Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Perut, Hati dan Jantung.

 Perut bermakna harta, anak, kerabat dan barang-barang yang ada didalam rumahnya.

Jika bermimpi perutnya kecil.
Tafsirnya : Dia memiliki sedikit harta benda atau anak atau kerabat.

Jika bermimpi perutnya besar.
Tafsirnya : Dia memiliki ramai anak, banyak harta benda dan ramai kaum kerabat. Ada satu pendapat yang mengatakan bermimpi perutnya besar bermakna makan riba.

Jika seseorang bermimpi melihat dirinya lapar.
Tafsirnya : Dia seorang yang tamak dan dia hanya akan mendapatkan harta sekedar laparnya atau secukupnya sahaja.

Jika bermimpi berjalan dengan menggunakan perut.
Tafsirnya : Akan berpegang dengan harta dalam hidupnya.


Orang yang bermimpi melihat perutnya menjadi kecil.
Tafsirnya : Akan mempunyai harta yang banyak.

Jika bermimpi perutnya kenyang.
Tafsirnya : bermakna dia bosan dengan harta.

Jika bermimpi haus.
Tafsirnya : Tidak menjalankan agamanya.

Jika bermimpi baik keadaan hatinya.
Tafsirnya : Dia seorang yang berani, kuat, baik dan pemurah serta penuh toleransi.

Jika bermimpi melihat hatinya keluar dari perutnya.
Tafsirnya : Dia seorang yang ikhlas dan baik beragama.

Bermimpi mengosongkan perut.
Tafsirnya : Mendapat petunjuk kepada kebenaran, satu pendapat mengatakan seorang perempuan yang berperanan mengatur dirinya.

Jika seorang yang sakit bermimpi hatinya dipotong.
Tafsirnya : Dia akan sembuh dari sakitnya.
Jika bermimpi melihat jantungya keluar dari dadanya.
Tafsirnya : Akan menemui harta yag\ng ditanam.

Jika seseorang bermimpi dia memakan jantung manusia atau mendapatkannya.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta yang ditanam lalu dia akan memakannya.

Jika dia bemrmimpi jantung itu banyak dan dimasak atau dipanggang.
Tafsirnya : Orang yang bermimpi itu akan mendapat simpanan atau harta  yang tertanam didalam tanah.

Jika seseorang bermimpi melihat wajahnya ada pada jantungnya sebagaimana dia melihatnya dicermin.
Tafsirnya : Dia akan mati.

Jika seseorang bermimpi baik keadaan jantungnya .
Tafsirnya : Baiklah keadaan anak dan kehidupannya serta penuh dengan kesabaran dan kasih saying.

Bermimpi limpa yang kuat.
Tafsirnya : Keselamatan hidup.

Sesiapa yang bermimpi memotong hempedu manusia dengan giginya sehingga orang itu meninggal dunia.
Tafsirnya : Orang yang bermimpi betul-betul dengki dengan orang yang dimimpikannya itu sehingga dia meniggal dunia.

Jika Nampak dalam mimpi itu darah keluar dari hempedu itu lalu meminumnya.
Tafsirnya : Dia telah menghalalkan harta orang tersebut bagi dirinya disebabkan kebodohan dan keburukannya.

Jika bermimpi melihat paru-parunya dalam keadaan baik.
Tafsirnya : Panjang umurnya.

Jika bermimpi melihat paru-parunya rosak.
Tafsirnya : Pendek umurnya atau buruk amalannya.

Jika bermimpi melihat buah pinggangnya dalam keadaan baik.
Tafsirnya : Baiklah kekayaan dan kebenarannya atau baik amalnya.

Jika seorang lelaki melihat buah pinggangnya gemuk.
Tafsirnya : Dia seorang lelaki yang kaya dan disegani.

Jika bermimpi buah pinggangnya kurus.
Tafsirnya : Bermakna keemiskinan.

Jika bermimpi melihat ususnya atau sesuatu yang terdapat didalamnya.
Tafsirnya : Orang yang melihatnya akan menemukan harta yang disimpannya, atau seorang yang menjadi pemimpin akan muncul dari keluarganya atau dia sendiri yang akan menjadi pemimpin.

Jika seseorang bermimpi memakan ususnya sendiri.
Tafsirnya : Dia memakan hartanya sendiri.

Jika bermimpi memakan usus atau yang terdapat didalamnya milik orang lain.
Tafsirnya :  dia akan mendapat hata dari orang itu dan memakan harta tersebut.

Jika bermimpi melihat ususnya keluar.
Tafsirnya : Anak perempuannya akan bertunang.

Sesiapa yang bermimpi melihat ususnya atau semua yang ada didalamnya terkeluar kemudian perutnya dicuci.
Tafsirnya : Dia akan mati dengan redha Allah, sama ada yang keluar tadi dikembalikan ketempatnya atau tidak.

Jika bermimpi sesuatu keluar dari perutnya.
Tafsirnya : Pada dirinya terdapat wasiat orang dan dia memelihara anak perempuan orang yang berwasiat itu, lalu berazam untuk mengawinkan perempuan itu. Menurut satu pendapat aibnya akan terbongkar.

Jika  bermimpi seorang Raja membelah perut rakyatnya.
Tafsirnya : Raja itu memerangi mereka.

Jika bermimpi Raja itu mengambil isi perut mereka.
Tafsirnya : Raja itu mengambil harta mereka.

Jika seseorang bermimpi melihat perutnya terbuka sedangkan isi perutnnya masih ditempatnya.
Tafsirnya :Bermakna bagi yang belum mempunyai anak aka nada anak, bagi yang miskin akan mendapat harta kekayaan.

Jika seseorang bermimpi melihat orang lain membedah perutnya lalu mengeluarkan isi perutnya.
Tafsirnya : Dia akan bermusuh-musuhan dengan orang yang membedah perutnya dalam mimpi dan segala rahsia akan terbongkar.

Jika seseorang bermimpi perutnya dibedah sementara perutnya kosong.
Tafsirnya : Rumahtangganya akan hancur atau anak-anaknya akan hilang atau mati, jika orang sakit yang bermimpi bermakna akan mati. 

1 ulasan:

  1. kalo mimpi perut kita ditusuk kemudian belah, itu maknanya apa yaa ???

    BalasPadam