Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Perut, Hati dan Jantung.

 Perut bermakna harta, anak, kerabat dan barang-barang yang ada didalam rumahnya.

Jika bermimpi perutnya kecil.
Tafsirnya : Dia memiliki sedikit harta benda atau anak atau kerabat.

Jika bermimpi perutnya besar.
Tafsirnya : Dia memiliki ramai anak, banyak harta benda dan ramai kaum kerabat. Ada satu pendapat yang mengatakan bermimpi perutnya besar bermakna makan riba.

Jika seseorang bermimpi melihat dirinya lapar.
Tafsirnya : Dia seorang yang tamak dan dia hanya akan mendapatkan harta sekedar laparnya atau secukupnya sahaja.

Jika bermimpi berjalan dengan menggunakan perut.
Tafsirnya : Akan berpegang dengan harta dalam hidupnya.

Tafsir Mimpi Mengenai Dada.

Jika bermimpi dadanya sempit.
Tafsirnya : Dia telah sesat, atau akan mengalami kerugian pada hartanya atau bakhil orangnya.

Jika bermimpi dadanya luas.
Tafsirnya : Dia seorang yang pemurah dan lemah lembut.

Jika bermimpi melihat banyak bulu didadanya.
Tafsirnya : Banyak hutang yang ditanggungnya.

Jika bermimpi melihat dadanya keras seperti batu.
Tafsirnya : Dia seorang yang keras kepala atau degil.

Jika bermimpi melihat bulu dadanya banyak sehingga dapat menyikatnya seperti menyikat rambut.
Tafsirnya : Akan menerima amanah dan dapat menjalankannya dengan baik.

Tafsir Mimpi Mengenai Punggung.

Punggung seorang lelaki adalah pertahanan, harga diri dan tempat bersandar kekuatannya.

Jika seseorang bermimpi melihat punggungnya senget/miring.
Tafsirnya : Akan mendapat kecelakaan, ada pendapat yang mengatakan itu petanda tua.

Jika bermimpi melihat punggung rakannya.
Tafsirnya : Dia akan meninggalkan temannya itu.

Jika bermimpi melihat punggung musuh.
Tafsirnya : akan selamat dari kejahatannya.

Jika bermimpi melihat punggung anak dara.
Tafsirnya : Wanita itu akan lambat mendapatkan hajatnya.

Bermimpi meliahat perempuan berumur 30-50 tahun.
Tafsirya : Menuntut sesuatu yang sulit.

Tafsir Mimpi Mengenai Bulu di Badan.

Jika bermimpi bulu ketiaknya panjang.
Tafsirnya : tercapai segala kehendak hatinya, boleh juga diertikan sebagai teman dan kemuliaan.

Jika bermimpi melihat bulu ketiaknya lebat.
Tafsirnya : Dia adalah seorang lelaki  yang mencari harta melalui ilmu, kekuasaan dan perniagaannya, namun tidak mementingkan harga diri dan agama.

Jika bermimpi dibulu ketiaknya banyak kutu.
Tafsirnya : Dia akan memiliki keluarga yang banyak.

Jika bermimpi bulu ketiaknya sedikit.
Tafsirnya : Baik menurut  sunnah.

Jika bermimpi bulu ketiaknya banyak.
Tafsirnya :  Harta dan kekayaannya diperolehi dari orang buta.

Isnin, 23 Mei 2011

Tafsir mimpi mengenai serban

Serban adalah mahkota orang - orang Arab dan pakaian mereka. Ia menunjukkan kepimpinan, kekuatan dan kekuasaan seseorang.

Jika bermimpi melilitkan serban di kepalanya.
Tafsirnya : Dia akan musafir atau mendapatkan kebaikan.

Jika bermimpi melihat serbannya bersambung dengan serban orang lain.
Tafsirnya : Kekuasaannya akan semakin luas.


Jika bermimpi seolah-olah memakai serban daripada kain sutera.
Tafsirnya : Kekuasaan yang menyalahi aturan agama atau ditakwilkan dengan harta yang haram.

Jika bermimpi memakai serban daripada kain wol.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kekuasaan yang digunakan untuk kebaikan dunia dan agamanya.

Jika dia bermimpimemakai serban daripada kain wol campuran sutera.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kekayaan.

Jika bermimpi serbannya tanggal.
Tafsirnya : Isterinya akan hilang.

Jika bermimpi serbannya yang hilang itu dikembalikan orang kepadanya.
Tafsirnya : Isterinya yang hilang itu akan kembali.

Jika bermimpi seolah-olah Rasululah memakaikan serban merah dikepalanya.
Tafsirnya : Akan memerintah negeri dengan kepimpinan yang penuh kezaliman.

Tafsir mimpi Mengenai jenis-jenis pakaian dan warnanya

Bermimpi memakai pakaian daripada wol.
Tafsirnya : Mendapatkan harta.

Bermimpi memakai pakaian daripada kain linen.
Tafsirnya : Mendapatkan harta yang agak rendah sedikit dari mutunya.

Bermimpi memakai pakaian daripada kain kapas.
Tafsirnya : Juga bermakna harta.

Bermimpi memakai pakaian daripada bulu.
Tafsirnya : Harta yang lebih rendah mutunya.

1001 Tafsir mengenai pakaian dan perhiasan badan lainnya.

Jika bermimpi membeli pakaian.
Tafsirnya : Jangan banyak mempergunakan fikiran tentang hal yang akan datang.

Jika bermimpi anda berbogel.
Tafsirnya : Akan datang masa naas yang tak terduga.

Jika bermimpi anda memakai pakaian seorang janda.
Tafsirnya : Anda akan hidup lama atau berumur panjang.

Jika bermimpi memakai pakaian rumah yang agak kotor.
Tafsirnya : Anda akan mendapat pakaian baru.

Jika bermimpi menjahit pakaian sendiri.
Tafsirnya : Anda akan menemui kenalan atau cinta baru, jika anda single.

Khamis, 19 Mei 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai pergaulan hidup

Jika bermimpi mengenai keluarganya.
Tafsirnya : Dia akan berusaha dalam suatu perjuangan.

Bermimpi hidup bahagia dalam keluarga.
Tafsirnya : Akan mengalami keuntungan dalam keseluruhan keluarga anda yang ada.

Jika bermimpi isterinya mengandung.
Tafsirnya : Alamat kurang baik akan ada aral yang datang.

Jika bermimpi isteri bergaul atau curang dengan lelaki lain.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian.

Jika bermimpi memeluk isteri sendiri.
Tafsirnya : Akan dikurniakan rezeki.

Rabu, 18 Mei 2011

Tafsir mimpi mengenai Bahu dan Tangan

Sesiapa yang bermimpi bahunya kuat dan berisi.
Tafsirnya : Dia kuat bekerja dan lancar perjalanannya.

Sesiapa yang bermimpi bahunya berpenyakit.
Tafsirnya : Temannya akan ditimpa penyakit atau mati.

Jika seseorang bermimpi ingin melihat tulang belikatnya tetapi tidak sanggup melihatnya.
Tafsirnya : Kemungkinan dia akan buta.

Jika bermimpi melihat tangan kanannya panjang.
Tafsirnya : Bagi seorang pemimpin adalah kemenangan, bagi peniaga dia akan mendapat keuntungan.

Jika bermimpi melihat tangan panjang lagi kuat.
Tafsirnya : Bagi seorang pemimpin bermakna para penolong atau menterinya kuat serta umurnya masih panjang.

Selasa, 17 Mei 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai badan sendiri.

Kalau bermimpi banyak luka dikepala.
Tafsirnya : Akan memperoleh keuntungan.

Bermimpi kepala keluar tanduk.
Tafsirnya : Akan ada perselisihan faham yang dialami.

Bermimpi memotong rambut atau bercukur.
Tafsirnya : Ada diantara anggota keluarga yang terganggu kesihatannya.

Bermimpi rambut berjatuhan.
Tafsirnya : Akan mengalami kesedihan atau alamat kurang baik.

Bermimpi rambut putih dan berjatuhan atau gugur.
Tafsirnya : Kegembiraan akan bertukar dengan kesedihan atau sesudh bergembira akan berduka secara tiba-tiba.

Tafsir mimpi mengenai haiwan menurut Islam

Jika bermimpi mendengar suara kuda.
Tafsirnya : Akan menerima pemberian dari seorang lelaki yang mulia.

Jika bermimpi mendengar kuda bercakap sesuatu kepadanya.
Tafsirnya : Apa yang dicakapkan kuda itu dalam mimpi akan berlaku kepadanya.

Bermimpi mendengar suara keldai.
Tafsirnya : Akan menerima sesuatu yang memalukan dari pihak musuh yang bodoh.

Jika mimpi mendengar suar baghal.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kesulitan dari seorang lelaki.

Bermimpi mendengar suara lembu jantan.
Tafsirnya : Akan timbul fitnah.

Isnin, 16 Mei 2011

1001 Tafsir mimpi mengenai haiwan part 2

Bermimpi melihat arnab atau kelinci.
Tafsirnya : Akan hidup gembira dan bahagia dalam perkahwinan.

Jika bermimpi memberi makan arnab atau kelinci.
Tafsirnya : Anda akan merubah cara hidup yang selama ini kurang berjaya.

Bermimpi melihat seekor kera.
Tafsirnya : Akan datang peristiwa yang tidak disangka-sangka.

Jika bermimpi melihat seekor ketam.
Tafsirnya : Akan bertemu dengan keluarga yang lama tak bersua.

Jika bermimpi makan daging kancil.
Tafsirnya : Akan memperoleh kebaikan.

1001 Tafsir mimpi mengenai haiwan part 1

Jika bermimpi berbicara dengan haiwan.
Tafsirnya : Segala kehendaknya akan terkabul.

Mimpi menggembalakan haiwan yang kurus kering.
Tafsirnya : Akan mengalami kesukaran rezeki, terutama bahan makanan.

Jika bermimpi dirinya adalah haiwan atau menyerupai haiwan.
Tafsirnya : Alamat akan jatuh sakit.

Jikalau bermimpi menggembala haiwan.
Tafsirnya : Segala yang dicita-citakan akan terkabul, jika dijalankan dengan sempurna dan jujur.

Jika bermimpi melihat bermacam-macam haiwan.
Tafsirnya : Anda akan diajak bekerja keras, tetapi akhirnya akan menemui kejayaan dan kepuasan hati.

Selasa, 10 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Janggut

Jika bermimpi janggutnya bertambah panjang.
Tafsirnya : Bertambahlah hutang dan kesedihaannya.

Jika bermimpi janggut itu sampai ketanah panjangnya.
Tafsirnya : Kematian.

Jika bermimpi janggut itu panjang sampai menyentuh perutnya.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta dan kedudukan yang akan menyusahkannya.

Jika bermimpi janggutnya panjangnya sederhana sahaja.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta, kedudukan dan kehidupan bahagia.

Jika bermimpi janggut itu sampai ke pusat.
Tafsirnya : Menurut satu pendapat bahwa dia tidak taat kepada Allah.

Tafsir Mimpi Mengenai Telinga

Telinga biasanya diertikan sebagai isteri atau anaknya yang perempuan.

Jika seseorang bermimpi memiliki tiga telinga.
Tafsirnya : Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan.

Orang yang bermimpi memiliki empat telinga.
Tafsirnya : 1. Memiliki empat orang isteri. 2. Memiliki empat orang anak perempuan yang tidak ada lagi ibu mereka.

Jika bermimpi seolah-olah telinganya jauh daripadanya.
Tafsirnya : Akan menceraikan isterinya atau anaknya yang perempuan akan meninggal dunia.

Isnin, 9 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Gigi

Gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki.

Jika bemimpi Gigi sebelah atas tanggal atau sakit.
Tafsirnya : Akan ada keluarganya yang lelaki sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi sebelah bawah sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan ada keluarganya yang perempuan sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi taringnya sebelah kanan sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan ada kepala keluarganya atau ayahnya yang sakit atau meninggal.

Tafsir Mimpi Mengenai Lisan atau lidah

Lisan atau lidah adalah jurubahasa bagi yang mempunyai badan.
Lidahlah yang menerangkan apa yang ada dalam hati seseorang.

Jika bermimpi melihat lidahnya bertambah panjang atau lebar.
Tafsirnya : Akan bertambah kekuatannya. Boleh jadi juga bertambah fasih bercakap atau berpidato.

Jika seseorang pemimpin melihat lidahnya bertambah panjang.
Tafsirnya : Banyaklah senjatanya dan dia akan mendapatkan harta.

Bermimpi lidahnya terikat.
Tafsirnya : Akan mendapat kesusahan, kemiskinan dan penyakit.

Sesiapa yang bermimpi tumbuh bulu hitam dilidahnya.
Tafsirnya : Akan mendapat keburukan yang segera.

Jika bermimpi bulu putih pula tumbuh dilidahnya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan keburukan yang lambat.

Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia memiliki dua lidah.
Tafsirnya : Akan bertambah ilmunya, akan mengerjakan haji, dan menang menghadapi musuh-musuhnya.

Sesiapa yang bermimpi seolah-olah bertambah lidahnya sehingga tertutup kerongkongannya.
Tafsirnya : Terlalu tamak mengumpulkan harta. Boleh juga diertikan terlalu jimat berbelanja terhadap dirinya dan terkadang kerana sudah dekat ajalnya.

Tafsir Mimpi Mengenai Mulut

Mulut adalah pembuka urusan seseorang atau penutupnya.

Jika bermimpi seolah-olah keluar sesuatu dari mulutnya.
Tafsirnya : Itu menunjukkan rezeki sama ada yang baik atau yang buruk.

Jika bermimpi melihat mulut tertutup atau terkunci.
Tafsirnya : Menunjukkan kekafiran.

Jika bermimpi melihat bibir.
Tafsirnya : Akan ada teman yang datang membantunya.

Jika bermimpi bibirnya sakit.
Tafsirnya : Akan ada kerabat atau keluarga yang sakit.

Sabtu, 7 Mei 2011

Tafsir mimpi mengikut Primbon Jawa

Jika bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad.
Tafsirnya : Orang itu akan mendapatkan kemuliaan dan anugerah dunia akhirat.

Jika bermimpi bertemu dengan Nabi Adam atau Nabi-Nabi yang lain, atau Arsy, atau Kursi, Surga atau Bidadari.
Tafsirnya : Orang itu akan bertambah kebajikan , kemuliaannya dan apa yang dicita-citakan akan lekas tercapai.

Jika mimpi melihat neraka.
Tafsirnya : Orang itu banyak dosanya terhadap Allah SWT atau akan mendapat fitnah.

Jika bermimpi melihat Titian Siraathal Mustakiim.
Tafsirnya : Apa yang akan direncanakan akan bejaya dan berhasil.

Jumaat, 6 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Hidung.

Kamus tafsir mimpi kali ni nak berkongsi tafsir mimpi mengenai anggota badan sendiri dan orang lain terutama kepala untuk post kali ni. Hidung biasanya diertikan sebagai kerabat atau keluarga seseorang.

Sesiapa yang bermimpi seolah-olah tidak ada hidungnya.
Tafsirnya : Tidak ada keluarga yang menyayanginya.

Sesiapa yang bermimpi mempunyai dua hidung.
Tafsirnya : Akan terjadi perselisihan faham antaranya dengan keluarganya.

Bermimpi mencium sesuatu yang wangi.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kelapangan.

Jika seorang wanita yang sedang menganung bermimpi mencium sesuatu yang wangi.
Tafsirnya : Akan mendapatkan anak yang menyenangkan hatinya.

Tafsir Mimpi Mengenai Mata

Tafsir mimpi mengenai anggota badan sendiri dan orang lain :

Bermimpi seolah-olah dibadannya banyak mata.
Tafsirnya : Bertambah baik agamanya.

Bermimpi seolah-olah perutnya terbelah lalu dia melihat banyak mata didalamnya.
Tafsirnya : Bererti dia seorang yang zindiq (menyembunyikan kekufuran dan memperlihatkan agama/munafik), wallahua'lam.

Bermimpi seolah-olah kedua belah matanya adalah mata orang lain yang tidak dikenalinya.
Tafsirnya : Bererti penglihatannya dan orang lainlah yang menunjukkannya kejalan yang benar.

Jika orang lain yang mempunyai mata itu dikenal.
Tafsirnya  : Maka orang yang bermimpi itu akan mengahwini anaknya atau mendapatkan kebaikan daripadanya.

Khamis, 5 Mei 2011

Tafsir Mimpi Mengenai Kepala dan Leher

Tafsir mimpi mengenai anggota badan sendiri atau orag lain : Kepala dan Leher

Jika mimpi kepala banyak luka.
Tafsirnya : Akan memperoleh keuntungan.

Jika mimpi kepala keluar tanduk.
Tafsirnya : Tandanya akan mengalami perselisihan faham. Atau boleh juga dapat naik pangkat atau dapat wang.

Jika bermimpi tanduknya satu sahaja.
Tafsirnya : Akan mendapat celaka.

Bermimpi melihat kepalanya besar dari biasanya.
Tafsirnya : Akan bertambah kemuliaannya.

Jika bermimpi melihat kepalanya kecil.
Tafsirnya : Akan berkurang kemuliaannya.

Bermimpi kepalanya dua atau tiga.
Tafsirnya : Akan dapat mengalahkan musuh jika sedang berperang.