Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Dada.

Jika bermimpi dadanya sempit.
Tafsirnya : Dia telah sesat, atau akan mengalami kerugian pada hartanya atau bakhil orangnya.

Jika bermimpi dadanya luas.
Tafsirnya : Dia seorang yang pemurah dan lemah lembut.

Jika bermimpi melihat banyak bulu didadanya.
Tafsirnya : Banyak hutang yang ditanggungnya.

Jika bermimpi melihat dadanya keras seperti batu.
Tafsirnya : Dia seorang yang keras kepala atau degil.

Jika bermimpi melihat bulu dadanya banyak sehingga dapat menyikatnya seperti menyikat rambut.
Tafsirnya : Akan menerima amanah dan dapat menjalankannya dengan baik.


Jika lelaki bemimpi melihat buah dadanya dalam keadaan baik.
Tafsirnya : baiklah keadaan isteri dan anak perempuannya.

Jika seorang lelaki melihat buah dadanya dalam keadaan tidak baik.
Tafsirnya : Keadaan isteri dan anak perempuannya pun tidak baik juga.

Sesiapa yang bermimpi melihat perempuan digantung dengan mengikat kedua buah dadanya.
Tafsirnya : Yang bermimpi ada berzina dan mempunyai anak zina.

Jika seorang lelaki bermimpi memiliki buah dada yang sangat besar.
Tafsirnya : Dia ada berzina dengan muhrimnya atau juga diertikan sebagai nikah yang haram.

Jika seorang lelaki bermimpi melihat air susu pada buah dadanya.
Tafsirnya : Jika dia bujang akan berkahwin dan mendapat anak, jika dia seorang yang miskin akan menjadi kaya, jika dia muda bermakna umurnya masih panjang.

Jika perempuan muda yang bermimpi melihat air susu pada buah dadanya.
Tafsirnya : Akan mengandung dan melahirkan.

 Jika perempuan tua yang berrmimpi melihat air susu pada buah dadanya.
Tafsirnya : Dia akan miskin dan hartanya akan musnah.

Jika anak dara yang bermimpi melihat air susu pada buah dadany.
Tafsirnya : Dia akan berkahwin.

Jika anak kecil yang bermimpi melihat air susu pada buah dadanya.
Tafsirnya : Dia akan mati.

Jika seorang lelaki bermimpi buah dadanya panjang memenuhi dadanya.
Tafsirnya : Dia seorang yang menuruti nafsunya pada selain yang dihalalkan Allah atau dia akan kematian anak-anak, jika tidak mempunyai anak bermakna kemiskinan dan penderitaan.

Jika seorang wanita yang bermimpi buah dadanya panjang .
Tafsirnya : menunjukkan kesedihan yang bersangatan.

Jika seorang lelaki bermimpi seolah-olah menyusu atau menghisap buah dada perempuan.
Tafsirnya : Dia akan sakit, kecuali jika isterinya sedang hamil bermakna dia akan mendapat anak lelaki.

Jika seorang perempuan bermimpi dia menyusu dengan wanita lain.
Tafsirnya : Akan mendapatkan atau melahirkan anak perempuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan