Pengikut

Ahad, 5 Jun 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai kejadian alam, air, angin,hujan, bulan dll

Bermimpi minum air panas.
Tafsirnya : Akan mengalami kesusahan hati.

Bermimpi menyelam dalam air.
Tafsirnya : Akan memperolehi nikmat.

Jika bermimpi melihat air di dalam periuk.
Tafsirnya : Alamat akan bertambah dosanya.

Bermimpi melihat air.
Tafsirnya : Akan menderita luka hati atau sakit hati.

Bermimpi kakinya mengeluarkan air.
Tafsirnya : Alamat akan menjadi penghulu.



Jika bermimpi melihat sungai.
Tafsirnya : Akan bertapa atau menuntut ilmu.

Jika bermimpi minum air sungai.
Tafsirnya : Akan terhindar dari kesedihannya.

Jika bermimpi meminum air laut hingga kering.
Tafsirnya : Akan mendapat harta benda dunia dan terhindar dari segala kesukaran.

Jika bermimpi tenggelam diair.
Tafsirnya : Akan disayangi orang yang berderajat atau berpangkat.

Jika bermimpi berjalan diatas air.
Tafsirnya : Akan menjadi orang terhormat.

Bermimpi didatangi air bah.
Tafsirnya : Akan mengalami kegelapan hati atau duka cita.

Jika bermimpi angin datang dan merebahkan segalanya.
Tafsirnya : Akan datang wabak dan musuh kemudian timbul kesusahan untuk mencari nafkah hidup.

Bermimpi melihat angin di laut.
Tafsirnya : Akan mengalami penderitaan atau yang bermimpi akan terkena sakit, atau demam.

Bermimpi mendengar suara angin yang kuat menderu.
Tafsirnya : Akan gagal rencana yang anda ingini selama ini.

Bermimpi melihat pemandangan yang luas dari suatu tempat yang tinggi.
Tafsirnya : Akan mudah memperolehi rezeki, serta akan mendapat kemuliaan hidup.

Bermimpi melihat asap, baik asap nipis ataupun tebal.
Tafsirnya : Akan menderita sesuatu penyakit.

Jika bermimpi melihat asap yang tidak berapi.
Tafsirnya : Akan menerima khabar bohong yang tak dapat dipercayai sama sekali.

Bermimpi melihat awan putih berarak.
Tafsirnya : Akan berbahgia terutama dalam perkahwinan, sukses dalam perniagaan, dan sihat walafiat.

Bermimpi melihat awan yang gelap dan hitam.
Tafsirnya : Akan mendapat kesukaran yang luar biasa kalau tidak berhati-hati.

Bermimpi berada dekat dg api atau duduk dekat dg api.
Tafsirna : Rumah tangganya akan aman dan tenteram.

Bermimpi membuat api diluar atau didalam rumah.
Tafsirnya : Pekerjaan yang selama ini ada kesukaran akan baik kembali.

Bermimpi memadamkan api.
Tafsirnya : Akan berjaya menyelesaikan sesuatu kesukaran.

Bermimpi melihat batu bata merah.
Tafsirnya : Akan hilang dukanya.

Bermimpi melihat bintang atau kilat.
Tafsirnya : Akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baik dan berguna.

Jika bermimpi melihat bintang turun dirumahnya.
Tafsirnya : Akan memperoleh harta.

Bermimpi melihat bintang-bintang dilangit.
Tafsirnya : Akan cukup segala keperluannya.

Jika bermimpi melihat bulan.
Tafsirnya : Akan dikasihi oleh orang-orang agung atau orang berpangkat.

Jika bermimpi melihat bulan sabit.
Tafsirnya : Akan ada orang susah yang dekat dengan kita.

bermimpi melihat bulan terang.
Tafsirnya : Segala usaha kita akan berjalan lancar.

Jika bermimpi melihat bulan kembar.
Tafsirnya : Akan ada raja atau sultan yang bergaduh dengan raja atau sultan lainnya.

Jika bermimpi menelan bulan.
Tafsirnya : Akan mendapat darjat yang tinggi, lebih dari sesama manusia lainnya.

bermimpi melihat daratan yang sangat luas.
Tafsirnya : Rezekinya akan bertambah banyak.

Jika bermimpi menggigil kesejukan.
Tafsirnya : Akan memiliki sahabat karib yang sedia membantu disaat anda mengalami musibah atau kesusahan.

Bermimpi bangun di waktu fajar atau pagi hari.
Tafsirnya : Anda seorang yang aktif dan rajin dalam kehidupan.

Jika bermimpi mengharungi gelombang yang tinggi.
Tafsirnya : Anda akan mendapatkan kemenangan, baik dalam peperangan atau persaingan hidup.

Jika bermimpi mendengar suara gema.
Tafsirnya : Akan mengalami masa romantik.

Jika bermimpi berada ditengah-tengah gempa bumi.
Tafsirnya : Anda akan mendengar sesuatu berita yang luar biasa.

Bermimpi mendaki gunung dan tidak pernah jatuh.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam segala usaha yang anda lakukan.

Jika bermimpi melihat gunung dari jauh.
Tafsirnya : Akan mengalami masalah yang sukar tetapi senang untuk anda atasi.

Jika bermimpi melihat bunung berapi.
Tafsirnya : Jika nda sedang bercinta dengan kekasih yang cantik atau tampan, dan akan ada orang lain yang kacau daun. Jika anda telah kahwin maka rumahtangga akan mendapat gangguan dari orang lain.

Jika bermimpi melihat guruh atau kilat.
Tafsirnya : Akan kurang rezekinya.

Jika bermimpi disambar petir.
Tafsirnya : Akan mendapat kemakmuran dari orang yang berpangkat, boleh juga diertikan sebagai penganiayaan oleh orang berpangkat.

Jika bermimpi melihat hujan lebat.
Tafsirnya : Akan mendapat saingan yang berat terutama dalam cinta, jika hujan rintik-rintik shj bermakna rezeki akan bertambah.

Jika bermimpi basah kuyup kehujanan.
Tafsirnya : Akan menuntut ilmu.

Jika bermimpi melihat hujan turun diatas tasik atau sungai.
Tafsirnya : Akan hilang segala duka selama ini.

Jika bermimpi melihat hujan terlalu lama.
Tafsirnya : Akan murah rezekinya.

Jika bermimpi melihat hujan ribut.
Tafsirnya : Akan segera pulang ketanah kelahirannya.

Jika bermimpi melompat keseberang sungai dan tak boleh lompat balik.
Tafsirnya : Sudah dekat ajalnya.

Jika bermimpi melihat peristiwa hari kiamat.
Tafsirnya : Hidupnya akan aman sentosa atas kurniaan Allah.

Jika bermimpi melihat kabus.
Tafsirnya : Harus berhati-hati sebab akan selalu ditimpa malapetaka.

Jika bermimpi berenang disungai atau laut.
Tafsirnya : Segala pekerjaannya akan tertunda.

Jika bermimpi melihat angin dilaut.
Tafsirnya : Akan menderita sakit.

Jika bermimpi seolah-olah dirinya minum air laut sampai kering.
Tafsirnya : Dia akan mendapat harta dengan cara yang bahaya atau setelah melalui bahaya.

Jika bermimpi melihat natahari.
Tafsirnya : Akan terang hatinya.

Jika bermimpi melihat matahari separuh sahaja.
Tafsirnyya : akan ada perang besar.

Jika bermimpi melihat natahari jelas dan terang.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam kewangan.

Bermimpi melihat matahari terbit.
Tafsirnya : Akan mengalami kegembiraan.

Jika bermimpi melihat matahari dilitupi mendung.
Tafsirnya : Anda sedang melalui kesukaran yang luar biasa.

Jika bermimpi melihat nur atau cahaya yang terang.
Tafsirnya : Kehidupan anda penuh dengan kebaikan.

Bermimpi dihayun-hayun ombak.
Tafsirnya : Rezeki anda ada pasang surutnya.

Jika bermimpi melihat padang tandus yang luas.
Tafsirnya : Akan menerima rezeki yang banyak.

Jika bermimpi anda berasa dipagi hari.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kebaikan.

Jika bermimpi melihat sebuah kolam.
Tafsirnya : Akan mengusahakan perniagaan baru yang banyak untung.

Jika bermimpi berenang dipaya atau kolam.
Tafsirnya : Akan mengalami kesukaran hidup.

Jika bermimpi berenang dilaut.
Tafsirnya : Akan mengalami pengalaman cinta yang menarik.

Jika bermimpi berada di Titian Siratal Mustakiim.
Tafsirnya : Akan luput dari marabahaya.

Jika bermimpi mandi disungai.
Tafsirnya : Tubuh badannya akan sihat wal afiat.

Jika bermimpi sedang berenang dan tak dapat dipastikan tempatnya.
Tafsirnya : Akan dapat menyelesaikan persoalan yang selama ini membelenggu hidup anda.

Jika bermimpi minum air sungai.
Tafsirnya : Akan terlepas kesenangan yang selama ini anda cita-citakan.

Jika bermimpi melalui samudera atau laut.
Tafsirnya : Akan terhindar dari perbuatan jahat, jika ada hutang akan lekas terbayar.

Jika bermimpi melihat syurga.
Tafsirnya : Akan menjadi orang agung.

Jika bermimpi naik ke syurga.
Tafsirnya : Kehidupan anda akan aman dan bahagia tanpa kekurangan apapun.

Jika bermimpi tenggelam ditasik.
Tafsirnya : Akan bebas dari kekuasaan seseorang yang selama ini mengongkong anda.

Jika bermimpi melihat tasik banyak airnya.
Tafsirnya : Akan bertambah banyak harta bendanya.

Jika melihat langit diufuk berwarna merah.
Tafsirnya : Segala kemahuannya akan terlaksana.

Jika bermimpi melihat langit pecah.
Tafsirnya : Negerinya akan direbut orang.

Jika bermimpi melihat petir menyambar-nyambar.
Tafsirnya : Tidak akan ada lagi penghargaan buat dirinya nanti.

Jika bermimpi pintu syurga terbuka.
Tafsirnya : Akan ditolong oleh orang yang berpangkat.

Jika bermimpi melihat tanah mendadak pecah dan terbelah.
Tafsirnya : Dirinya akan sakit.

Jika bermimpi melihat pasir didalam sungai.
Tafsirnyaa : Akan beruntung.

Jika bermimpi dirinya dilingkari oleh api.
Tafsirnya : Akan mendapatkan keuntungan yang banyak.

Jika bermimpi melihat diatas air keluar api.
Tafsirnya : Akan beruntung.

Jika mimpi melihat perigi terbakar.
Tafsirnya : Akan ada kejadian yang tak terduga.

5 ulasan:

  1. KALAU
    MIMPI BUNUH ANAK DALAM KANDUNGAN??

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Mimpi melihat orang berlari dari atas gunung

    BalasPadam
  4. Mimpi isteri nak bernikah dgn org lai,dan org itu dikenali

    BalasPadam
  5. Bermimpi terbawa arus banjir yg deras yg airnya keruh tetapi kemudian air itu berubah menjadi jernih dan bersih.

    BalasPadam