Pengikut

Jumaat, 4 November 2011

1001 Tafsir mengenai sesuatu yang dikerjakan atau dilihat. Bah 1.

Jika bermimpi sedang musafir/bepergian kesuatu tempat dekat atau jauh.
Maknanya : Akan susah hati.

Bermimpi sedang berjalan disungai.
Maknanya: Akan berduka.

Jika bermimpi berenang disungai.
Maknanya : Alamatnya segala niatnya akan tergendala.

Jika bermimpi bergirang hati/bersuka hati.
Maknanya : Akan dimurkai/dimarahi oleh seseorang.

Jika bermimpi sedang bermain-main atau bersenda gurau bersama teman-teman.
Maknanya  : Akan menghadapi suatu rintangan.


Jika bermimpi berjumpa dengan sesama manusia atau mengadakan silaturrahim.
Maknanya : Sangat baik, akan mendapatkan rezeki.

Jika bermimpi bertelanjang.
Maknanya : Anda akan mendapat malu atau sesuatu yang buruk akan menimpa.

Jika bermimpi sedang bercumbuan.
Maknanya : Anda sedang dibicarakan/diumpat orang.

Jika bermimpi berlayar diair yang tenang.
Maknanya  : Akan mengalami suatu kehidupan yang tenang.

Jika bermimpi berbelanja dikedai.
Maknanya : Rumah tangga anda dalam keadaan bahagia.

Jika bermimpi melihat orang berkelahi/bergaduh.
Maknanya : Akan mendapatkan keuntungan dalam usaha atau bisnis anda.

Jika bermimpi melihat orang muda atau kanak-kanak berkelahi/bergaduh.
Maknanya : Banyak pertengkaran dalam rumah tangganya.

Jika bermimpi melihat haiwan yang berkelahi/bergaduh.
Maknanya : Ada suatu perkara yang tidak disukai oleh mentua atau ipar duai anda.

Jika bermimpi bertaruh.
Maknanya : Anda berani mengambil risiko dalam hidup anda yang boleh mengganggu ketenteraman hidup.

Jika bermimpi sedang berbicara.
Maknanya : Masalah yang sedang digaduhkan akan selesai dengan sendirinya dengan cara yang menyenangkan.

Jika bermimpi melihat orang bertinju/boxing atau anda sendiri yang bertinju/boxing.
Maknanya : Akan mengalami kesukaran dalam usaha dan kemungkinan mengalami kerugian.

Jika bermimpi anda digantung atau diikat tangan.
Maknanya : Akan terhindar dari kesalahan.

Jika bermimpi tangan diikat dan leher digantung.
Maknanya : Akan dijauhkan dari kesalahan.

Jika bermimpi nama anda dipanggil oleh seorang yang sedang sakit.
Maknanya : Kemungkinan akan ada sanak keluarga yang meninggal.

Jika bermimpi dirantai.
Maknanya : Akan merasa dengki dalam hatinya.

Jika bermimpi ditikan dengan senjata jenis apapun sehingga mengeluarkan darah.
Maknanya : Akan terang hatinya.

Jika bermimpi menjadi raja.
Maknanya : Akan dianiaya oleh orang yang lebih rendah atau oleh orang bawahan. Wallahua'lam.

Jika bermimpi jauh dari bukit atau dari pokok.
Maknanya : Akan segera berkahwin jika belum berkahwin,jika sudah berkahwin kemungkinan akan mengalami kerugian dalam usahanya.

Jika bermimpi diberi pakaian.
Maknanya : Akan panjang usianya.

Jika bermimpi jatuh dari jembatan.
Maknanya : Kesihatan anda akan terganggu.

Jika bermimpi terjatuh dari tangga atau atap.
Maknanya : Kenaikan pangkat akan diberikan kepadaorang lain jika anda tidak memperbaiki mutu pekerjaan.

Bermimpi ditinggalkan oleh kawan-kawan.
Maknanya : Akan kecewa dalam masa terdekat.

Jika anda mengajak orang ke panggung wayang atau ketempat ceramah.
Maknanya : Akan mendapat kekecewaan dalam pergaulansosial anda.

Bermimpi difitnah orang.
Maknanya : Akan dipuji-puji dalam segala usaha anda.

Jika bermimpi sedang bergusti.
Maknanya : Anda banyak menyia-nyiakan masa anda dalam membuat keputusan.

Jika bermimpi sedang bermain gitar.
Maknanya : Anda memiliki bakat seni.

Jika bermimpi mendengar suara gitar dimainkan.
Maknanya : Akan menerima khabar atau surat yang selama ini anda nanti-nantikan.

Jika bermimpi melihat orang digantung.
Maknanya : Orang yang diimpikan itu akan menerima ganjaran atau kurnia dari  Allah.

Jika anda bermimpi menerima hukuman mati.
Maknanya : Akan panjang umur.

Jika bermimpi melihat orang dihukum mati.
Maknanya : Mesti berwaspada pada setiap tindakan dan perkataan.

Jika bermimpi berjalan dengan berkaki ayam.
Maknanya : Kemungkinan pekerjaan anda yang sekarang tak sesuai untuk anda. Wallahu a'lam.

Jika bermimpi sedang menghadiri kenduri.
Maknanya : Akan kehilangan suatu barang milik anda.

Jika bermimpi kekayaan anda tidak terhingga (sedangkan anda seorang yang sederhana dialam nyata).
Maknanya : Mesti berhati-hati dan tertib mengendalikan kewangan.

Jika bermimpi anda makan terlalu banyak.
Maknanya : Anda akan mengalami kemalangan.

Jika bermimpi melihat orang lain makan banyak.
Maknanya : Anda akan berbahgia.

Jika bermimpi marah.
Maknanya : Anda orang yang baik dalam pergaulan.

Jika bermimpi sedang tertawa.
Maknanya : Anda akan mendapatkan rezeki.

Jika bermimpi seolah-olah anda mentertawakan orang lain.
Maknanya : Wang simpanan anda akan memperolehi untung.

Jika bermimpi anda bermalas-malasan.
Maknanya : Pekerjaan yang sering andalakukan akan mendapat perhatian.

Jika mimpi mandi di sungai besar.
Maknanya : Kemungkinan akan hapus dosanya jika bertaubat.

Jika bermimpi melihat hujan.
Maknanya : Akan terhindar dari bahaya.

Jika bermimpi mandi dilaut.
Maknanya : Akan cukup harta bendanya sehingga keanak cucunya.

Jika bermimpi mandi macam biasa.
Maknanya : Akan sakit atau kesihatannya akan terganggu.

Jika bermimpi melompat.
Maknanya : Segala cita-citanya akan berjaya disebabkan usaha anda.

Jika bermimpi melompat keseberang sungai dan tak boleh patah balik.
Maknanya : Sudah dekat ajalnya.

Bermimpi melompat dititian Siratal Mustakim.
Maknanya : Akan terhindar dari segala kesukaran dan akan kaya harta benda yang selama ini dicari-cari.

Jika bermimpi memberikan sesuatu kepada orang lain.
Maknanya : Akan datang kesukaran.

Jika bermimpi memberi makan bayi.
Maknanya : Kemungkinan akan mempunyai anak dan akan berbahgia.

Jika bermimpi memberi makan kepada orang tua.
Maknanya : Syarikat anda akan maju.

Jika bermimpi membaca buku-buku ilmiah.
Maknanya : Akan berbahgia dalam hidup.

Jika bermimpi membaca buku-buku novel ringan atau fiksyen.
Maknanya : Anda akan hidup dalam kesedeerhanaan dan menghadapi kerumitan hidup.

Bermimpi menangis.
Maknanya : Akan mendapatkan keuntungan dan mendapat khabar gembira dari keluarga atau rakan.

Jika bermimpi mendengar orang menangis.
Maknanya : Anda akan menghadapi masalah yang rumit yang memerlukan kebijaksanaan.

Jika bermimpi memasak nasi.
Maknanya : Akan bermanfaat hidupnya bagi orang ramai.

Jika bermimpi membunuh salah satu makhluk hidup.
Maknanya : Kemungkinan akan makan harta haram dari orang lain.

Jika bermimpi memanjat.
Maknanya : Akan mendapatkan harta dan pakaian.

Jika bermimpi membaca Quran dan berdoa.
Maknanya : Akan mendapatkan anugerah dan kesihatan.

Jika bermimpi mendaki gunung.
Maknanya : Akan mulia dan murah rezeki.

Jika bermimpi menyelam sambil minum.
Maknanya : Akan teguh kepercayaannya.

Jika bermimpi naik perahu.
Maknanya : Akan hilang segala kesusahannya.

Jika bermimpi melagakan apa sahaja jenis haiwan.
Maknanya : Segala usahanya akan berjaya.

Jika bermimpi sdang bersuka ria.
Maknanya : Kemungkinan akan datang kesusahan atau sakit.

Jika bermimpi mengaji.
Maknanya : Akan tercapai segala niatnya.

Jika bermimpi dihinakan orang.
Maknanya : Akan berpisah dengan orang yang disayangi akibat salah faham.

Jika bermimpi sedang dinasihati.
Maknanya : Akan menghadapi situasi yang memerlukan nasihat dan pertolongan terutama dalam perkahwinan dan pekerjaan.

Waalhua'lam......