan.

Sesiapa yang bermimpi tulang punggungnya kuat.
Tafsirnya : Dia diberi akal fikiran, atau akan ada lelaki kuat yang menjadi tempatnya bersandar.

Jika bermimpi melihat tubuhnya panjang.
Tafsirnya : Dia seorang yang baik dan terpuji.

Jika bermimpi melihat tubuhnya terlalu panjang.
Tafsirnya : Ajalnya sudah dekat.

Jika bermimpi melihat tubuhnya pendek.
Tafsirnya : ajalnya sudah dekat atau pangkatnya akan jatuh.

Jika bermimpi melihat tubuhnya gemuk dan kuat.
Tafsirnya : Menunjukkan agama dan keimanannya kuat.

Jika seseorang bermimpi badannya seolah-olah menjadi ular.
Tafsirnya : Dia akan menunjukkan permusuhan yang selama ini disembunyikannya.

Jika seseorang bermimpi dia seolah-olah mempunyai punggung kambing biri-biri.
Tafsirnya : Dia akan mendapat anak.

Jika bermimpi melihat tubuhnya keluar dari besi atau dari batu.
Tafsirnya : Dia akan mati.

Jika dia melihat ada pertambahan yang tidak memudaratkan pada tubuhnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan tambahan nikmat.


Punggung atau buntut  boleh juga bermakna harta perempuan. Jika bermimpi melihat buntut itu besar.
Tafsirnya : Isterinya memiliki harta yang banyak.

Jika bermimpi buntutnya sendiri yang besar.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan kedudukan yang baik melalui harta isterinya, dan dia akan mendapat kebaikan dari harta tersebut.

Sesiapa yang bermimpi mengadakan hubungan seks dengan perempuan melalui duburnya.
Tafsirnya : Dia menuntut perkara yang bukan pada jalannya.

Sesiapa yang bermimpi menarik duburnya.
Tafsirnya : Dia akan hidup susah dan sengsara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan